Monday, May 10, 2010

Membedah Ahsana 'L-Qasas: Pengkisahan Qurani Tentang Yusuf A.S.




MEMBEDAH AHSANA ‘L-QASAS:

PENGKISAHAN QUR’ANI TENTANG YUSUF `A.S.


Oleh: Y.Bhg. Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah.


Di Sebalik Kata Ahsana ‘l-Qasas


Dari sekian banyak kisah-kisah yang termuat dalam al-Qur’an, surah Yusuf diistimewakan dengan sebutan ahsana ‘l-qasas atau kisah terindah (surah Yusuf:3). Penamaan tersebut tentu ada justifikasinya. Ia adalah kisah paling lengkap dari segi liputannya. Pemerian tentang tokohnya (Yusuf `a.s.) menggenapi seluruh babak-babak penting sepanjang usia dari masa kanak-kanaknya hingga masa puncaknya ketika menjadi `Azizu Misr. Setiap babak dipaparkan secara rinci - adegan-adegan dan dialog-dialognya. Kisah Yusuf `a.s. adalah kisah yang paling sarat dengan mesej iktibar dan hikmah, di samping padat dengan nilai dan prinsip keilmuan yang cukup pelbagai: tauhid, fiqh, sirah, ta`bir mimpi, politik, ekonomi, pengurusan dan lain-lain. Demikian pula dari segi aktornya yang juga cukup pelbagai, mewakili makhluk dari pelbagai jenis, sektor dan golongan: manusia (lelaki dan perempuan), nabi, jin, syaitan, malaikat, haiwan, raja, peniaga, ilmuwan dan orang awam. Kisah terindah dengan segala babak dan adegannya itu membawa pesan induk: maslahah kehidupan duniawi-ukhrawi, sabar menanggung derita dan sifat pemaaf ketika kuat.

Keindahan kisah Yusuf `a.s. dapat dinikmati dari segi gaya pengungkapan yang tepat dan padat, kata-kata yang singkat membawa makna yang luas, mendalam dan penuh hikmah. Juga dari segi olahan seni tentang pelbagai aspek kehidupan insani yang diungkapkan lewat paparan peristiwa-peristiwa nyata, tetapi sekaligus mengisyaratkan implikasi-implikasi kejiwaan-kerohanian: kasih ayah terhadap anak tersayang, kedengkian saudara-saudara kandung, derita batin orang tua yang kehilangan anak kesayangan, cinta, nafsu, fitnah, maruah, integriti moral dan lain-lain yang semuanya membawa pesan tentang kehidupan mulia dan bermaruah berasaskan nilai nilai taqwa dan kebenaran.


Kisah ini menampilkan Yusuf `a.s. dengan citra makhluk istimewa, lelaki paling kacak dengan daya pesona luar biasa sehingga wanita-wanita Mesir pengagumnya mengeksprasikannya lewat kata malakun karim (malaikat mulia). Tetapi mesej sebenarnya tidak sebatas keindahan fizikal lahiriah, tetapi lebih jauh daripada itu keindahan rohaniah yang disimbol dan dilambangkan dengan keindahan lahiriah itu.


Surah Yusuf - Penawar Lara Tahun Duka


Sebagai salah satu surah Makkaiyyah yang turun pada tahun kesepuluh bi`thah, tahun yang dicatat sebagai `am al-huzn atau tahun duka, surah Yusuf membawa nada tersendiri, sesuai dengan suasana murung ketika itu. Pada tahun tersebut Rasulullah s.`a.w. kehilangan dua orang pendamping utama dalam perjuangannya iaitu Abu Talib (bapa saudaranya) dan Sayyidatina Khadijah r.`a. (isteri tersayang). Kehilangan besar itu diikuti pula dengan bertambahnya keleluasaan penentangan ganas dan teror Quraysh terhadap Islam dan umatnya. Tidak seperti surah-surah Makkiyyah lainnya yang rata-rata bernada tegang dan kadang-kadang konfrontatif-kombatif, surah Yusuf lebih mengesankan rasa damai, tenang dan menyejukkan.

Kisah Yusuf `a.s. memang kisah terindah (ahsana ‘l-qasas) yang cukup mengesankan kerana ia bukan karya fiksyen, cereka imaginasi seniman; tetapi peristiwa nyata dalam sejarah yang diungkapkan lewat wahyu Ilahi. Pengkisahan Qur’ani pada hakikatnya adalah pengungkapan sunnatu ‘Llah, hukum sejarah ketetapan Ilahi yang tidak berubah. Derita adalah bahagian daripada kehidupan Yusuf `a.s., pewaris martabat kenabian. Seolah-olah derita adalah harga yang harus dibayar untuk martabat mulia bernama nubuwwah. Demikianlah kehidupan yang dijalani oleh Yusuf `a.s., sebuah perjalanan hidup yang tidak putus-putus dirundung malang, mulai dari korban konspirasi kedengkian saudara-saudara sendiri yang mencampakkannya jauh ke pedalaman gaung perigi bagaikan sampah, dijual kepada pengembara bagaikan barangan murah, difitnah sebagai lelaki penggoda bermata keranjang dan akibatnya ia dipenjara sebagai banduan tak bermaruah. Tetapi kesudahannya, sikap tabah selalu membawa barakah, sabar menanggung musibah akan berakhir menuai tuah. Segalanya adalah rencana Ilahi untuk membina watak pejuang kebenaran di samping berkompetensi menempati posisi `Azizu Misr, orang kuat dan terhormat di Mesir.


Surah Yusuf yang mengungkapkan hakikat pahitnya hidup berprinsip dan getirnya istiqamah dalam perjuangan demi kemuliaan hakiki, meniupkan angin segar dalam kehidupan Nabi s.`a.w. yang kebetulan sedang menjalani hari-hari duka. Dari kisah Yusuf `a.s. Junjungan mendapat kekuatan menghadapi keganasan bapa saudaranya sendiri Abu Lahab dan Abu Jahl. Ternyata junjungan s.`a.w. tidak sendirian mengalami nasib dianiaya oleh anggota keluarga sendiri, Nabi Yusuf `a.s. juga telah lebih dahulu menjadi mangsa penderaan angkara saudara-saudara kandungnya sendiri. Demikianlah kenyataan yang harus diterima bahawa yang namanya hasad, dengki, dendam, benci, angkuh dan lain-lain sejenisnya memang tidak mengenal mangsa, ia boleh berlaku terhadap siapa sahaja: saudara atau keluarga, kerabat atau sahabat. Junjungan s.`a.w. juga mendapat suntikan optimisme dan keyakinan baru bahawa apabila sampai masanya kegetiran yang sedang dialaminnya akan berlalu dan berkesudahan dengan kejayaan. Demikianlah sebuah surah penawar duka, pengubat derita. Penurunannya pada tahun murung `am al-huzn sungguh amat bererti. Ia terasa sebagai siraman kasih Ilahi yang menyejukkan dan pancaran cahaya yang menyinarkan harapan.


Pakej Penyelamat Ekonomi Mesir


Menerusi perjalanan hidup hamba-Nya Yusuf al-Siddiq `a.s. Tuhan menyerlahkan kekuasaan-Nya merubah nasib seseorang - dari penjara ke tampuk kuasa, melalui proses yang di luar perkiraan politik manusia. Segalanya bermula dengan mimpi raja yang tidak ditanggapi secara serius oleh para pembesar di sekelilingnya. Mereka hanya menganggapnya sebagai adghathu ahlam, mimpi karut yang membingungkan. Tetapi rupa-rupanya mimpi itulah yang menjadi titik mula rangkaian peristiwa yang akhirnya menampilkan Yusuf `a.s. di pentas dunia, menghadirkannya di panggung sejarah, dan lebih daripada itu mengabadikan namanya dalam kitab mulia wahyu Ilahi sebagai tokoh misali, wira Qur’ani ahsana ‘l-qasas, kisah terindah. Kisah bagaimana berlakunya perubahan nasib dari penjara ke tampuk kuasa itu terpapar indah dalam surah Yusuf ayat 43-57 (lihat lampiran).

Mimpi tersebut tampaknya cukup meresahkan raja, tetapi tidak seorang pun dari kalangan pembesar-pembesar negeri yang tahu tentang mimpi. Mereka juga tampaknya tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap risiko pemaknaan mimpi (salah benarnya) dan langkah-langkah susulannya. Menerusi usaha seorang pembantunya yang dahulu pernah berkenalan dengan Yusuf `a.s. sewaktu sama-sama di penjara akhirnya raja mendapat ta`bir dan makna yang cukup meyakinkan tentang mimpinya dari Yusuf `a.s., malah yang diberikan bukan cuma makna tetapi juga saranan langkah-langkah yang harus diambil. Memang wajar jika raja ingin sekali bertemu dengan orang yang berjasa menta`birkan mimpinya, bahkan bukan hanya ingin bertemu, ia juga ingin menyerahkan tugas pelaksanaan langkah-langkah mengatasi krisis ekonomi yang diramalkan akan berlaku. Baginya tidak ada orang lain lagi. Orang yang tahu menta`bir mimpinya dan tahu pula langkah-langkah susulannya, dialah yang paling layak melaksanakannya kerana hanya dia yang memahaminya, yang punya wawasan, punya konsep, punya formula dan punya strategi. Untuk itu diperintahkannya agar Yusuf `a.s. dikeluarkan dari penjara dan langsung dibawa ke istana.


