Thursday, December 24, 2009

HIJRAH RASULULLAH S.A.W.

Oleh Abu Nadhirah

Penyampaian risalah kebenaran Rasulullah SAW menempuh tribulasi yang bukan alang kepalang. Fitnah dan mehnah merata. Pembesar-pembesar quraysh menggunakan kesemua jentera memburukkan, memboikot, dan memomokkan usaha dakwah membawa Islam ke persada bumi arab.

Tekanan yang tidak berperikemanusiaan digerakkan secara besar-besaran. Bukan hanya Rasulullah SAW sahaja yang menjadi sasaran kafir Quraysh, malah kesemua pengikut yang telah beriman kepada ajaran Islam menjadi sasaran mereka.

Penghijrahan orang-orang Islam begitu terdesak dilakukan akibat asakan kuat dari kaum Musyrik Quraysh, yang bertindak ganas terhadap mereka yg memeluk agama Islam, baik lelaki mahupun perempuan, sejak mula dakwah dimulakan hingga kepenghujung saat hijrah hendak digerakkan.

Antara kegaganasan yg dilakukan oleh mereka ialah menyeksa-kejam Bilal bin Rabah dengan menjerut lehernya lalu diheret oleh anak-anak jalanan, seakan-akan ia seekor binatang, yang kemudiannya dijemur ditengah-tengah gurun yang panas suhunya, hingga kulit dibadan seakan hangus terbakar, dan sebiji telur jika dibiarkan, akan menjadi masak dalam waktu yg singkat. "Ahad! Ahad! [Esa! Esa!] demikian tegas Bilal tanpa memperdulikan desakan supaya beliau menolak Islam sebagai ganjaran melepaskan diri dari penyeksaan sedemikian. Bilal bagaimanapun, diselamatkan oleh Abu Bakar r.a., dengan membelinya sebagai hamba tebusan, dan memerdekakannya sejurus kemudian.

Lebih menyayat dan mengguris hati ialah perbuatan ganas yang dilakukan oleh pembesar Quraysh, Abu Jahal, Ketua Bani Makhzum, keatas seorang perempuan
bernama Sumaiyah, apabila bahagian sulitnya ditusuk dengan lembing hingga maut, dan beliau nyata rela menerima kematian demi keimanan yg amat kental kepada Allah dan RasulNya, daripada meninggalkan Islam, dan kembali semula menyembah berhala. Kematian Sumaiyah, merupakan kematian syahid pertama dalam Islam.





PENGHIJRAHAN DILAKUKAN
SECARA SULIT

Keperitan dan kesengsaraan yg dialami orang-orang Islam itu dimaklumi oleh Rasulullah s.a.w. akan tetapi Rasulullah s.a.w. tiada upaya membantunya disebabkan kedudukannya yg dhaief dan lemah dari pelbagai segi dan sudut, ditambah pula kehilangan ayah saudara, Abu Talib dan isterinya, Khadijah binti Khuwailid, dua tokoh besar berpengaruh lagi disegani, yg sentiasa memberikan dorongan dan sokongan sepanjang usaha gigihnya menyebarkan dakwah.
Demi mengelak orang-orang Islam disengsarai dgn kekejaman dan penyeksaan dahsyat kaum Musyrik Quraysh secara berterusan lagi memeritkan itu, maka jalan keluar yg terlihat dihadapan ialah meninggalkan Makkah dan berhijrah ketempat lain maka Rasulullah s.a.w. memilih Madinah sbg sebuah negeri terbaik utk berhijrah, ekoran penduduk-penduduk Madinah itu sendiri, telah menawar dan bersedia menerima kedatangan orang-orang Islam ke negeri mereka, yang disuarakan sewaktu bertemu-runding dlm suatu perjumpaan di Aqabah.

Penghijrahan itu bagaimanapun, terpaksa dilakukan secara sulit dan rahsia atau menerima penyeksaan serta mati dibunuh jika diketahui oleh kaum Quraysh kelak, dan hakikatnya Rasulullah s.a.w. sendiri turut berhijrah secara sulit dan berhati-hati, ekoran ancaman membunuhnya sebagaimana kata sepakat kabilah-kabilah dan puak-puak kaum Quraysh utk menghapuskannya; dan demi keselamatan diri itulah maka Jibrail a.s. menyampaikan arahan kepada Rasulullah s.a.w. supaya berhijrah dan tidak tidur di rumah pada malam itu, sebagaimana lazimnya.

Umar ibn al-Khattab bagaimanapun, bertindak begitu berani apabila mengisytiharkan pengijrahannya secara terbuka dan terus-terang tanpa berselindung dgn kata-katanya dikhalayak ramai, "Aku hendak berhijrah ke Madinah, siapa yg ingin menghalangku, silakan kehadapan! Tapi ingat, ibunya akan meraung atas kematiannya nanti!".

Ketika Umar r.a sampai di Ka'abah, orang-orang besar Quraysh sedang berkumpul di situ. Tanpa menghiraukan mereka Umar r.a menyempurnakan tawaf dgn mengelilingi Ka'abah sebanyak tujuh kali, dan diikuti dgn solat dua rakaat. Sambil menyandang pedang dan busar yg disangkutkan dibelakang serta anak panah tergenggam ditangan, beliau menghampiri setiap kumpulan dan qabilah pembesar Quraysh itu, dan dengan lantang suara beliau berkata, "Mereka yg berwajah muram, dan ingin melihat ibunya meraung kesedihan, anaknya ditinggalkan yatim, dan isterinya pula menjadi janda, sila menemui aku disebalik lembah ini!" demikian Umar r.a. yg begitu tegas sekali menzahirkan hasratnya, menyebabkan jantung pembesar Quraysh berdebar-debar.

Rasulullah s.a.w. menempatkan Ali r.a. ditempat tidurnya bagi mengelirukan kumpulan pemuda dari pelbagai suku dan qabilah Quraysh, yg menanti diluar dgn misi untuk membunuh; dan selewat dinihari maka Baginda pun keluar melintasi barisan pemuda yg didapati terlena lalu menaburkan pepasir keatas kepala mereka sambil membaca Ayat 1 - 9 dalam Surah Yasin; "يس. والقرآن الحكيم ........... وجعلنا من بين أيديهم سدا ومن خلفم سدا فأغشيناهم فهم لا يصرون" - [Mfhm: "Yaa siin. Demi al-Qur'an yg penuh hikmah … .. .. .. .. (hingga) .. .. .. .. Dan Kami adakan dihadapan mereka
dinding dan dibelakang mereka dinding, dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat].

Rasulullah s.a.w. bergegas kerumah Abu Bakar r.a., yg sudah pun sedia menanti ketibaannya, dgn mengadakan persiapan terpenting iaitu unta kenderaan selain keperluan asas lainnya; dan seterusnya berlepas segera ke Gua Thaur, di penghujung bulan Safar Tahun Gajah, dgn Abu Bakat r.a. sendiri sebagai teman hijrah, dan setiba di Gua Thaur mereka bersembunyi tiga malam, sebelum kedua-duanya bergerak-lepas ke destinasi yg hendak dituju iaitu Madinah, sesudah tiga belas tahun lamanya memperjuangkan tawhid, dan mengajak masyarakat Makkah menolak syirik.