Demikian sikap raja, lalu bagaimana pula pendirian Yusuf `a.s.? Di sinilah terserlahnya kebesaran jiwa dan keagungan peribadi Yusuf `a.s., nabi da`i-murabbi yang mendapat kurnia hukman wa ` ilman, kebijaksanaan dan keilmuan dari Tuhan. Dengan ikhlas beliau telah memberikan khidmat tafsiran mimpi dan saranan langkah-langkah menghadapi musim kegawatan ekonomi, khidmat yang diberikan tanpa syarat. Sekalipun dirinya sendiri teraniaya dalam penjara gara-gara fitnah jahat, tetapi beliau tetap siap menyumbangkan khidmat demi tanggungjawab kemanusiaan. Beliau tidak mengambil kesempatan menjadikan kepakarannya menta`bir mimpi sebagai kekuatan tawar-menawar bagi mendapatkan pembebasan, walhal beliau tahu bahawa kepakarannya sangat diperlukan.


Sekali lagi Yusuf `a.s. mengambil sikap yang mencengangkan semua orang ketika perintah pembebasan disampaikan kepadanya. Nabi Allah itu tidak mahu keluar dari penjara, sebaliknya beliau meminta utusan raja itu pulang untuk menanyakan kepada rajanya tentang wanita-wanita yang memfitnahkan dahulu. Maksudnya Yusuf `a.s. hanya akan keluar dari penjara setelah namanya dibersihkan. Baginya yang penting bukan keluar penjara, tetapi pemulihan maruah dan kehormatannya. Tidak ada gunanya kebebasan tanpa kehormatan. Apa lagi apabila nanti beliau melaksanakan tugas mengurus ekonomi negara, tanpa integriti moral yang tinggi tugas tersebut tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Yusuf `a.s. perlu mendapat kepercayaan dari semua pihak, kerana beliau amat menyedari bahawa tahap tahap kepercayaan yang rendah (low trust) akan menjadi kendala kelancaran tugas.


Yusuf `a.s. Berjaya memperjuangkan pemulihan maruah dan kehormatan dirinya apabila wanita-wanita yang memfitnahnya dahulu membuat pengakuan bahawa beliau tidak bersalah. Isteri al-`Aziz sendiri mengaku beliaulah yang telah menggoda Yusuf `a.s., bukan sebaliknya. Hanya setelah itu Yusuf `a.s. keluar meninggalkan penjara untuk menyanggupi tugas mengurus ekonomi negara yang sedang diancam krisis gawat, dengan mendapat dukungan dan kepercayaan penuh raja yang memberinya kedudukan makinun amin, kukuh dan terpercaya. Nabi Yusuf `a.s. tidak tampil dengan citra hamba setia yang siap menjunjung titah, tetapi dengan kewibawaan peribadi termasuk kridential kelayakan hafizun `alim, pengurusan yang kompeten dan berkesan serta ilmu yang relevan, cukup layak mengendalikan portfolio khazanah negara khususnya ekonomi pertanian. Rancangan ekonomi empat belas tahunnya ternyata berjaya menyelamatkan rakyat Mesir dari landaan krisis ekonomi akibat kemarau panjang. Kejayaan tersebut antara lain kerana kebijaksanaan dasar ekonomi yang berasaskan keseimbangan pelaburan, perbelanjaan dan penabungan; di samping pelaksanaannya yang cekap dan berkesan. Nabi Yusuf `a.s. sendiri turun padang melakukan pemantauan dari dekat dan secara langsung (yatabawwa’u minha haythu yasha’). Demikianlah terlaksananya sebuah model pakej ekonomi penyelamat yang meliputi kebijaksanaan perancangan, kewibawaan pengurusan dan keberkesanan pelaksanaannya.


Ternyata, model pembangunan ekonomi yang dipromosikan oleh Nabi Yusuf `a.s. tidak hanya bersifat kuantitatif dan kebendaan. Ia juga berdimensi kemanusiaan yang kental dengan nilai-nilai moral dan sosial. Dengan kata lain, ia mungkin dapat disebut sebagai dasar ekonomi rahmatan li ‘l-`alamin, ekonomi yang merahmati umat sejagat, bukan ekonomi kapitalistik yang rakus dan mementingkan diri. Dimensi kemanusiaan ini tampak jelas apabila daerah-daerah sekitar Mesir yang juga ditimpa musibah kelaparan turut mendapat limpahan bantuan ekonomi (bahan makanan) dari `Azizu Misr Yusuf (`a.s.). Mereka berdatangan ke Mesir setelah tersebarnya berita bahawa ekonomi negara itu stabil dan mampu melaksanakan skim bantuan kemanusiaan. Ternyata Nabi Yusuf `a.s. tidak hanya berfikir dalam konteks ekonomi nasional, tetapi juga ekonomi regional, malah telah meletakkan asas-asas penting pembinaan order ekonomi global yang yang kukuh dan manusiawi. Nabi Yusuf `a.s. telah meninggalkan legacy moral kemanusiaan yang cukup inspiring: bahawa pada saat paling susah, masih ada sifat pemurah; bahawa ketika meratanya kesengsaraan, masih ada kemanusiaan. Kesusahan bukan alasan untuk meninggalkan kepedulian.


Penutup


Demikianlah sebahagian daripada sorotan terhadap ahsana ‘l-qasas yang menampilkan kisah Sayyidina Yusuf al-Siddiq `a.s., nabi-da’i-murabbi multi dimesi dengan kepakaran yang pelbagai, dari penta`bir mimpi hingga ahli ekonomi. Yang jelas apa pun bidang keahliannya, profesi apa pun kerjayanya, tidak pernah walau sesaat Yusuf `a.s. melupakan misi asasinya: dakwah dan tarbiah membina ummah.

Monday, April 19, 2010

Penyataan Sikap Terhadap Isu Jenayah Qadhaf

بسم الله الرحمن الرحيم

لقد أرسلنا رسلنا بالبيّنات وأنزلنا معهم الكتاب والميزان ليقوم الناس بالقسط وأنزلنا الحديد فيه بأس شديد ومنافع للناس وليعلم الله من ينصره ورسله بالغيب إن الله قوى عزيز

Sesungguhnya, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan Kami turunkan bersama mereka kitab dan neraca (keadilan) agar manusia dapat berlaku adil. Dan Kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya walaupun (Allah) tidak dilihatnya. Sesunggguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa. Al-Hadid:25

Petikan ayat 25 surah al-Hadid di atas seharusnya menyedarkan kita bahawa sesungguhnya keadilan (al-qist) adalah rumusan misi seluruh agama samawi. Demikianlah, Islam yang memang terumpun dalam warga agama-agama wahyu meletakkan keadilan di puncak hiraki sistem nilainya dan sekaligus menjadikannya salah satu maqasid (matlamat) utamanya. Selaras dengan itu umat Islam dituntut menegakkan keadilan (iqamat al-`adl) sebagaimana yang tersurat dan tersirat dalam syari`at. Justeru, keadilan yang hakiki dan mutlak hanya ada dalam syari`at, hukum-hakam Ilahi yang merupakan penjelmaan keadilan-Nya (`adlu 'Llah).

Komitmen keislaman hanya dapat menepati erti hakikinya apabila maqasidnya terlaksana. Maqasid al-shari`ah dalam erti objektif, tujuan dan matlamat syari`at yang menjadi tema besar wacana usuli meliputi keperluan dan hak asasi yang mesti dipelihara dan dijamin demi martabat, maslahah dan survival kemanusiaan. Antara yang terliput dalam cakupan maqasidtersebut ialah jaminan perlindungan terhadap maruah dan kehormatan diri. Dalam pidato haji perpisahan yang merumuskan sari utama misi kerasulanya, Rasulullah s.`a.w. menyebut maruah (al-a`rad) sebagai suatu yang suci, suatu yang mesti dihormati tanpa kompromi. Memang demikianlah hakikatnya, Islam melindungi maruah dan kehormatan diri umat menerusi hukum-hakamnya yang jelas dan tegas, cukup untuk mencegah kesewenang-wenangan mencemarkan maruah seseorang.

Dalam kaitan inilah motif hukum qadhaf dalam syari`at Islam itu harus difahami. Mereka yang berleluasa menabur fitnah, melemparkan tuduhan keji (zina/liwat) tanpa pembuktian secara syar`i (menghadirkan empat orang saksi yang adil dan berwibawa) seharusnya menginsafi betapa buruknya perilaku mereka, dan betapa beratnya kesalahan jenayah qadhaf yang membawa hukuman deraan fizikal lapan puluh kali sebatan (ثمانين جلدة), di samping sanksi sosial dan moral: hilang kelayakan menjadi saksi (tentang apa pun dan sampai bila pun), dan seterusnya terlempar ke dalam kelompok orang-orang fasiq (الفاسقون) sebagaimana yang disebut dalam surah al-Nur:4-5. Demikianlah ketetapan hukum syari`at yang tidak boleh ditawar-tawar lagi. Cara pembuktiannya hanya satu: hadirkan empat saksi, dan tidak lain daripada itu. Dalam kes seperti ini pembuktian dengan cara bersumpah sama sekali tidak relevan.

Kedaulatan syari`at adalah asas pembangunan umat dan masyarakat yang murni, bermaruah dan berintegriti. Masyarakat Islam dengan ciri-cirinya yang sedemikian itu tidak dapat menerima budaya fitnah, ghibah dan gosip yang membawa akibat fatal: keruntuhan martabat dan maruah umat keseluruhannya. Para pelaku dan penabur fitnah sebenarnya tidak layak hidup di tengah umat yang bermaruah dan berbudaya saling hormat. Selaras dengan itu seluruh umat Islam yang setia kepada idealisme masyarakat bersyari`at harus menolak gejala fusuq (kefasikan) yang menjelma dalam bentuk fitnah terhadap seseorang yang berintegriti moral. Dalam kaitan ini YB. Dato' Seri Anwar Ibrahim, atau siapa sahaja yang dilempari tuduhan (qadhaf) tanpa pembuktian secara syar`i berhak membela diri dan menuntut keadilan berasaskan hukum syara`: penuduh yang gagal menghadirkan empat orang saksi harus didakwa di bawah hukum qadhaf.

Demi menghormati kedaulatan Islam, tuduhan yang tidak memenuhi persyaratan syara`seharusnya digugurkan. Dalam hubungan ini fatwa para ulama dunia yang berautoriti besar mengenai isu ini seperti al-Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan al-Shaykh Dr. Wahbah al-Zuhayli (kedua-duanya adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah dari kerajaan Malaysia) serta yang lain-lainnya harus dihormati dan didukung tanpa ragu. Fatwa-fatwa mereka cukup jelas, tegas, kuat, berwibawa dan meyakinkan. Sesungguhnya kembali kepada syari`at adalah satu-satunya jalan keluar yang adil dan selamat. Demikianlah petunjuk Ilahi yang terungkap dalam kitab suci-Nya, "… Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Al-Nisa':59). Apakah yang sebenarnya dicari oleh pendakwa dan penuduh? Andainya yang dicari adalah keadilan, bukankah ia wujud dalam hukum syari`at?

Apakah ada hukum lain yang lebih adil daripada hukum Allah? Apabila seseorang mengatakan "Aku ridha dengan Allah sebagai Tuhan……." (رضيت بالله رباً...) bererti ia rela menerima hukum-hakam-Nya. Jika benar demikian, mereka harus membuktikan kejujuran menepati ikrar dan pengakuan tersebut. Ternyata kesediaan rujuk (kembali) kepada Allah (hukum-hakam-Nya) adalah ujian iman. Hanya yang benar-benar beriman (kepada Allah dan Hari Akhirat) sahaja yang akan dengan senang dan rela menerima hukum Allah. Demikianlah makna tersirat di balik kalimat-kalimat,"…, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian." (إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر)

Terlepas dari maksud mencampuri konflik politik antara parti, dengan niat murni semata-mata demi amanatu 'l-balagh serta tanggungjawab dakwah dan tazkirah, kita menyeru seluruh umat dan rakyat agar berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, yang dalam hal ini pembuktiannya harus berdasarkan hukum syara`. Pembuktian yang tidak dilakukan secara syara` adalah tidak sah. Dalam kaitan ini seluruh rakyat yang menginsafi hakikat kesucian maruah dan ketinggian nilai kehormatan diri harus sedia memberikan sokongan dan dukungan kepada perjuangan suci mempertahankan maruah, kehormatan dan nama baik dari pencemaran fitnah. Sementara itu kita juga ingin mengingatkan bahawa dalam melaksanakan proses perundangan secara Islam, yang seharusnya dicari adalah kebenaran, keadilan dan keredhaan Tuhan, bukan loophole dalam teks undang-undang untuk dieksploitasi membela kezaliman.

Demi tanggungjawab membina umat dan masyarakat bermaruah yang saling hormat dan saling percaya, setiap warga harus memiliki keberanian bersikap, menolak budaya fasiq aib mengaib dan fitnah memfitnah. Masyarakat Islam bukan sebuah ladang fitnah, dan bukan juga sebuah pasar gosip. Al-Qur'an telah memberikan petunjuk jelas bagaimana menyikapi gejala fasiq seperti itu, iaitu dengan menolaknya secara jelas, tegas dan tanpa basa-basi, "… ini dusta yang nyata!" ,(...هذا إفك مبين)"…ini pembohongan besar!" .(هذا بهتان عظيم) Komitmen terhadap misi amar makruf nahi munkar menuntut setiap orang bertindak melawan gerakan penyebaran kebejatan (al-fahishah). Mereka yang terlibat dengan kegiatan jahat menabur fitnah dan menyebarkan berita bohong di kalangan umat seharusnya menyedari dan menginsafi amaran keras pembalasan Tuhan sebagaimana ditegaskan dalam kitab suci-Nya:

إنَ الذين جاءوبالإفك عصبة منكم لاتحسبوه شرًا لكم بل هو خيرلكم لكل امرئ منهم مااكتسب من الإثم والذى تولَى كبره منهم له عذاب عظيم.

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula). Al-Nur:11

إنَ الذين يحبّون أن تشيع الفاحشة فى الذين آمنوا لهم عذاب أليم فى الدنيا والأخرة والله يعلم وأنتم لاتعلمون

Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang Beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Al-Nur:19

Demikianlah kerasnya amaran pembalasan Tuhan kepada perancang fitnah dan penyebar berita bohong. Malah sekadar "…ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar…" sudah cukup untuk membawa akibat ditimpa azab yang pedih dua kali, di dunia sekarang dan di akhirat nanti. Masing-masing akan merasakan kepedihan azab Tuhan mengikut kadar peranan yang dimainkan dalam kegiatan jahat tersebut. Masyarakat Melayu-Islam adalah masyarakat yang bersusila dan beradab. Manusia unggul dalam pandangan sarwa (worldview) Melayu diungkapkan dengan kata "orang budiman", ungkapan yang melambangkan kesempurnaan watak manusia cendekia dan berakhlak mulia. Melayu yang hidupnya dikandung adat adalah bangsa yang sentiasa mengawal perilakunya dengan nilai dan norma agama dan budaya.

Kesetiaan terhadap nilai-nilai itulah yang membentuk etos bangsa yang tersirat di balik kata "pantang Melayu", ungkapan yang merujuk sikap ketidakrelaan melakukan atau diperlakukan di luar batas nilai-nilai budayanya. Dalam kaitan ini perlu diingat bahawa antara pantang Melayu paling besar ialah mengaib atau diaibkan. Demikianlah sebagaimana yang dinyatakan secara eksplisit dalam dialog Seri Teri Buana-Demang Lebar Daun. Dialog yang disebut "wa`ad" oleh Tun Seri Lanang itu adalah sebuah dokumen budaya yang dimaknai sebagai kontrak sosial Melayu antara penguasa dan rakyat. Seri Teri Buana yang menyimbolkan penguasa Melayu menyetujui tuntutan Demang Lebar Daun yang bertindak sebagai jurubicara rakyat, agar rakyat Melayu walau apa pun kesalahannya, "jangan ia difadhihatkan dan dinista dengan kata yang jahat-jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau patut pada hukum syar`i."

Memang kata-kata tersebut bukan teks suci keagamaan, tetapi ia tetap mempunyai makna dansignificance kebudayaan yang istimewa. Justeru ia adalah pernyataan kesedaran Melayu tentang maruah dan karamah insaniah; bahawa manusia (Melayu) sekecil mana pun harus dihormati dan tidak boleh diaibkan. Sejarah Melayu (Sulalat al-Salatin) adalah karya agung yang mengungkapkan hikmah (wisdom) tradisi kepujanggaan bangsa tentang erti keluhuran etika sehingga "…segala raja-raja Melayu tiada pernah memberi `aib pada segala hamba Melayu, …". Dengan gaya dan daya kepengarangannya yang istimewa Tun Seri Lanang menyuarakan ketajaman firasat dan sekaligus amaran, "Jikalau ada seorang raja memberi `aib itu `alamat negeri akan dibinasakan Allah Subhanahu wa Ta`ala."

Demikianlah teks sebuah karya dari khazanah kepujanggaan bangsa yang mengabadikan suara hati dan akal budi Melayu sebagai bangsa yang memiliki kehormatan dan harga diri, yang demi maruah sanggup menderhaka apabila di`aibkan. Kontrak sosial Melayu memberikan isyarat jelas bahawa setia Melayu adalah setia bersyarat, sebagaimana derhakanya juga adalah derhaka bersebab. Setia Melayu yang tanpa syarat hanya kepada syari`at, rela menerima sebarang keputusan dan tindakan "…jikalau patut pada hukum syar`ie." Demi menghindari krisis yang diungkapkan oleh Tun Seri Lanang dengan kata "binasa" itu, jangan siapa pun melanggar pantang Melayu, dan jangan siapa pun menolak syari`at. Bangsa ini jangan diajar menjadi liar, tetapi kembalikanlah ke akar agama dan budayanya.

Sekretariat Bersama

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).


Kajang: 11 Rabiulakhir 1431 / 27 Mac 2010

Thursday, December 24, 2009

HIJRAH RASULULLAH S.A.W.

Oleh Abu Nadhirah

Penyampaian risalah kebenaran Rasulullah SAW menempuh tribulasi yang bukan alang kepalang. Fitnah dan mehnah merata. Pembesar-pembesar quraysh menggunakan kesemua jentera memburukkan, memboikot, dan memomokkan usaha dakwah membawa Islam ke persada bumi arab.

Tekanan yang tidak berperikemanusiaan digerakkan secara besar-besaran. Bukan hanya Rasulullah SAW sahaja yang menjadi sasaran kafir Quraysh, malah kesemua pengikut yang telah beriman kepada ajaran Islam menjadi sasaran mereka.