KASIH SAYANG ABU BAKAR

Ketika menghampiri Gua Thaur, kaki Baginda Rasulullah s.a.w. didapati menitiskan darah akibat batu krikil tajam yg terdapat dikaki bukit, suatu keadaan yg mengharukan Abu Bakar r.a. lalu beliau mendukong Baginda Rasulullah s.a.w. hingga kepintu masuk Gua Thaur itu. Sebelum membawa masuk Rasulullah s.a.w. maka Abu Bakar r.a. terlebih dahulu menentukan bahwa kawasan Gua selamat dihuni, dan tiada binatang berbahaya bersembunyi di dalamnya.

Dgn menggunakan robekan kain bajunya, Abu Bakar r.a. menutup lubang-lubang yg memungkinkan tersembunyinya kalajengking, ular atau serangga berbisa, dan setelah yakin barulah Abu Bakar r.a. membawa masuk Rasulullah s.a.w. kedalam, dan seketika kemudian, Baginda tertidur lena oleh keletihan.

Sekalipun bagitu teliti dan prihatin namun seekor ular kecil yg sangat berbisa, telah terlepas dari perhatian Abu Bakar r.a., dan berjaya keluar dari timbunan pepasir lalu mematuk tumit Abu Bakar r.a. Kepedihan bisa dari patukan ular itu, amat memeritkan sekali namun Abu Bakar r,a, menahan kesakitan itu bagi mengelak Rasulullah s.a.w. terjaga dari kelenaannya.

Sejurus kemudian, Abu Bakar r.a. merasa dirinya menggigil lemah akibat keracunan bisa ular itu, yg menyerap masuk kedalam tubuh badannya melalui saluran darah dan urat saraf. Disebabkan tidak terdaya mengalami kesakitan dari keracunan bisa maka Abu Bakar r.a. menangis, dgn titisan airmatanya yg hangat itu membutir jatuh kepipi Rasulullah s.a.w. yg sedang terlena diatas pangkuannya.

Rasulullah s.a.w. terkejut bangun ketika merasai kehangatan titisan airmata Abu Bakar r.a. lalu bertanya, "Apa yg terjadi?". "Saya dipatuk ular," ujar Abu Bakar r.a. Pengorbanan suci yg terlahir dari kekentalan iman dan kegembiraannya terpilih sbg teman hijrah Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. berupaya memperkasa diri dgn kekuatan dan ketahanan ketika menghadapi keracunan bisa yg memeritkan itu.

Melihatnya, Rasulullah s.a.w. mengambil sedikit air lidahnya, dan menyapu pada bahagian yg dipatuk ular tadi, dan sesegra itu, dgn izin Allah, bengkak dikakinya susut-pulih seperti sediakala, dan keracunan bisa menghilang pergi.


KOMPLOT QURAYSH MEMBURU

Penghijrahan Rasulullah s.a.w. menimbulkan kemarahan orang-orang Quraysh terutamanya Abu Jahal lalu mereka memburu Rasulullah s.a.w. sesudah para pemuda gagal membunuhnya dirumah Baginda sendiri, dan tidak pula menemuimnya dirumah Abu Bakar r.a.

Gua Thaur, tidak begitu luas dan tidak pula begitu dalam ruang lorongnya maka Allah menghidup-tumbuhan dedaun rimbun setinggi paras manusia, yg disebut "Ummu'l Ghilan", terletak anjak sedikit dari pintu gua, sekadar menutup pandangan orang. Kemudian Allah s.w.t. memerintah lelabah membuat bebenang diantara ranting dan dedaun tadi; mencipta deduri halus disisir gua, dan sepasang burung merpati liar bersarang dan bertelur dibahagian pintu masuk.

Ramai sekali orang-orang Quraysh ingin memburu Rasulullah s.a.w., yg didorongi oleh tawaran menarik iaitu 100 ekor unta betina sbg ganjaran bagi sesiapa yg dapat memberkas Rasulullah s.a.w. Sekalipun komplot Quraysh itu sampai dipintu Gua namun mereka tidak menduga Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. bersembunyi di dalamnya ketika melihat keadaan pintu Gua yg sarat diselubungi selaput sarang lelabah, dedaun rimbun, sesarang burung dan deduri tajam.

"Tidak ada siapa pun dlm Gua ini," kata Umaiyah bin Khalf ketika rakan-rakan lainnya hendak memasuki pintu Gua. "Lihatlah benang labah-labah itu, sudah lama usianya; melihat sarang begini, tidak syak lagi usianya mengatasi usia orang yg kita buru sekarang! Macam mana Muhammad boleh masuk kedalam tanpa merempuh sarang burung dan benang labah-labah itu? Lihat burung itu! Takkan telur itu tidak hancur jika Muhammad masuk!"

Kehadhiran komplot Quraysh yg begitu hampir dipintu Gua sehingga suara mereka kedengaran jelas, amat membimbangkan Abu Bakar r.a. atas nasib yg akan menimpa Rasulullah s.a.w. kelak. Lantas Abu Bakar r.a. berbisik dipendengaran Rasulullah s.a.w. dgn berkata, "Andainya mereka menjenguk pintu Gua melalui celah-celah kaki mereka, tentunya mereka akan melihat kita!". "Wahai Abu Bakar! Jangan gusar! Kita 'ni bukan berdua, Allah bersama kita," kata Rasulullah s.a.w.

Kata-kata Umaiyah itu diyakini ahli komplot lainnya jadi mereka membatalkan niat utk memasuki dan mencari Rasulullah s.a.w. didalam Gua itu, namun Abu Jahal mengesyaki semacam ada keyakinan bahawa mereka berdua sebenarnya begitu hampir dikesani lalu meluahkan kata-kata, "Aku yakin musuh kita tidak jauh dari sini, dan mereka sedang memerhati kita, tapi mata kita dikaburi dgn sihirnya". Bagaimanapun, akhirnya mereka pulang hampa tanpa menyedari bahwa keduanya dilindung-pelihara Allah yg berfirman: "وإذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك يقتلوك أو يخرجوك ويمكرون ويمكر الله و الله خير الما كرين" – الأنفا ل :30 أو [Mfhm: "Dan (ingatlah) bagaimana orang-orang Qurayhy memikirkan tipu daya terhadapmu (Muhammad) utk menangkap, memenjara, membunuh atau mengusirmu; mereka membuat tipu daya, dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka) itu; Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya"].