Penghijrahan orang-orang Islam begitu terdesak dilakukan akibat asakan kuat dari kaum Musyrik Quraysh, yang bertindak ganas terhadap mereka yg memeluk agama Islam, baik lelaki mahupun perempuan, sejak mula dakwah dimulakan hingga kepenghujung saat hijrah hendak digerakkan.

Antara kegaganasan yg dilakukan oleh mereka ialah menyeksa-kejam Bilal bin Rabah dengan menjerut lehernya lalu diheret oleh anak-anak jalanan, seakan-akan ia seekor binatang, yang kemudiannya dijemur ditengah-tengah gurun yang panas suhunya, hingga kulit dibadan seakan hangus terbakar, dan sebiji telur jika dibiarkan, akan menjadi masak dalam waktu yg singkat. "Ahad! Ahad! [Esa! Esa!] demikian tegas Bilal tanpa memperdulikan desakan supaya beliau menolak Islam sebagai ganjaran melepaskan diri dari penyeksaan sedemikian. Bilal bagaimanapun, diselamatkan oleh Abu Bakar r.a., dengan membelinya sebagai hamba tebusan, dan memerdekakannya sejurus kemudian.

Lebih menyayat dan mengguris hati ialah perbuatan ganas yang dilakukan oleh pembesar Quraysh, Abu Jahal, Ketua Bani Makhzum, keatas seorang perempuan
bernama Sumaiyah, apabila bahagian sulitnya ditusuk dengan lembing hingga maut, dan beliau nyata rela menerima kematian demi keimanan yg amat kental kepada Allah dan RasulNya, daripada meninggalkan Islam, dan kembali semula menyembah berhala. Kematian Sumaiyah, merupakan kematian syahid pertama dalam Islam.





PENGHIJRAHAN DILAKUKAN
SECARA SULIT

Keperitan dan kesengsaraan yg dialami orang-orang Islam itu dimaklumi oleh Rasulullah s.a.w. akan tetapi Rasulullah s.a.w. tiada upaya membantunya disebabkan kedudukannya yg dhaief dan lemah dari pelbagai segi dan sudut, ditambah pula kehilangan ayah saudara, Abu Talib dan isterinya, Khadijah binti Khuwailid, dua tokoh besar berpengaruh lagi disegani, yg sentiasa memberikan dorongan dan sokongan sepanjang usaha gigihnya menyebarkan dakwah.
Demi mengelak orang-orang Islam disengsarai dgn kekejaman dan penyeksaan dahsyat kaum Musyrik Quraysh secara berterusan lagi memeritkan itu, maka jalan keluar yg terlihat dihadapan ialah meninggalkan Makkah dan berhijrah ketempat lain maka Rasulullah s.a.w. memilih Madinah sbg sebuah negeri terbaik utk berhijrah, ekoran penduduk-penduduk Madinah itu sendiri, telah menawar dan bersedia menerima kedatangan orang-orang Islam ke negeri mereka, yang disuarakan sewaktu bertemu-runding dlm suatu perjumpaan di Aqabah.

Penghijrahan itu bagaimanapun, terpaksa dilakukan secara sulit dan rahsia atau menerima penyeksaan serta mati dibunuh jika diketahui oleh kaum Quraysh kelak, dan hakikatnya Rasulullah s.a.w. sendiri turut berhijrah secara sulit dan berhati-hati, ekoran ancaman membunuhnya sebagaimana kata sepakat kabilah-kabilah dan puak-puak kaum Quraysh utk menghapuskannya; dan demi keselamatan diri itulah maka Jibrail a.s. menyampaikan arahan kepada Rasulullah s.a.w. supaya berhijrah dan tidak tidur di rumah pada malam itu, sebagaimana lazimnya.

Umar ibn al-Khattab bagaimanapun, bertindak begitu berani apabila mengisytiharkan pengijrahannya secara terbuka dan terus-terang tanpa berselindung dgn kata-katanya dikhalayak ramai, "Aku hendak berhijrah ke Madinah, siapa yg ingin menghalangku, silakan kehadapan! Tapi ingat, ibunya akan meraung atas kematiannya nanti!".

Ketika Umar r.a sampai di Ka'abah, orang-orang besar Quraysh sedang berkumpul di situ. Tanpa menghiraukan mereka Umar r.a menyempurnakan tawaf dgn mengelilingi Ka'abah sebanyak tujuh kali, dan diikuti dgn solat dua rakaat. Sambil menyandang pedang dan busar yg disangkutkan dibelakang serta anak panah tergenggam ditangan, beliau menghampiri setiap kumpulan dan qabilah pembesar Quraysh itu, dan dengan lantang suara beliau berkata, "Mereka yg berwajah muram, dan ingin melihat ibunya meraung kesedihan, anaknya ditinggalkan yatim, dan isterinya pula menjadi janda, sila menemui aku disebalik lembah ini!" demikian Umar r.a. yg begitu tegas sekali menzahirkan hasratnya, menyebabkan jantung pembesar Quraysh berdebar-debar.

Rasulullah s.a.w. menempatkan Ali r.a. ditempat tidurnya bagi mengelirukan kumpulan pemuda dari pelbagai suku dan qabilah Quraysh, yg menanti diluar dgn misi untuk membunuh; dan selewat dinihari maka Baginda pun keluar melintasi barisan pemuda yg didapati terlena lalu menaburkan pepasir keatas kepala mereka sambil membaca Ayat 1 - 9 dalam Surah Yasin; "يس. والقرآن الحكيم ........... وجعلنا من بين أيديهم سدا ومن خلفم سدا فأغشيناهم فهم لا يصرون" - [Mfhm: "Yaa siin. Demi al-Qur'an yg penuh hikmah … .. .. .. .. (hingga) .. .. .. .. Dan Kami adakan dihadapan mereka
dinding dan dibelakang mereka dinding, dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat].

Rasulullah s.a.w. bergegas kerumah Abu Bakar r.a., yg sudah pun sedia menanti ketibaannya, dgn mengadakan persiapan terpenting iaitu unta kenderaan selain keperluan asas lainnya; dan seterusnya berlepas segera ke Gua Thaur, di penghujung bulan Safar Tahun Gajah, dgn Abu Bakat r.a. sendiri sebagai teman hijrah, dan setiba di Gua Thaur mereka bersembunyi tiga malam, sebelum kedua-duanya bergerak-lepas ke destinasi yg hendak dituju iaitu Madinah, sesudah tiga belas tahun lamanya memperjuangkan tawhid, dan mengajak masyarakat Makkah menolak syirik.


KASIH SAYANG ABU BAKAR

Ketika menghampiri Gua Thaur, kaki Baginda Rasulullah s.a.w. didapati menitiskan darah akibat batu krikil tajam yg terdapat dikaki bukit, suatu keadaan yg mengharukan Abu Bakar r.a. lalu beliau mendukong Baginda Rasulullah s.a.w. hingga kepintu masuk Gua Thaur itu. Sebelum membawa masuk Rasulullah s.a.w. maka Abu Bakar r.a. terlebih dahulu menentukan bahwa kawasan Gua selamat dihuni, dan tiada binatang berbahaya bersembunyi di dalamnya.

Dgn menggunakan robekan kain bajunya, Abu Bakar r.a. menutup lubang-lubang yg memungkinkan tersembunyinya kalajengking, ular atau serangga berbisa, dan setelah yakin barulah Abu Bakar r.a. membawa masuk Rasulullah s.a.w. kedalam, dan seketika kemudian, Baginda tertidur lena oleh keletihan.

Sekalipun bagitu teliti dan prihatin namun seekor ular kecil yg sangat berbisa, telah terlepas dari perhatian Abu Bakar r.a., dan berjaya keluar dari timbunan pepasir lalu mematuk tumit Abu Bakar r.a. Kepedihan bisa dari patukan ular itu, amat memeritkan sekali namun Abu Bakar r,a, menahan kesakitan itu bagi mengelak Rasulullah s.a.w. terjaga dari kelenaannya.

Sejurus kemudian, Abu Bakar r.a. merasa dirinya menggigil lemah akibat keracunan bisa ular itu, yg menyerap masuk kedalam tubuh badannya melalui saluran darah dan urat saraf. Disebabkan tidak terdaya mengalami kesakitan dari keracunan bisa maka Abu Bakar r.a. menangis, dgn titisan airmatanya yg hangat itu membutir jatuh kepipi Rasulullah s.a.w. yg sedang terlena diatas pangkuannya.

Rasulullah s.a.w. terkejut bangun ketika merasai kehangatan titisan airmata Abu Bakar r.a. lalu bertanya, "Apa yg terjadi?". "Saya dipatuk ular," ujar Abu Bakar r.a. Pengorbanan suci yg terlahir dari kekentalan iman dan kegembiraannya terpilih sbg teman hijrah Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. berupaya memperkasa diri dgn kekuatan dan ketahanan ketika menghadapi keracunan bisa yg memeritkan itu.

Melihatnya, Rasulullah s.a.w. mengambil sedikit air lidahnya, dan menyapu pada bahagian yg dipatuk ular tadi, dan sesegra itu, dgn izin Allah, bengkak dikakinya susut-pulih seperti sediakala, dan keracunan bisa menghilang pergi.


KOMPLOT QURAYSH MEMBURU

Penghijrahan Rasulullah s.a.w. menimbulkan kemarahan orang-orang Quraysh terutamanya Abu Jahal lalu mereka memburu Rasulullah s.a.w. sesudah para pemuda gagal membunuhnya dirumah Baginda sendiri, dan tidak pula menemuimnya dirumah Abu Bakar r.a.