PENGHIJRAHAN ABU BAKAR R.A.
MENURUT ANAK PEREMPUANNYA, ASMA'

Menurut Asma', anak perempuan Abu Bakar r.a., "Apabila Rasulullah dan Abu Bakar pergi, sebilangan orang Quraisy, termasuk Abu Jahal, datang mencegah dipintu rumah kami. Apabila saya keluar, mereka tanyakan dimana ayah saya, dan bila saya jawab tidak tahu, Abu Jahal, seorang yg kasar tingkah laku, menampar saya sekuat hati sehingga anting-anting saya terlucut keluar. Kemudian mereka pun pergi, dan kami tidak mendengar apa-apa berita selama tiga hari, sehinggalah terdengar suara irama syair yg dilagukan oleh jin yg menyamar sebagai manusia biasa dgn bait: Allah, Tuhan manusia yg menganugerah sebaik-baik anugerah kepada sahabat Umm Ma'abad berehat dikhemah. Datang tiba berhati suci – berlalu pergi jelmaannya malam. Berbahagia Muhammad pengikut serta. Wanita Banu Ka'ab tempatnya bertuah. Menyusur-cari kumpulan bertaqwa.

Menurut Asma' , "Mendengar kata-kata itu, tahulah kami bahawa mereka sedang meneruskan perjalanan ke Madinah; terdiri daripada empat orang iaitu Rasulullah, Abu Bakar, Amir dan Abdullah bin Uraiqat, pemandunya."

Seterusnya Asma' mengisahkan, "Sewaktu berlepas dgn Rasulullah s.a.w, Abu Bakar membawa bersamanya antara lima hingga enam ribu dirham. Datuk saya, Abu Kahafah, yg hilang penglihatan, memberitahu kami dan membebel mengatakan Abu Bakar membuat kami susah kerana mengambil semua wang simpanan. Saya katakan bahawa Abu Bakar meninggalkan wang yg banyak lalu saya letakkan beberapa ketul batu kedalam ruang tempat Abu Bakar lazimnya menyimpan wang."

"Batu-batu itu saya litupi dgn kain, dan kemudian itu, saya pegang tangannya sambil berkata, "Ambillah wang ini dgn tangan datuk, tidak ada yg hendak dibimbangkan." "Baguslah dia tinggalkan ini semua; engkau mempunyai wang yg cukup," katanya dgn yakin. Hakikatnya, ayah saya tidak meninggalkan kami apapun; dan apa yg saya lakukan itu sekadar menghilangkan kerisauannya," demikian Asma' mengakhiri kisahnya,


SURAQAH: GHAIRAH MEMBERKAS;
KUDANYA TERBENAM.

Antara ramai orang Quraysh yg ghairah memberkas Rasulullah s.a.w., ialah Suraqah bin Malik, keghairan itu disebabkan tawaran pembesar-pembesar Quraysh yg cukup menarik iaitu ganjaran sebanyak 100 ekor betina kepada sesiapa yg berjaya memberkas Rasulullah s.a.w. Suraqah bertindak bersendirian supaya ganjaran yg diperolehi kelak, tidak diperkongsikan dgn sesiapa pun.

Suraqah keluar dimalam hari utk mengekori jejak Rasulullah s.a.w., dgn membawa khadamnya, dan ketika begitu hampir dgn Rasulullah s.a.w., ia melompat keatas pundak kuda dari punggong unta yg ditunggangi mulanya lalu bergegas kehadapan dgn meninggalkan khadamnya dibelakang.

Kata Suraqah, "Kuda tungganganku memang sihat dan segar; tidak ditunggangi beberapa hari yg lalu, dan umum mengetahui tentang kepantasannya yg sangat hebat. Aku menyiap-siagakan kudaku! Sesudah menggerakkan kaki beberapa langkah dgn lompatan, tiba-tiba tapak kaki kudaku terlekat ditanah lalu jatuh tersungkam, dan aku sendiri tercampak dari pundak kuda."

"Aku teruskan hasrat dgn menunggangi semula kudaku, dan bergegas menghampiri lebih dekat, dan ketika begitu hampir-dekat, Nabi didapati membaca al-Qur'an; tapi aku terkejut mendapati suara tapak kudaku tidak sedikitpun mencemaskannya," ujar Suraqah, "malahan menoleh pun tidak, sebaliknya Abu Bakar memerhati sekeliling, dan kelihatannya gusar namun tenang; apapun, dengan beberapa langkah lagi, aku sudah bertentangan dgn mereka."

"Tiba-tiba, kaki kudaku terbenam keperut bumi hingga kelutut, sekalipun nyata sekali dasar tanah itu keras; aku terhumban diatas kepala kuda itu sambil menghayun sebatan supaya kudaku itu berdiri tegak, tapi gagal," katanya lagi. "Daya usahaku tidak mendatangkan kesan malah kuda itu semakin terbenam kedalam bumi hingga keparas perutnya. Sementara itu, kelihatan gumpalan debu dan pepasir berputar gulung dari ruang lubang dimana kuda itu terbenam. Tiba-tiba aku begitu ketakutan," demikian kata Suraqah.

"Wahai Muhammad!' rayu Suraqah, "saya mohon belas ihsan! Saya akan membawakan berita yg akan mengelirukan mereka yg mencarimu; tapi mohonlah doa kepada Allah supaya kuda saya ini diselamatkan!", rayunya lagi. Muhammad
Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua tapak tangannya sambil mendoa, "Ya Allah! Sekiranya Suraqah ini jujur, mohonlah kudanya ini diselamatkan."

Sambung Suraqah, "Sejurus selesai membaca doa, tanah keras yg mencengkam kaki kuda itu menjadi lembut dan longgar lalu kudaku berdiri tegak dgn mudahnya. Aku mendekati mereka dan menawarkan perkongsian senjata dan bekalan makanan, tapi mereka menolak kerana tidak mahu menerima pemberian dari orang-orang yg tidak beriman, mereka meminta aku supaya beredar dan meninggalkan mereka!."

"Dalam hematku," kata Suraqah , "Muhammad akan beroleh kuasa akhirnya; dan sesampai di Makkah, aku beritahu kepada khadamku dan orang-orang Makkah seluruhnya, yg mengetahui pemergianku, dgn mengatakan aku tidak jumpa sesiapa pun; aku kesali, tawaran menyebabkan aku terdorong membuat kerja yg sia-sia."


RASULULLAH S.A.W. TIBA DI MADINAH

Sebelum sampai tiba di Kota Madinah, Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu menginap di Quba selama tiga malam dimana Baginda disambut meriah oleh penduduk-penduduknya. Di Quba', Rasulullah s.a.w. membina sebuah Masjid, yg dikenali sebagai Masjid Quba', dan merupakan Masjid pertama dan terulung bagi kaum Muslimin.

Sesudah menginap tiga malam maka keesokannya iaitu hari Jumaat, Rasulullah s.a.w. bersama rombongan yg mengiringinya, berlepas ke Kota Madinah. Waktu solat sampai ketika tiba diperkampungan Bani Salim bin Auf maka Baginda turun dari kenderaan dan menunaikan solat Jumaat yg pertama dlm sejarah Islam, dgn diikuti oleh ramai kaum Muslimin, yg berpakaian kemas dan menarik.

Beliau meneruskan perjalanan dan sesampai disebuah kawasan, yg dikenali sbg "Zawatu'l-khidar" maka Baginda disambut lebih meriah oleh penduduk-penduduknya, termasuk kaum wanita dan golongan kanak-kanak, dan mereka beramai-ramai mengumandangkan nasyid yg indah susunan baitnya:

Sesudah 320 KM jauhnya pengembaraan diredahi maka Rasulullah s.a.w. sampai tiba di Kota Madinah pada 22hb Rabi'ul-awal, yg memakan waktu kira-kira hampir sebulan lamanya, dan penghijrahannya ke Madinah itu, merupakan kemuncak permulaan peralihan dan anjakan perjuangan dlm menegakkan kemurnian dan keagungan syi'ar Islam melalui tindakan penyusunan masyarakat yg berwibawa, berhemah dan bermaruah. Hakikatnya, penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan para pengikutnya dari Makkah ke Madinah itu, mengandungi hikmah tersendiri, antaranya:

* peralihan kedudukan yg lemah, hina dan tersiksa oleh tindakan ganas kaum
Quraisy kepada suatu kedudukan yg kukuh dan ampuh sehingga berupaya
bertindak balas keatas setiap ancaman yg mendatang.

* peralihan kedudukan sbg golongan minoriti yg tertekan dan tertindas kepada
tahap kedudukan Ummah yg memiliki kuasa, yg perlu disegani dan dihormati,
khususnya mereka diluar Islam.

* peralihan pelaksanaan dakwah yg mulanya digerakkan secara individu dgn
liputan kawasan terhad sekitar Makkah kpd pergerakan dakwah yg lebih
luas kawasannya, merangkumi alam dunia dan golongan manusia pelbagai
lapisan, yg digerak-susun melalui sebuah pemerintahan yg diterajui oleh Islam.

* ikatan ukhuwah Islamiyah dikalangan kabilah Khazraj dan Aus kian erat, dan
hubungan tali persaudaraan diantara orang-orang yg berhijrah dari Makkah, yg
dikenali sebagai Al-Muhajirun dan penduduk-penduduk Madinah sbg Al-Ansar,
menyerlah kukuh, bilamana golongan Al-Ansar begitu ghairah menghulur
bantuan sementara golongan Muhajirun begitu teruja melihat semangat
persaudaraan Al-Ansar yg diperlihatkan sebegitu tinggi dan mulia.

* Sebagai anak dan warga keturunan Quraisy maka Rasulullah s.a.w. berhak utk
kembali semula ke Makkah, tanah kelahirannya bagi mengambil alih
pentadbiran, dan meletakkan Islam sebagai asas peraturan dan perundangan
Negara. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah, sesungguhnya membuka
ruang baginya menyusun sof perjuangan utk mengambil semula hak yg
dilucutkan itu.


Demikian cebisan sejarah hijrah yg perlu diingati dan dihayati agar imbauan kita senantiasa segar, yg diiringi dgn kesedaran dan keinsafan betapa Rasulullah s.a.w. dan para pengikutnya terdahulu, menghadapi keperitan dan penderitaan hidup ketika menyebar dakwah ketauhidan Allah s.w.t. Pengorbanan mereka begitu besar ertinya, dan hasil perjuangan mereka itulah maka kita hari ini beruntung menerima dan menikmati Islam dlm suasana sebegini selesa – kepada mereka para pelopor perjuangan Islam, dipohonkan rahmah dan maghfirah, dan hendaknya mereka itu dimasukkan kedalam golongan al-anbia' as-siddiqien dan as-syuhada as-solihin, dgn syurga sbg ganjarannya! Amin!




Monday, August 31, 2009

KE ARAH MENJANA GENERASI BERTAKWA

Oleh
Ansir Salim
UiTM Sabah, Beg Berkunci 71,8897 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: oi4 6793451 (hp)


MANUSIA DAN KETAKWAANNYA

“Hai manusia, Aku telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan demikian itulah kami jadikan kamu besuku-suku dan berbangsa-bangsa. Sesungguhnya semulia-mulia dikalangan kamu di sisiKu adalah yang bertakwa”.

Al Hujerat : 13

Asal kejadian manusia di dunia adalah dari Adam a.s dan Hawa dan nenek moyang kita ini pula telah mula-mula diciptakan dari saripati tanah dan roh yang ditiupkan. Seterusnya keturunan bani Adam telah berkemabang bersuku-suku dan berbangsa-bangsa hinggalah hari ini kita dapati penduduk dunia sudah mencapai 6-7 billion. Ayat ini menerangkan hubungan Allah swt sebagai pencipta (khaliq) dan manusia sebagai hambaNya (makhluq) ditentukan oleh nilai dan kualiti takwa seseorang manusia. Jika kita ditanya kenapa hubungan kita sebagai hamba dengan Allah swt ditentukan dengan nilai takwa. Mengapa nilai takwa menjadi menentu aras kualiti seseorang itu dengan yang lain pada penilaian Allah swt, kenapa tidak pada nilai kesabaran kita, pengorbanan kita, semangat jihad kita, keikhlasan kita, rasa cinta kasih, harap, cemas, tawakkal, ridha dan lain-lain sebagainya yang selalu disebut orang nilai-nilai murni.

Prof.Hamka dalam tafsir Al Azhar membahas tentang takwa ini adalah mengandungi semua nilai-nilai jiwa yang kita sebutkan di atas. Apa arti takwa? Perkataan takwa diambil dari rumpun kata wiqayah artinya memelihara. Memelihara hubungan yang baik dengan tuhan. Memelihara diri jangan sampai terperosok kepada suatu perbuatan yang tidah diredhai oleh Tuhan.Memelihara segala perintahNya supaya dapat dijalankan. Memelihara kaki jangan terperososk ke tempat yang lumpur atau berduri. Sebab pernah ditanyakan orang kepada sahabat Rasulullah, Abu Hurairah r.a, apa erti takwa? Beliau menjawab: ”Pernahkah kau bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakanmu waktu itu?” Orang itu menjawab: ”Apabila aku melihat duri, aku mengelak ke tempat yang tidak ada durinya atau aku langkahi, atau aku mundur.” Abu Hurairah menjawab:”Itulah dia takwa!” (Riwayat dari Ibnu Abid Dunya). Belaiu mengusulkan tiada istilah lain yang layak buat menggantikan perkataan takwa itu. ”Jangan selalu diertikan takut, sebagai yang diartikan sebahagian orang dari dahulu hingga sekarang ini. Sebab takut hanyalah sebahagian kecil dari takwa. Meskipun di satu-satu waktu ada juga diartikan dengan takut, tetapi terjadi yang demikian ialah pada susunan ayat yang cenderung kepada arti yang terbatas itu sahaja. Padahal arti takwa lebih mengumpul banyak hal.Bahkan dalam takwa terdapat juga berani! Memelihara hubungan denga Tuhan, bukan sahaja kerana takut, tetapi lebih lagi kerana ada kesadaran diri, sebagai hamba. Jadi takwa adalah pelaksanaan dari iman dan amal soleh.