Gua Thaur, tidak begitu luas dan tidak pula begitu dalam ruang lorongnya maka Allah menghidup-tumbuhan dedaun rimbun setinggi paras manusia, yg disebut "Ummu'l Ghilan", terletak anjak sedikit dari pintu gua, sekadar menutup pandangan orang. Kemudian Allah s.w.t. memerintah lelabah membuat bebenang diantara ranting dan dedaun tadi; mencipta deduri halus disisir gua, dan sepasang burung merpati liar bersarang dan bertelur dibahagian pintu masuk.

Ramai sekali orang-orang Quraysh ingin memburu Rasulullah s.a.w., yg didorongi oleh tawaran menarik iaitu 100 ekor unta betina sbg ganjaran bagi sesiapa yg dapat memberkas Rasulullah s.a.w. Sekalipun komplot Quraysh itu sampai dipintu Gua namun mereka tidak menduga Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. bersembunyi di dalamnya ketika melihat keadaan pintu Gua yg sarat diselubungi selaput sarang lelabah, dedaun rimbun, sesarang burung dan deduri tajam.

"Tidak ada siapa pun dlm Gua ini," kata Umaiyah bin Khalf ketika rakan-rakan lainnya hendak memasuki pintu Gua. "Lihatlah benang labah-labah itu, sudah lama usianya; melihat sarang begini, tidak syak lagi usianya mengatasi usia orang yg kita buru sekarang! Macam mana Muhammad boleh masuk kedalam tanpa merempuh sarang burung dan benang labah-labah itu? Lihat burung itu! Takkan telur itu tidak hancur jika Muhammad masuk!"

Kehadhiran komplot Quraysh yg begitu hampir dipintu Gua sehingga suara mereka kedengaran jelas, amat membimbangkan Abu Bakar r.a. atas nasib yg akan menimpa Rasulullah s.a.w. kelak. Lantas Abu Bakar r.a. berbisik dipendengaran Rasulullah s.a.w. dgn berkata, "Andainya mereka menjenguk pintu Gua melalui celah-celah kaki mereka, tentunya mereka akan melihat kita!". "Wahai Abu Bakar! Jangan gusar! Kita 'ni bukan berdua, Allah bersama kita," kata Rasulullah s.a.w.

Kata-kata Umaiyah itu diyakini ahli komplot lainnya jadi mereka membatalkan niat utk memasuki dan mencari Rasulullah s.a.w. didalam Gua itu, namun Abu Jahal mengesyaki semacam ada keyakinan bahawa mereka berdua sebenarnya begitu hampir dikesani lalu meluahkan kata-kata, "Aku yakin musuh kita tidak jauh dari sini, dan mereka sedang memerhati kita, tapi mata kita dikaburi dgn sihirnya". Bagaimanapun, akhirnya mereka pulang hampa tanpa menyedari bahwa keduanya dilindung-pelihara Allah yg berfirman: "وإذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك يقتلوك أو يخرجوك ويمكرون ويمكر الله و الله خير الما كرين" – الأنفا ل :30 أو [Mfhm: "Dan (ingatlah) bagaimana orang-orang Qurayhy memikirkan tipu daya terhadapmu (Muhammad) utk menangkap, memenjara, membunuh atau mengusirmu; mereka membuat tipu daya, dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka) itu; Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya"].


PENGHIJRAHAN ABU BAKAR R.A.
MENURUT ANAK PEREMPUANNYA, ASMA'

Menurut Asma', anak perempuan Abu Bakar r.a., "Apabila Rasulullah dan Abu Bakar pergi, sebilangan orang Quraisy, termasuk Abu Jahal, datang mencegah dipintu rumah kami. Apabila saya keluar, mereka tanyakan dimana ayah saya, dan bila saya jawab tidak tahu, Abu Jahal, seorang yg kasar tingkah laku, menampar saya sekuat hati sehingga anting-anting saya terlucut keluar. Kemudian mereka pun pergi, dan kami tidak mendengar apa-apa berita selama tiga hari, sehinggalah terdengar suara irama syair yg dilagukan oleh jin yg menyamar sebagai manusia biasa dgn bait: Allah, Tuhan manusia yg menganugerah sebaik-baik anugerah kepada sahabat Umm Ma'abad berehat dikhemah. Datang tiba berhati suci – berlalu pergi jelmaannya malam. Berbahagia Muhammad pengikut serta. Wanita Banu Ka'ab tempatnya bertuah. Menyusur-cari kumpulan bertaqwa.

Menurut Asma' , "Mendengar kata-kata itu, tahulah kami bahawa mereka sedang meneruskan perjalanan ke Madinah; terdiri daripada empat orang iaitu Rasulullah, Abu Bakar, Amir dan Abdullah bin Uraiqat, pemandunya."

Seterusnya Asma' mengisahkan, "Sewaktu berlepas dgn Rasulullah s.a.w, Abu Bakar membawa bersamanya antara lima hingga enam ribu dirham. Datuk saya, Abu Kahafah, yg hilang penglihatan, memberitahu kami dan membebel mengatakan Abu Bakar membuat kami susah kerana mengambil semua wang simpanan. Saya katakan bahawa Abu Bakar meninggalkan wang yg banyak lalu saya letakkan beberapa ketul batu kedalam ruang tempat Abu Bakar lazimnya menyimpan wang."

"Batu-batu itu saya litupi dgn kain, dan kemudian itu, saya pegang tangannya sambil berkata, "Ambillah wang ini dgn tangan datuk, tidak ada yg hendak dibimbangkan." "Baguslah dia tinggalkan ini semua; engkau mempunyai wang yg cukup," katanya dgn yakin. Hakikatnya, ayah saya tidak meninggalkan kami apapun; dan apa yg saya lakukan itu sekadar menghilangkan kerisauannya," demikian Asma' mengakhiri kisahnya,


SURAQAH: GHAIRAH MEMBERKAS;
KUDANYA TERBENAM.

Antara ramai orang Quraysh yg ghairah memberkas Rasulullah s.a.w., ialah Suraqah bin Malik, keghairan itu disebabkan tawaran pembesar-pembesar Quraysh yg cukup menarik iaitu ganjaran sebanyak 100 ekor betina kepada sesiapa yg berjaya memberkas Rasulullah s.a.w. Suraqah bertindak bersendirian supaya ganjaran yg diperolehi kelak, tidak diperkongsikan dgn sesiapa pun.

Suraqah keluar dimalam hari utk mengekori jejak Rasulullah s.a.w., dgn membawa khadamnya, dan ketika begitu hampir dgn Rasulullah s.a.w., ia melompat keatas pundak kuda dari punggong unta yg ditunggangi mulanya lalu bergegas kehadapan dgn meninggalkan khadamnya dibelakang.

Kata Suraqah, "Kuda tungganganku memang sihat dan segar; tidak ditunggangi beberapa hari yg lalu, dan umum mengetahui tentang kepantasannya yg sangat hebat. Aku menyiap-siagakan kudaku! Sesudah menggerakkan kaki beberapa langkah dgn lompatan, tiba-tiba tapak kaki kudaku terlekat ditanah lalu jatuh tersungkam, dan aku sendiri tercampak dari pundak kuda."

"Aku teruskan hasrat dgn menunggangi semula kudaku, dan bergegas menghampiri lebih dekat, dan ketika begitu hampir-dekat, Nabi didapati membaca al-Qur'an; tapi aku terkejut mendapati suara tapak kudaku tidak sedikitpun mencemaskannya," ujar Suraqah, "malahan menoleh pun tidak, sebaliknya Abu Bakar memerhati sekeliling, dan kelihatannya gusar namun tenang; apapun, dengan beberapa langkah lagi, aku sudah bertentangan dgn mereka."

"Tiba-tiba, kaki kudaku terbenam keperut bumi hingga kelutut, sekalipun nyata sekali dasar tanah itu keras; aku terhumban diatas kepala kuda itu sambil menghayun sebatan supaya kudaku itu berdiri tegak, tapi gagal," katanya lagi. "Daya usahaku tidak mendatangkan kesan malah kuda itu semakin terbenam kedalam bumi hingga keparas perutnya. Sementara itu, kelihatan gumpalan debu dan pepasir berputar gulung dari ruang lubang dimana kuda itu terbenam. Tiba-tiba aku begitu ketakutan," demikian kata Suraqah.

"Wahai Muhammad!' rayu Suraqah, "saya mohon belas ihsan! Saya akan membawakan berita yg akan mengelirukan mereka yg mencarimu; tapi mohonlah doa kepada Allah supaya kuda saya ini diselamatkan!", rayunya lagi. Muhammad
Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua tapak tangannya sambil mendoa, "Ya Allah! Sekiranya Suraqah ini jujur, mohonlah kudanya ini diselamatkan."

Sambung Suraqah, "Sejurus selesai membaca doa, tanah keras yg mencengkam kaki kuda itu menjadi lembut dan longgar lalu kudaku berdiri tegak dgn mudahnya. Aku mendekati mereka dan menawarkan perkongsian senjata dan bekalan makanan, tapi mereka menolak kerana tidak mahu menerima pemberian dari orang-orang yg tidak beriman, mereka meminta aku supaya beredar dan meninggalkan mereka!."