Rukun iman mengajar kita tentang percaya kepada adanya pencipta yang maha esa; mencipta segala yang ada di alam maya ini dan sekaligus mengatur dan mentadbir segala dan akhirnya menentukan kesudahan kepada semua yang berlaku. Seterusnya percaya kepada para malaikatNya, kitab-kitabnya, para rasul dan nabiNya, hari pembalasanNya dan qadha dan qadarnya. Semuanya ini perlulah diyakini dengan sebenar-benarnya seperti yang kita istilahkan sebagai tauhid rububiyyah. Keimanan ini akan menghasilkan buahnya yang berupa amal soleh, iaitu pengabdian sepenuhnya kepada Tuhan, perlaksanaan ketaatan kepada segala perintah dan laranganNya. Semuanya ini dinyatakan didalam rukun islam: mengisytiharkan bahawa diri ini adalah hamba kepada yang maha berkuasa mencipta segalanya; mendirikan solat, berpuasa pada bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji yang juga dikenali sebagai tauhid uluhiyyah. Nah! disinilah fungsi sebenar nilai takwa itu....memelihara semua rukun iman dan rukun islam. Dengan menjaga keyakinan dan kepercayaan yang benar dan melakukan segala amal soleh sekaligus menjauhi larangannya akan akhirnya mengangkat martabat manusia itu menjadi semualia-mulia makhluk bahkan mampu mengalahkan para malaikat hatta iblis ketua para malaikat pun diperintahkan untuk bersujud kepada Adam a.s, nenek manusia. Sebaliknya nilai takwa ini jugalah yang telah menggelincirkan Adam dan Hawa dari singgahsananya di syurga apabila telah melanggar perintah Tuhan. Kisah ini diceritakan dalam Al Qura’an, surah Al-Baqarah, ayat 34-36 yang bermaksud:

”Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat,”Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir. Dan kami berfirman, ”Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam syurga, dan makanlah dengan (berbagai makanan) yang ada di sana sesukamu. (Tetapi) janganlah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang zalim!”.Lalu setan memperdayakan keduanya dari surga sehingga keduanya dikeluarkan dari (segala kenikmatan) ketika keduanya di sana (surga).Dan kami berfirman,”turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang ditentukan.”


MAKHLUK PILIHAN

Memanglah manusia adalah makluk yang istimewa dan pilihan di sisi Allah. Dia lebih mulia, lebih utama dan lebih tinggi daripada makhluk yang lain yang dijadikan Allah. Segala sesuatu isi alam ini dijadikan tuhan untuk dia. Kepadanya diberikan apa yang tidak diberikan kepada makhluk lain. Sehingga seluruh alam semesta dan binatang-binatang semuanya tunduk dan berkhidmat khas buat manusia.Bahkan Malaikat yang menjadi penghuni ghaib dari langit dan bumi, banyak diantaranya yang ditugaskan semata-mata untuk menjaga dan memelihara manusia, sedang manusia tidak ada yang berkhidmat kepada Malikat hatta menjadi pengawal malaikat sekalipun. Kemuncak kasih sayang dan keistimewaan manusia adalah saat ia dinobatkan Allah sebagai Khalifatul-Lah fil Ardhi, khalifah atau pelaksana Tuhan di muka bumi ini. Saat itulah bermulanya sejarah yang panjang hubungan antara manusia dan Iblis dan kuncu-kuncunya. Hubungan permusuhan dan segala bentuk kebencian Iblis terhadap manusia yang telah menggugat dan mencabar kedudukan dan martabatnya sebagai makhluk yang paling hebat sebelumnya. Bayangkanlah dia harus tunduk dan sujud di hadapan Adam yang dianggapnya lebih rendah kerana diciptakan dari tanah, sedangkan dia pula lebih tinggi kerana diciptakan dari api.

Firman Allah swt; surah Al-A’raf; ayat: 11-18.

11.“Dan sesungguhnya, kami telah menciptakan kamu, kemudian membentuk (tubuhmu), kemudian kami berfirman kepadapara malaikat. “Bersujudlah kamu kepada Adam,” maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia tidak termasuk mereka yang bersujud.

12.(Allah) berfirman, “Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud ketika aku menyuruhmu?” (Iblis) menjawab, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api,sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”

13.(Allah) berfirman,”Maka turunlah kamu darinya (surga); kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina.”

14.(Iblis) menjawab, “Berilah aku penangguhan waktu, sampai hari mereka dibangkitkan.”

15.(Allah) berfirman,”Benar,kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu.”

16.(Iblis) menjawab,”Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus,

17.Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”

18.(Allah) berfirman,”Keluarlah kamu dari sana (surga) dalam keadaan terhina dan terusir! Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka ada yang mengikutimu, pasti akan aku isi neraka Jahanam dengan kamu semua.”

Dialog antara Tuhan dan iblis melalui ayat-ayat di atas jelas menunjukkan betapa hubungan antara Tuhan, manusia dan iblis. Tuhan telah menukilkan ayat-ayatNya dalam Al Quran berupa diolog langsung antara Dia dengan Iblis, supaya kita dapat benar-benar merasai dan menghayati peristiwa agung itu....masyaAllah! Tuhan telah memuliakan manusia dan menghinakan iblis. Bayangkanlah betapa kebencian iblis terhadap manusia yang telah merampas kemuliannya sekaligus menjadi penyebab kepada pengusirannya dari surga dengan terhina dan sekaligus berpantang arang dengan Tuhan serta menerima hakikat bahawa itulah kali terakhir saatnya berdiam di surga dan terperosok ke tempat yang paling hina dan menakutkan....neraka Jahannam!! Dan ini pasti berlaku dan masanya juga sudah dipersetujui, nauzubilLahi minzalik. Sesungguhnya iblis telah membayar harga yang tidak ternilai mahalnya hanya kerana hilangnya nilai takwa dalam dirinya. Lebih hebat lagi, iblis telah mengistiharkan perang habis-habisan terhadap manusia. Dengan angkuhnya iblis melaungkan matlamatnya yang jelas, tempoh yang pasti, taktik dan strategi perang dan bakal kejayaan yang akan diraihnya sepanjang tempoh tersebut. Bayangkan betapa beraninya iblis mencabar Tuhan.....dan Tuhan menjawab cabaran itu dengan mengisi neraka Jahannam dengan iblis dan semua yang menjadi pengikutnya.

Seterusnya, marilah kita hayati sambungan ayat-ayat berikutnya; ayat: 19-27.

19. Dan (Allah berfirman), ”Wahai Adam! Tinggalah engkau bersama isterimu dalamsurga dan makanlah apa saja yang kamu berdua sukai. Tetapi janganlah kamu berdua dekati pohon yang satu ini. (Apabila didekati) kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim.”

20. Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup. Dan (setan) berkata, ”Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidaka menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalamsurga).

21. Dan dia (setan) bersumpah kepada keduanya, ”Sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu,”

22. dia membujuk mereka dengan tipu daya. Ketika mereka memamah (buah) pohon itu, tampaklah oleh mereka auratnya,makamulailah mereka menutupinya dengan daun-daun surga. Tuhan menyeru mereka, “Bukankah Aku telah mengatakan bahawa sesungguhnya setan adalah musuh yang nyata bagimu?”

23.Keduanya berkata, “Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidakmengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi.”

24. (Allah) berfirman, ”Turunlah kamu! Kamu akan saling bermusuhan satu samalain. Bumi adalah tempat kediaman dan kesenanganmu sampai waktu yang telah ditentukan.”

25. (Allah) berfirman, ”Di sana kamu hidup, di sana kamu mati, dan dari sana (pula) kamu akan dibangkitkan.”

26. Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.

27. Wahai anak cucu Adam! Janganlah sampai kamu tertipu oleh setan sebagaimana halnya dia telah mengeluarkan ibubapakmu dari surga, dengan menanggalakan pakaian mereka untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.

Memang hebat dahsyat perjuangan makhluk pilihan dan utama itu, untuk menyedari siapa dia. Dia datang ke dunia dengan misi kekhalifaannya bersama dengan musuhnya yang besar, iaitu Iblis. Sejak itu maka sejak kakinya tercecah ke muka bumi ini,musuh besarnya itu telah berusaha hendak memesongkan langkahnya dan menghalang-halanginya supaya lupa akan dirinya yang dituntut menyuburkan jiwa takwa demi meraih semula kedudukan asalanya di surga. Jelaslah pada kita sekarang betapa nilai takwalah yang menyebabkan manusia dan Iblis hilang kelayakannya untuk berdiam di surga. Bezanya hanyalah, Iblis tiada jalan untuk kembali bahkan telah tetap titik akhirnya adalah di neraka, sedangkan manusia jalannya kembali ke surga masih terbentang luas selagi mana ia mampu menggilap nilai ketakwaan dalam dirinya sehingga mencapai kualiti hamba yang berjiwa tenang. Dengan cinta kasih Allah swt dikurniakan segala rahmat dan rahimya untuk kembali ke tempat asal neneknya Adam as di surga:

”Hai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam surgaKu!”

(Al Fajr, ayat: 27-30)

Untuk mencapai matlamat ini dan berhadapan dengan serangan dahsyat dari iblis-setan Tuhan tidak membiarkan makhluk pilihanNya itu terkatung-katung tanpa pimpinan. Manusia telah dianugerahkan dengan segala macam keperluan, serba-serbi persediaan, ringkasnya serba lengkap dan sempurna! Apa yang diperlukan hanyalah upaya membangunkan jiwa takwa .....


MEMBINA JIWA TAKWA

Kita tidak akan dapat membina atau membangunkan jiwa takwa insan itu, sebelum kita menegetahui rahsia manusia itu sendiri. Apa sebenarnya manusia itu? Dan apa hakikatnya?

Apakah dia itu sekadar susuk tubuh yang berdiri, dan satu bentuk tegap keras? Adakah dia itu sekadar kumpulan sejumlah sel-sel yang menjadi tisu-tisu kemudian organ-organ dan akhirnya menjadi sistem-sistem yang bekerjasama untuk hidup? Kalau benar manusia itu demikian, sungguh betapa hina dan rendahnya! Tak ada bezanya dengan kucing dan segala makhluk lain yang ada di mukabumi ini.

Ya, benar manusia itu bukanlah sekadar tubuh yang dapat diraba. Akan tetapi Tuhan telah menciptakan nenek manusia yang pertama dengan tanganNya sendiri, dan setelah Roh Ilahi, ditiupkan kepadanya dan dia telah beroleh hidup. Ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat:

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Ingatlah) ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dari tanah. Lalu, apabila Aku telah sempurnakannya Aku tiupkan padanya roh dari ciptaanKu, maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud dengannya.”

Shad: 71-72

Itulah hakikat manusia, roh yang tinggi dan jasad yang rendah. Jasad adalah sebagai rumah, sedang roh sebagai pemilik dan penghuninya. Jasad sebagai kenderaan, sedang roh sebagai penunggang dan pengemudinya. Rumah tidak diciptakan kerana dirinya, demukian pula kenderaan tidak diadakan kerana zatnya. Akan tetapi rumah diciptakan adalah untuk kemaslahatan si penghuni, dan kenderaan diadakan untuk kemanfaatan si penunggangnya. Oleh kerana itu, betapa ajaibnya anak Adam yang mengabaikan pembinaan jiwanya ketimbang jasadnya. Merendahkan penghuni dan penunggangnya, dan menghormati rumah serta kenderaannya! Jika benarlah konsep modal insan yang hendak dibangunkan adalah memfokuskan pada jasadnya, maka betapa kita sedang merintis suatu jalan yang jauh tersesat dari matlamat asal manusia itu diciptakan! Tidak ada bezanya dengan memelihara haiwan ternakan bahkan lebih hina lagi! Sedangkan martabat manusia sebenarnya paling tinggi daripada semua makhluk yang diciptakan Allah SWT sehinggakan malaikat juga disuruh sujud pada Adam. Bahkan semua yang diciptakan oleh Allah SWT khusus diperuntukkan buat manusia menjalankan amanah yang telah dipikulkan kebahunya....alangkah maha pengasih dan penyayangnya Allah SWT !

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Seketika Tuhan menawarkan amanat itu kepada langit dan bumi dan gunung-ganang, semuanya merasa berat buat memikulnya, semua memohon keringanan dari Tuhan. Tetapi manusia tampil ke muka menyediakan diri buat memikul amanat itu!”

Al Ahzab :72

Demikianlah manusia, yang terdiri dari roh dan jasad. Jasad mempunyai tuntunan-tuntunan dari jenis dunianya yang rendah, sedang roh mempunyai tuntunan-tuntunan dari jenis dunianya yang tinggi.

Persimpangan antara unsur roh dan jasad, antara rumah dan penghuninya, antara kenderaan dan pemandunya, Tuhan kurniakan pula akal dan nafsu. Akal murni yang sedia menerima kehadiran ilmu dan makna, manerima wahyu bagi menimbang antara yang baik dan yang buruk. Manakala nafsu pula cenderung memenuhi tuntutan jasad yang lebih rendah nilainya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya nafsu ammarah itu mengajak kepada perbuatan mungkar”
Yusuf:53

Kendati pun begitu nafsu dengan jasadnya perlu bagi memastikan kelangsungan hidup manusia di dunia ini. Dengan nafsu makan dan minum, jasad boleh terus kekal berfungsi tidak mati. Dengan nafsu seks, jasad dapat dikekalkan dari pupus dari muka bumi ini. Dengan nafsu terhadap dunia, jasad sentiasa ghairah untuk berdiam di bumi.