"Dalam hematku," kata Suraqah , "Muhammad akan beroleh kuasa akhirnya; dan sesampai di Makkah, aku beritahu kepada khadamku dan orang-orang Makkah seluruhnya, yg mengetahui pemergianku, dgn mengatakan aku tidak jumpa sesiapa pun; aku kesali, tawaran menyebabkan aku terdorong membuat kerja yg sia-sia."


RASULULLAH S.A.W. TIBA DI MADINAH

Sebelum sampai tiba di Kota Madinah, Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu menginap di Quba selama tiga malam dimana Baginda disambut meriah oleh penduduk-penduduknya. Di Quba', Rasulullah s.a.w. membina sebuah Masjid, yg dikenali sebagai Masjid Quba', dan merupakan Masjid pertama dan terulung bagi kaum Muslimin.

Sesudah menginap tiga malam maka keesokannya iaitu hari Jumaat, Rasulullah s.a.w. bersama rombongan yg mengiringinya, berlepas ke Kota Madinah. Waktu solat sampai ketika tiba diperkampungan Bani Salim bin Auf maka Baginda turun dari kenderaan dan menunaikan solat Jumaat yg pertama dlm sejarah Islam, dgn diikuti oleh ramai kaum Muslimin, yg berpakaian kemas dan menarik.

Beliau meneruskan perjalanan dan sesampai disebuah kawasan, yg dikenali sbg "Zawatu'l-khidar" maka Baginda disambut lebih meriah oleh penduduk-penduduknya, termasuk kaum wanita dan golongan kanak-kanak, dan mereka beramai-ramai mengumandangkan nasyid yg indah susunan baitnya:

Sesudah 320 KM jauhnya pengembaraan diredahi maka Rasulullah s.a.w. sampai tiba di Kota Madinah pada 22hb Rabi'ul-awal, yg memakan waktu kira-kira hampir sebulan lamanya, dan penghijrahannya ke Madinah itu, merupakan kemuncak permulaan peralihan dan anjakan perjuangan dlm menegakkan kemurnian dan keagungan syi'ar Islam melalui tindakan penyusunan masyarakat yg berwibawa, berhemah dan bermaruah. Hakikatnya, penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan para pengikutnya dari Makkah ke Madinah itu, mengandungi hikmah tersendiri, antaranya:

* peralihan kedudukan yg lemah, hina dan tersiksa oleh tindakan ganas kaum
Quraisy kepada suatu kedudukan yg kukuh dan ampuh sehingga berupaya
bertindak balas keatas setiap ancaman yg mendatang.

* peralihan kedudukan sbg golongan minoriti yg tertekan dan tertindas kepada
tahap kedudukan Ummah yg memiliki kuasa, yg perlu disegani dan dihormati,
khususnya mereka diluar Islam.

* peralihan pelaksanaan dakwah yg mulanya digerakkan secara individu dgn
liputan kawasan terhad sekitar Makkah kpd pergerakan dakwah yg lebih
luas kawasannya, merangkumi alam dunia dan golongan manusia pelbagai
lapisan, yg digerak-susun melalui sebuah pemerintahan yg diterajui oleh Islam.

* ikatan ukhuwah Islamiyah dikalangan kabilah Khazraj dan Aus kian erat, dan
hubungan tali persaudaraan diantara orang-orang yg berhijrah dari Makkah, yg
dikenali sebagai Al-Muhajirun dan penduduk-penduduk Madinah sbg Al-Ansar,
menyerlah kukuh, bilamana golongan Al-Ansar begitu ghairah menghulur
bantuan sementara golongan Muhajirun begitu teruja melihat semangat
persaudaraan Al-Ansar yg diperlihatkan sebegitu tinggi dan mulia.

* Sebagai anak dan warga keturunan Quraisy maka Rasulullah s.a.w. berhak utk
kembali semula ke Makkah, tanah kelahirannya bagi mengambil alih
pentadbiran, dan meletakkan Islam sebagai asas peraturan dan perundangan
Negara. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah, sesungguhnya membuka
ruang baginya menyusun sof perjuangan utk mengambil semula hak yg
dilucutkan itu.


Demikian cebisan sejarah hijrah yg perlu diingati dan dihayati agar imbauan kita senantiasa segar, yg diiringi dgn kesedaran dan keinsafan betapa Rasulullah s.a.w. dan para pengikutnya terdahulu, menghadapi keperitan dan penderitaan hidup ketika menyebar dakwah ketauhidan Allah s.w.t. Pengorbanan mereka begitu besar ertinya, dan hasil perjuangan mereka itulah maka kita hari ini beruntung menerima dan menikmati Islam dlm suasana sebegini selesa – kepada mereka para pelopor perjuangan Islam, dipohonkan rahmah dan maghfirah, dan hendaknya mereka itu dimasukkan kedalam golongan al-anbia' as-siddiqien dan as-syuhada as-solihin, dgn syurga sbg ganjarannya! Amin!




Monday, August 31, 2009

KE ARAH MENJANA GENERASI BERTAKWA

Oleh
Ansir Salim
UiTM Sabah, Beg Berkunci 71,8897 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: oi4 6793451 (hp)


MANUSIA DAN KETAKWAANNYA

“Hai manusia, Aku telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan demikian itulah kami jadikan kamu besuku-suku dan berbangsa-bangsa. Sesungguhnya semulia-mulia dikalangan kamu di sisiKu adalah yang bertakwa”.

Al Hujerat : 13

Asal kejadian manusia di dunia adalah dari Adam a.s dan Hawa dan nenek moyang kita ini pula telah mula-mula diciptakan dari saripati tanah dan roh yang ditiupkan. Seterusnya keturunan bani Adam telah berkemabang bersuku-suku dan berbangsa-bangsa hinggalah hari ini kita dapati penduduk dunia sudah mencapai 6-7 billion. Ayat ini menerangkan hubungan Allah swt sebagai pencipta (khaliq) dan manusia sebagai hambaNya (makhluq) ditentukan oleh nilai dan kualiti takwa seseorang manusia. Jika kita ditanya kenapa hubungan kita sebagai hamba dengan Allah swt ditentukan dengan nilai takwa. Mengapa nilai takwa menjadi menentu aras kualiti seseorang itu dengan yang lain pada penilaian Allah swt, kenapa tidak pada nilai kesabaran kita, pengorbanan kita, semangat jihad kita, keikhlasan kita, rasa cinta kasih, harap, cemas, tawakkal, ridha dan lain-lain sebagainya yang selalu disebut orang nilai-nilai murni.

Prof.Hamka dalam tafsir Al Azhar membahas tentang takwa ini adalah mengandungi semua nilai-nilai jiwa yang kita sebutkan di atas. Apa arti takwa? Perkataan takwa diambil dari rumpun kata wiqayah artinya memelihara. Memelihara hubungan yang baik dengan tuhan. Memelihara diri jangan sampai terperosok kepada suatu perbuatan yang tidah diredhai oleh Tuhan.Memelihara segala perintahNya supaya dapat dijalankan. Memelihara kaki jangan terperososk ke tempat yang lumpur atau berduri. Sebab pernah ditanyakan orang kepada sahabat Rasulullah, Abu Hurairah r.a, apa erti takwa? Beliau menjawab: ”Pernahkah kau bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakanmu waktu itu?” Orang itu menjawab: ”Apabila aku melihat duri, aku mengelak ke tempat yang tidak ada durinya atau aku langkahi, atau aku mundur.” Abu Hurairah menjawab:”Itulah dia takwa!” (Riwayat dari Ibnu Abid Dunya). Belaiu mengusulkan tiada istilah lain yang layak buat menggantikan perkataan takwa itu. ”Jangan selalu diertikan takut, sebagai yang diartikan sebahagian orang dari dahulu hingga sekarang ini. Sebab takut hanyalah sebahagian kecil dari takwa. Meskipun di satu-satu waktu ada juga diartikan dengan takut, tetapi terjadi yang demikian ialah pada susunan ayat yang cenderung kepada arti yang terbatas itu sahaja. Padahal arti takwa lebih mengumpul banyak hal.Bahkan dalam takwa terdapat juga berani! Memelihara hubungan denga Tuhan, bukan sahaja kerana takut, tetapi lebih lagi kerana ada kesadaran diri, sebagai hamba. Jadi takwa adalah pelaksanaan dari iman dan amal soleh.

Rukun iman mengajar kita tentang percaya kepada adanya pencipta yang maha esa; mencipta segala yang ada di alam maya ini dan sekaligus mengatur dan mentadbir segala dan akhirnya menentukan kesudahan kepada semua yang berlaku. Seterusnya percaya kepada para malaikatNya, kitab-kitabnya, para rasul dan nabiNya, hari pembalasanNya dan qadha dan qadarnya. Semuanya ini perlulah diyakini dengan sebenar-benarnya seperti yang kita istilahkan sebagai tauhid rububiyyah. Keimanan ini akan menghasilkan buahnya yang berupa amal soleh, iaitu pengabdian sepenuhnya kepada Tuhan, perlaksanaan ketaatan kepada segala perintah dan laranganNya. Semuanya ini dinyatakan didalam rukun islam: mengisytiharkan bahawa diri ini adalah hamba kepada yang maha berkuasa mencipta segalanya; mendirikan solat, berpuasa pada bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji yang juga dikenali sebagai tauhid uluhiyyah. Nah! disinilah fungsi sebenar nilai takwa itu....memelihara semua rukun iman dan rukun islam. Dengan menjaga keyakinan dan kepercayaan yang benar dan melakukan segala amal soleh sekaligus menjauhi larangannya akan akhirnya mengangkat martabat manusia itu menjadi semualia-mulia makhluk bahkan mampu mengalahkan para malaikat hatta iblis ketua para malaikat pun diperintahkan untuk bersujud kepada Adam a.s, nenek manusia. Sebaliknya nilai takwa ini jugalah yang telah menggelincirkan Adam dan Hawa dari singgahsananya di syurga apabila telah melanggar perintah Tuhan. Kisah ini diceritakan dalam Al Qura’an, surah Al-Baqarah, ayat 34-36 yang bermaksud:

”Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat,”Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir. Dan kami berfirman, ”Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam syurga, dan makanlah dengan (berbagai makanan) yang ada di sana sesukamu. (Tetapi) janganlah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang zalim!”.Lalu setan memperdayakan keduanya dari surga sehingga keduanya dikeluarkan dari (segala kenikmatan) ketika keduanya di sana (surga).Dan kami berfirman,”turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang ditentukan.”