Jadi, di sinilah peranan akal yang memandu, mendidik dan membimbing nafsu dan jasadnya untuk naik dari tingakat nafsu yang paling rendah, iaitu nafsu amarah kepada nafsu yang lebih tinggi, iaitu nafsu mutmainnah, tingkat nafsu yang Tuhan telah telah jamin tempatnya adalah surga. Tingkat nafsu lebih tinggi lagi adalah milik dikalangan insan yang dipilih khas iaitu, para rasul, nabi dan wali serta ulama pewaris nabi. Dengan didikan dan bimbingan wahyu Ilahi dan sunnah Rasulullah maka dapatlah akal memelihara nafsu dan jasadnya ke jalan yang diredhai Allah SWT; mengerjakan apa yang diperintahkan dan meniggalkan apa yang dilarang dan itulah yang kita namai sebagai takwa. Bukankah? semua perbuatan atau pekerjaan yang kita lakukan itu tidak lain dan tak bukan adalah merupakan ibadah kita kepada Tuhan, ubudiyyah kita kepada Rab! Tauhid Uluhiyyah. Dan semua ini terangkum dalam rukun islam yang lima...Syahadah kita, solat kita, puasa kita, zakat kita, haji kita. Bahkan semua semua pekerjaan kita tidak terlepas dari neraca perintah dan larangan yang akhirnya menentukan kualiti ibadat seseorang dan itulah matlamat manusia diturunkan di mukabumi ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKU”

Az Zariyat:56

Jika kita perhatikan ayat-ayat Al Quran yang menyentuh tentang perintah Allah SWT terhadap hambanya seperti mendirikan solat, zakat, puasa, haji, qisas, jihad, nikah kahwin, berjual beli dan lain-lain lagi, maka bertemulah kita dihujung ayat-ayat itu “Laa’llakum tattakun”(agar supaya kamu bertakwa). Dapatlah difahami dengan sebenar-benarnya betapa kasih sayangnya Tuhan mempersiapkan manusia berhadapan dengan musuhnya yang sebenar iaitu, iblis dan setan. Hanya nilai takwa inilah yang mampu mengalahkan iblis-setan yang sentiasa menyerang nafsu dan akal manusia agar menzalimi dirinya sendiri seperti yang mereka lakukan terhadap nenek kita Adam a.s. hingga tergelincir dari surga. Pembinaan jiwa takwa ini dapat dilakukan dengan membuat latihan yang bersungguh-sungguh dan berterusan terhadap kedua-dua Roh dan jasad kita. Disinilah hikmahnya kita melaksanakan ibadah puasa bagi melahirkan jiwa takwa.


PERANAN PUASA DALAM PEMBENTUKAN GENERASI BERTAKWA

Puasa bulan Ramadhan termasuk salah satu dari lima Rukun (tiang) islam. Dalam bahasa Arab puasa disebut shiam atau shaum, yang pokok artinya ialah menahan. Di dalam peraturan syarak dijelaskan bahawasanya syiam menahan makan dan minum dan bersetubuh suami isteri dari waktu fajar sampai waktu magrib, kerana menjunjung tinggi perintah Allah.

Berbeza dengan bentuk ibadat lain seperti berucap, iaitu termasuklah doa, zikir, menyerukan kebajikan, mencegah kemungkaran, menuntun orang zalim dan lain-lain. Ada pula dalam bentuk badaniah seperti solat, berzakat, haji dan jihad di jalan Allah. Puasa dilakukan tanpa ucapan dan tanpa perbuatan akan tetapi dengan menahan dan mencegah diri dari kebiasaan yang dibenarkan terutamanya pada dua bahagian tubuh badan iaitu, perut dan kemaluan dengan tidak makan-minum dan bersetubuh di siang hari.

PUASA MENGUATKAN JIWA

Hakikat manusiah yang telah dibincangkan bahawa manusia gabungan antara Roh dan jasad. Roh adalah tiupan pencipta yang membekalinya denga jiwa untuk hidup manakala jasad adalah tubuh berasal dari tempat yang rendah tempat jiwa berdiam. Disamping itu dibekali dengan akal dan nafus. Akal yang memandu nafsu yang sentiasa cenderung melakukan kemungkaran, supaya dapat meningkat ke kedudukan roh yang tinggi, setinggi martabatnya sebagai makhluk pilihan. Jadi sasaran musuh sebenar manusia; iblis-setan adalah nafsu yang akhirnya nanti dapat mengalahkan pengaruh akal. Itulah sebabnya orang yang gagal mengawal dirinya dianggap tidak berakal. Dengan berpuasa manusia akan dapat membebaskan dirinya dari dominasi nafsunya, terkeluar dari penjara jasmani, sanggup mengalahkan gejolak syahwatnya, menguasai kehendak kebinatangannya yang rendah itu dan naik ke tahap tinggi dan paling dekat kepada Allah yang asalnya telah meniupkannya ke dalam jasad. Pada tahap inilah pengaruh doa orang yang berpuasa sangat berkuasa. Bayangkan doa dipinta ketika kedudukan kita paling dekat dengan Tuan. Jiwa yang beginilah yang dikatakan jiwa merdeka, jiwa yang tak akan dapat dikalahkan oleh sebarang kekuatan selain Allah!

PUASA MENYIHATKAN BADAN

”Anak Adam tidak akan memenuhi tempat dari perutnya dengan kejahatan, kerana anak Adam mengatur makanan yang dapat memperkukuh tubuhnya, sekalipun tidak memungkinkannya. Iaitu, sepertiga untuk makan, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga untuk pernafasannya.”
HR. Tirmidzi

PUASA MENDIDIK KEMAHUAN

Memperkuat kemahuan dan memperteguh kesabaran dari kebiasaan sebelumnya.

PUASA MENGENAL NILAI KENIKMATAN

Kenikmatan hanya dapat dirasakan apabila ia telah luput dari kebiasaan yang dibolehkan.





PUASA MENGINGAT KESENGSARAAN ORANG LAIN

Dapat merasakan kesusahan dan penderitaan orang lain. Ini sekaligus akan menyuburkan jiwa pemurah dan pengasih sesama manusia dan makhluk lain. Seterusnya menyuburkan semangat kekitaan dan kasih sayang dalam masyarakat.

Penutup

Semoga puasa kita dapat membawa kita kepada matlamat jiwa takwa yang sebenar. Dengan nilai takwa ini, keluarlah kita dari bulan Ramadhan dalam keadaan suci bersih terampuni segala dosa....kembali kepada fitrah...makhluk pilihan yang paling mulia disisi Tuhan...Selamat Idul Fitri.

Friday, July 31, 2009

“MEMUGAR RISALAH, MEMPERKASA UMMAH”

Oleh
Abdul Manap Mahmud


Alhamdulilah al, assoleh tu wassalam ala rasulilah saw. Wa ala alihi wasahbihi wasalam
YB. Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Wakil kepada YB Datuk Haji Nasir Tun Sakaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri
YB. Datuk-datuk, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri
Yang Berusaha Sdr. Mustapha Sakmud, Timbalan YDP ABIM, Merangkap Presiden MBS selaku Pengerusi Penganjur Seminar Risalah Untuk Kaum Muslimin.
Ketua-Ketua Agensi Penganjur Bersama JHEAINS,BAKIYS, KKBS dan JBS
Yang Berbahagia Dr.Amran Mohammad, Setiausaha Agung ABIM Pusat, Merangkap Wakil Presiden ABIM Pusat
Para-pembentang kertas kerja
Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan persekutuan
Pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil pertubuhan belia
Pimpinan dan ahli Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan
ahli-ahli Majlis Gabungan NGOs Islam Sabah (CONCERN)
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Para Muktamirin, ahli-ahli ABIM, WADAH dan SISMA dari seluruh pelusuk negeri Sabah
Sidang Hadirin-Hadirat

Selamat Datang Ke Seminar Risalah Untuk Kaum Muslimin bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM Sabah ke-27 sesi 2009/10, Assalamualaikum wrh.wbt.