MAKHLUK PILIHAN

Memanglah manusia adalah makluk yang istimewa dan pilihan di sisi Allah. Dia lebih mulia, lebih utama dan lebih tinggi daripada makhluk yang lain yang dijadikan Allah. Segala sesuatu isi alam ini dijadikan tuhan untuk dia. Kepadanya diberikan apa yang tidak diberikan kepada makhluk lain. Sehingga seluruh alam semesta dan binatang-binatang semuanya tunduk dan berkhidmat khas buat manusia.Bahkan Malaikat yang menjadi penghuni ghaib dari langit dan bumi, banyak diantaranya yang ditugaskan semata-mata untuk menjaga dan memelihara manusia, sedang manusia tidak ada yang berkhidmat kepada Malikat hatta menjadi pengawal malaikat sekalipun. Kemuncak kasih sayang dan keistimewaan manusia adalah saat ia dinobatkan Allah sebagai Khalifatul-Lah fil Ardhi, khalifah atau pelaksana Tuhan di muka bumi ini. Saat itulah bermulanya sejarah yang panjang hubungan antara manusia dan Iblis dan kuncu-kuncunya. Hubungan permusuhan dan segala bentuk kebencian Iblis terhadap manusia yang telah menggugat dan mencabar kedudukan dan martabatnya sebagai makhluk yang paling hebat sebelumnya. Bayangkanlah dia harus tunduk dan sujud di hadapan Adam yang dianggapnya lebih rendah kerana diciptakan dari tanah, sedangkan dia pula lebih tinggi kerana diciptakan dari api.

Firman Allah swt; surah Al-A’raf; ayat: 11-18.

11.“Dan sesungguhnya, kami telah menciptakan kamu, kemudian membentuk (tubuhmu), kemudian kami berfirman kepadapara malaikat. “Bersujudlah kamu kepada Adam,” maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia tidak termasuk mereka yang bersujud.

12.(Allah) berfirman, “Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud ketika aku menyuruhmu?” (Iblis) menjawab, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api,sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”

13.(Allah) berfirman,”Maka turunlah kamu darinya (surga); kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina.”

14.(Iblis) menjawab, “Berilah aku penangguhan waktu, sampai hari mereka dibangkitkan.”

15.(Allah) berfirman,”Benar,kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu.”

16.(Iblis) menjawab,”Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus,

17.Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”

18.(Allah) berfirman,”Keluarlah kamu dari sana (surga) dalam keadaan terhina dan terusir! Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka ada yang mengikutimu, pasti akan aku isi neraka Jahanam dengan kamu semua.”

Dialog antara Tuhan dan iblis melalui ayat-ayat di atas jelas menunjukkan betapa hubungan antara Tuhan, manusia dan iblis. Tuhan telah menukilkan ayat-ayatNya dalam Al Quran berupa diolog langsung antara Dia dengan Iblis, supaya kita dapat benar-benar merasai dan menghayati peristiwa agung itu....masyaAllah! Tuhan telah memuliakan manusia dan menghinakan iblis. Bayangkanlah betapa kebencian iblis terhadap manusia yang telah merampas kemuliannya sekaligus menjadi penyebab kepada pengusirannya dari surga dengan terhina dan sekaligus berpantang arang dengan Tuhan serta menerima hakikat bahawa itulah kali terakhir saatnya berdiam di surga dan terperosok ke tempat yang paling hina dan menakutkan....neraka Jahannam!! Dan ini pasti berlaku dan masanya juga sudah dipersetujui, nauzubilLahi minzalik. Sesungguhnya iblis telah membayar harga yang tidak ternilai mahalnya hanya kerana hilangnya nilai takwa dalam dirinya. Lebih hebat lagi, iblis telah mengistiharkan perang habis-habisan terhadap manusia. Dengan angkuhnya iblis melaungkan matlamatnya yang jelas, tempoh yang pasti, taktik dan strategi perang dan bakal kejayaan yang akan diraihnya sepanjang tempoh tersebut. Bayangkan betapa beraninya iblis mencabar Tuhan.....dan Tuhan menjawab cabaran itu dengan mengisi neraka Jahannam dengan iblis dan semua yang menjadi pengikutnya.

Seterusnya, marilah kita hayati sambungan ayat-ayat berikutnya; ayat: 19-27.

19. Dan (Allah berfirman), ”Wahai Adam! Tinggalah engkau bersama isterimu dalamsurga dan makanlah apa saja yang kamu berdua sukai. Tetapi janganlah kamu berdua dekati pohon yang satu ini. (Apabila didekati) kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim.”

20. Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup. Dan (setan) berkata, ”Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidaka menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalamsurga).

21. Dan dia (setan) bersumpah kepada keduanya, ”Sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu,”

22. dia membujuk mereka dengan tipu daya. Ketika mereka memamah (buah) pohon itu, tampaklah oleh mereka auratnya,makamulailah mereka menutupinya dengan daun-daun surga. Tuhan menyeru mereka, “Bukankah Aku telah mengatakan bahawa sesungguhnya setan adalah musuh yang nyata bagimu?”

23.Keduanya berkata, “Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidakmengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi.”

24. (Allah) berfirman, ”Turunlah kamu! Kamu akan saling bermusuhan satu samalain. Bumi adalah tempat kediaman dan kesenanganmu sampai waktu yang telah ditentukan.”

25. (Allah) berfirman, ”Di sana kamu hidup, di sana kamu mati, dan dari sana (pula) kamu akan dibangkitkan.”

26. Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.

27. Wahai anak cucu Adam! Janganlah sampai kamu tertipu oleh setan sebagaimana halnya dia telah mengeluarkan ibubapakmu dari surga, dengan menanggalakan pakaian mereka untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.

Memang hebat dahsyat perjuangan makhluk pilihan dan utama itu, untuk menyedari siapa dia. Dia datang ke dunia dengan misi kekhalifaannya bersama dengan musuhnya yang besar, iaitu Iblis. Sejak itu maka sejak kakinya tercecah ke muka bumi ini,musuh besarnya itu telah berusaha hendak memesongkan langkahnya dan menghalang-halanginya supaya lupa akan dirinya yang dituntut menyuburkan jiwa takwa demi meraih semula kedudukan asalanya di surga. Jelaslah pada kita sekarang betapa nilai takwalah yang menyebabkan manusia dan Iblis hilang kelayakannya untuk berdiam di surga. Bezanya hanyalah, Iblis tiada jalan untuk kembali bahkan telah tetap titik akhirnya adalah di neraka, sedangkan manusia jalannya kembali ke surga masih terbentang luas selagi mana ia mampu menggilap nilai ketakwaan dalam dirinya sehingga mencapai kualiti hamba yang berjiwa tenang. Dengan cinta kasih Allah swt dikurniakan segala rahmat dan rahimya untuk kembali ke tempat asal neneknya Adam as di surga:

”Hai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam surgaKu!”

(Al Fajr, ayat: 27-30)

Untuk mencapai matlamat ini dan berhadapan dengan serangan dahsyat dari iblis-setan Tuhan tidak membiarkan makhluk pilihanNya itu terkatung-katung tanpa pimpinan. Manusia telah dianugerahkan dengan segala macam keperluan, serba-serbi persediaan, ringkasnya serba lengkap dan sempurna! Apa yang diperlukan hanyalah upaya membangunkan jiwa takwa .....


MEMBINA JIWA TAKWA

Kita tidak akan dapat membina atau membangunkan jiwa takwa insan itu, sebelum kita menegetahui rahsia manusia itu sendiri. Apa sebenarnya manusia itu? Dan apa hakikatnya?

Apakah dia itu sekadar susuk tubuh yang berdiri, dan satu bentuk tegap keras? Adakah dia itu sekadar kumpulan sejumlah sel-sel yang menjadi tisu-tisu kemudian organ-organ dan akhirnya menjadi sistem-sistem yang bekerjasama untuk hidup? Kalau benar manusia itu demikian, sungguh betapa hina dan rendahnya! Tak ada bezanya dengan kucing dan segala makhluk lain yang ada di mukabumi ini.

Ya, benar manusia itu bukanlah sekadar tubuh yang dapat diraba. Akan tetapi Tuhan telah menciptakan nenek manusia yang pertama dengan tanganNya sendiri, dan setelah Roh Ilahi, ditiupkan kepadanya dan dia telah beroleh hidup. Ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat:

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Ingatlah) ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dari tanah. Lalu, apabila Aku telah sempurnakannya Aku tiupkan padanya roh dari ciptaanKu, maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud dengannya.”

Shad: 71-72

Itulah hakikat manusia, roh yang tinggi dan jasad yang rendah. Jasad adalah sebagai rumah, sedang roh sebagai pemilik dan penghuninya. Jasad sebagai kenderaan, sedang roh sebagai penunggang dan pengemudinya. Rumah tidak diciptakan kerana dirinya, demukian pula kenderaan tidak diadakan kerana zatnya. Akan tetapi rumah diciptakan adalah untuk kemaslahatan si penghuni, dan kenderaan diadakan untuk kemanfaatan si penunggangnya. Oleh kerana itu, betapa ajaibnya anak Adam yang mengabaikan pembinaan jiwanya ketimbang jasadnya. Merendahkan penghuni dan penunggangnya, dan menghormati rumah serta kenderaannya! Jika benarlah konsep modal insan yang hendak dibangunkan adalah memfokuskan pada jasadnya, maka betapa kita sedang merintis suatu jalan yang jauh tersesat dari matlamat asal manusia itu diciptakan! Tidak ada bezanya dengan memelihara haiwan ternakan bahkan lebih hina lagi! Sedangkan martabat manusia sebenarnya paling tinggi daripada semua makhluk yang diciptakan Allah SWT sehinggakan malaikat juga disuruh sujud pada Adam. Bahkan semua yang diciptakan oleh Allah SWT khusus diperuntukkan buat manusia menjalankan amanah yang telah dipikulkan kebahunya....alangkah maha pengasih dan penyayangnya Allah SWT !

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Seketika Tuhan menawarkan amanat itu kepada langit dan bumi dan gunung-ganang, semuanya merasa berat buat memikulnya, semua memohon keringanan dari Tuhan. Tetapi manusia tampil ke muka menyediakan diri buat memikul amanat itu!”

Al Ahzab :72

Demikianlah manusia, yang terdiri dari roh dan jasad. Jasad mempunyai tuntunan-tuntunan dari jenis dunianya yang rendah, sedang roh mempunyai tuntunan-tuntunan dari jenis dunianya yang tinggi.

Persimpangan antara unsur roh dan jasad, antara rumah dan penghuninya, antara kenderaan dan pemandunya, Tuhan kurniakan pula akal dan nafsu. Akal murni yang sedia menerima kehadiran ilmu dan makna, manerima wahyu bagi menimbang antara yang baik dan yang buruk. Manakala nafsu pula cenderung memenuhi tuntutan jasad yang lebih rendah nilainya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya nafsu ammarah itu mengajak kepada perbuatan mungkar”
Yusuf:53

Kendati pun begitu nafsu dengan jasadnya perlu bagi memastikan kelangsungan hidup manusia di dunia ini. Dengan nafsu makan dan minum, jasad boleh terus kekal berfungsi tidak mati. Dengan nafsu seks, jasad dapat dikekalkan dari pupus dari muka bumi ini. Dengan nafsu terhadap dunia, jasad sentiasa ghairah untuk berdiam di bumi.

Jadi, di sinilah peranan akal yang memandu, mendidik dan membimbing nafsu dan jasadnya untuk naik dari tingakat nafsu yang paling rendah, iaitu nafsu amarah kepada nafsu yang lebih tinggi, iaitu nafsu mutmainnah, tingkat nafsu yang Tuhan telah telah jamin tempatnya adalah surga. Tingkat nafsu lebih tinggi lagi adalah milik dikalangan insan yang dipilih khas iaitu, para rasul, nabi dan wali serta ulama pewaris nabi. Dengan didikan dan bimbingan wahyu Ilahi dan sunnah Rasulullah maka dapatlah akal memelihara nafsu dan jasadnya ke jalan yang diredhai Allah SWT; mengerjakan apa yang diperintahkan dan meniggalkan apa yang dilarang dan itulah yang kita namai sebagai takwa. Bukankah? semua perbuatan atau pekerjaan yang kita lakukan itu tidak lain dan tak bukan adalah merupakan ibadah kita kepada Tuhan, ubudiyyah kita kepada Rab! Tauhid Uluhiyyah. Dan semua ini terangkum dalam rukun islam yang lima...Syahadah kita, solat kita, puasa kita, zakat kita, haji kita. Bahkan semua semua pekerjaan kita tidak terlepas dari neraca perintah dan larangan yang akhirnya menentukan kualiti ibadat seseorang dan itulah matlamat manusia diturunkan di mukabumi ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKU”

Az Zariyat:56

Jika kita perhatikan ayat-ayat Al Quran yang menyentuh tentang perintah Allah SWT terhadap hambanya seperti mendirikan solat, zakat, puasa, haji, qisas, jihad, nikah kahwin, berjual beli dan lain-lain lagi, maka bertemulah kita dihujung ayat-ayat itu “Laa’llakum tattakun”(agar supaya kamu bertakwa). Dapatlah difahami dengan sebenar-benarnya betapa kasih sayangnya Tuhan mempersiapkan manusia berhadapan dengan musuhnya yang sebenar iaitu, iblis dan setan. Hanya nilai takwa inilah yang mampu mengalahkan iblis-setan yang sentiasa menyerang nafsu dan akal manusia agar menzalimi dirinya sendiri seperti yang mereka lakukan terhadap nenek kita Adam a.s. hingga tergelincir dari surga. Pembinaan jiwa takwa ini dapat dilakukan dengan membuat latihan yang bersungguh-sungguh dan berterusan terhadap kedua-dua Roh dan jasad kita. Disinilah hikmahnya kita melaksanakan ibadah puasa bagi melahirkan jiwa takwa.


PERANAN PUASA DALAM PEMBENTUKAN GENERASI BERTAKWA

Puasa bulan Ramadhan termasuk salah satu dari lima Rukun (tiang) islam. Dalam bahasa Arab puasa disebut shiam atau shaum, yang pokok artinya ialah menahan. Di dalam peraturan syarak dijelaskan bahawasanya syiam menahan makan dan minum dan bersetubuh suami isteri dari waktu fajar sampai waktu magrib, kerana menjunjung tinggi perintah Allah.

Berbeza dengan bentuk ibadat lain seperti berucap, iaitu termasuklah doa, zikir, menyerukan kebajikan, mencegah kemungkaran, menuntun orang zalim dan lain-lain. Ada pula dalam bentuk badaniah seperti solat, berzakat, haji dan jihad di jalan Allah. Puasa dilakukan tanpa ucapan dan tanpa perbuatan akan tetapi dengan menahan dan mencegah diri dari kebiasaan yang dibenarkan terutamanya pada dua bahagian tubuh badan iaitu, perut dan kemaluan dengan tidak makan-minum dan bersetubuh di siang hari.

PUASA MENGUATKAN JIWA

Hakikat manusiah yang telah dibincangkan bahawa manusia gabungan antara Roh dan jasad. Roh adalah tiupan pencipta yang membekalinya denga jiwa untuk hidup manakala jasad adalah tubuh berasal dari tempat yang rendah tempat jiwa berdiam. Disamping itu dibekali dengan akal dan nafus. Akal yang memandu nafsu yang sentiasa cenderung melakukan kemungkaran, supaya dapat meningkat ke kedudukan roh yang tinggi, setinggi martabatnya sebagai makhluk pilihan. Jadi sasaran musuh sebenar manusia; iblis-setan adalah nafsu yang akhirnya nanti dapat mengalahkan pengaruh akal. Itulah sebabnya orang yang gagal mengawal dirinya dianggap tidak berakal. Dengan berpuasa manusia akan dapat membebaskan dirinya dari dominasi nafsunya, terkeluar dari penjara jasmani, sanggup mengalahkan gejolak syahwatnya, menguasai kehendak kebinatangannya yang rendah itu dan naik ke tahap tinggi dan paling dekat kepada Allah yang asalnya telah meniupkannya ke dalam jasad. Pada tahap inilah pengaruh doa orang yang berpuasa sangat berkuasa. Bayangkan doa dipinta ketika kedudukan kita paling dekat dengan Tuan. Jiwa yang beginilah yang dikatakan jiwa merdeka, jiwa yang tak akan dapat dikalahkan oleh sebarang kekuatan selain Allah!

PUASA MENYIHATKAN BADAN

”Anak Adam tidak akan memenuhi tempat dari perutnya dengan kejahatan, kerana anak Adam mengatur makanan yang dapat memperkukuh tubuhnya, sekalipun tidak memungkinkannya. Iaitu, sepertiga untuk makan, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga untuk pernafasannya.”
HR. Tirmidzi

PUASA MENDIDIK KEMAHUAN

Memperkuat kemahuan dan memperteguh kesabaran dari kebiasaan sebelumnya.

PUASA MENGENAL NILAI KENIKMATAN

Kenikmatan hanya dapat dirasakan apabila ia telah luput dari kebiasaan yang dibolehkan.





PUASA MENGINGAT KESENGSARAAN ORANG LAIN

Dapat merasakan kesusahan dan penderitaan orang lain. Ini sekaligus akan menyuburkan jiwa pemurah dan pengasih sesama manusia dan makhluk lain. Seterusnya menyuburkan semangat kekitaan dan kasih sayang dalam masyarakat.

Penutup

Semoga puasa kita dapat membawa kita kepada matlamat jiwa takwa yang sebenar. Dengan nilai takwa ini, keluarlah kita dari bulan Ramadhan dalam keadaan suci bersih terampuni segala dosa....kembali kepada fitrah...makhluk pilihan yang paling mulia disisi Tuhan...Selamat Idul Fitri.