ABIM SABAH SELEPAS DUA DEKAD
ABIM Sabah tampil hampir 27 tahun lalu (1982) sebagai pertubuhan belia dengan idealism cita-cita Islam yang murni, berorientasikan Knowledge base movement bermula dengan kesungguhan meletak dan memperkukuh catatan sejarah peranan Islam dalam pembinaan tamadun dan budaya hidup masyarakat di rantau sebelah sini. ABIM Sabah secara tegas menyatakan Islam telah terlibat secara langsung dalam membina tatacara hidup masyarakat peribumi sejak abad ke-13M lagi. Sekaligus menafikan catatan bahawa sejarah Sabah hanya bermula ketika kemasukan penjajah barat selewat-lewat abad ke-17.

Seawal dekad pertama (1992) ABIM Sabah secara konsisten menyatakan pendirian bahawa dalam konteks kepelbagaian suku-kaum dan budaya di negeri ini Islam perlu ditampilkan sebagai factor pemersatu yang mengikat dan mengangkat umat Islam secara harmoni. Hakikatnya Penerimaan Islam sebagai ad-deen bukan saja telah menyatukan pelbagai suku kaum berdasarkan kesatuan aqidah, syariat, sejarah dan nilai-nilai sejagat malah lebih jauh lagi juga mengikat mereka ke dalam ummatul-wahidah, meningkatkan solidarity ummah dalam masa yang sama menghormati agama-agama lain dan tradisi masing-masing.

Manakala diawal dekad kedua (2000) dalam suasana mendepani dan memasuki gerbang abad-21, ABIM Sabah manyatakan pentingnya agenda pengisian gagasan Sabah baru dan pelan pembangunan insane.. ABIM Sabah secara konstruktif menampilkan diri dan mengangkat pentingnya semua pihak mengikhtiraf peranan gerak kerja dakwah dalam mencorakkan kebaikan ditengah-tengah kerancakan pembangunan fizikal dan infrastruktur. ABIM Sabah berusaha melebarkan jaringan kerjasama, silaturrahim dan smart-partership dalam merencanakan dan merancakkan syiar dan obor kebaikan melewati sempadan agama, ras dan suku kaum. Pada masa yang sama gerakan belia turut diperkasakan dengan elemen Islam yang lebih dinamik dan boleh diterima oleh semua pihak.

Kini selepas lebih dua setengah dekad (2009), ABIM Sabah mengalas taklif idealism berkenaan telah memberi inspirasi dan pengajaran pengalaman yang sarat dengan makna dan hikmah. Melalui pengajaran pengalaman itu menunjukkan bahawa memugar risalah dan memperkasa Ummah di Sabah mesti bermula dengan mengangkat kefahaman yang benar mengenai Islam sebagai agama dan peradaban yang benar dan luhur.

ABIM Sabah amat yakin, bahawa program mendidik aqal dan budi merupakan misi nubuwwah sepanjang zaman berzaman malahan ianya bukan setakat bertahan, membina tasawwur atau pandangan alam yang benar, malah terbukti mampu meledakkan transformasi yang amat signifikan sehinggakan arab jahiliah mampu membangunkan tamadun baru umat Islam seperti kejayaan Nabi Muhammad saw berjaya membangunkan Negara Madinah dan seterusnya futuhatul Mekah. malahan sejarah turut menampilkan pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin, khalifah Bani Ummayah dan Kerajaan Bani Abbasiyyah (750 –1258M), Turki Uthmaniyyah (1281–1924M),

YB Datuk/Tuan-tuan/Puan-puan
Disinilah pentingnya seminar ini.
Seminar “Risalah untuk Kaum Muslimin” ini adalah suatu usaha untuk memaham dan menimba khazanah pemikiran dan suluhan keilmuan yang tersurat dan tersirat dalam salah satu karya besar Yang Mulia Profesor Dr.Syed Muhammad Naquib Al-Attas (SMN), iaitu seorang Sarjana Islam berwibawa di Malaysia yang diiktiraf oleh dunia Islam dan dunia Barat.

RUKM ini adalah catatan kata lisan Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas seawal tahun pada tahun 1973, ketika beliau bertugas di UKM sebagai Mahaguru Penyandang Kerusi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dan juga sebagai Pengasas serta Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Universiti itu. Manuskrip berkenaan hanya dibukukan pada 2001 (selepas lebih 30tahun), ketika Kaum Muslimin di merata dunia menderitai masalah kekeliruan mengenai Islam yang semakin meruncing, Risalah ini mengemukakan pandangan-pandangan Profesor Al-Attas yang cukup berdaya asli dalam maksud membimbing Kaum Muslimin agar terpimpin ke jalan yang benar. Sebab utama terjadinya keadaan buruk Kaum Muslimin dewasa ini menurut beliau adalah kejahilan masyarakat Muslim itu sendiri mengenai Islam secara yang menyeluruh, iaiatu Islam sebagai agama dan peradaban dan mampu menampilkan ilmu-ilmu Islamiah yang tiada taranya dalam sejarah manusia. Kejahilan mengenai Islam itulah yang telah melenyapkan kesedaran dan tanggungjawab individu dan kaum Muslimin terhadap amanah ilmu dan akhlak dan seterusnya memerangkap mereka dalam pelbagai macam kekeliruan ilmu dan penyelewengan amal hingga mereka terus terbelenggu pada rantai penjajahan pemikiran Kuasa-Kuasa Besar Dunia masakini.

RUKM ini terumus renungan mendalam Prof. Al-attas berkenaan faham-faham utama dalam pandangan hidup Islam yang perlu diketahui oleh Kaum Muslimin seluruhnya. Konsep-konsep penting yang dibicarakan merangkum faham agama, keadilan, ilmu, kebudayaan, kebebasan, akhlak, perubahan, pembangunan, kemajuan, kerasulan, bahasa, pengislaman, kesusasteraan, kesenian, tragedi, akal, dan pensekularan, mengenal asal-usul permasalahan kaum muslimin, pengajaran dan ikhtibarnya, prinisip-prinsip dan konsep-konsep fundamental dalam agama Islam yang telah terabaikan, malahan turut menampilkan Mahraja(jalan keluar) yang praktikal.
Penganjuran seminar ini adalah buat kali pertama di Malaysia dan di Sabah untuk mengangkat dan memberi perspektif tersendiri terhadap karya ini. Harapan untuk mengupas secara menyeluruh kandungan karya berkenaan mungkin dibatasi oleh waktu dan kesempatan tetapi ABIM Sabah berusaha agar karya “Risalah untuk Kaum Muslimin” ini menjadi bahagian terpenting oleh kelompok autoriti, peneraju dasar dan ahli akademik dalam membina polisi dan pandangan alam mendatang.

YB Datuk/Tuan/Puan
Meletakkan seseorang pada kedudukannya yang tepat dan wajar adalah tuntutan keadilan dan tanggungjawab insan beradab. Iqbal pernah berkata bahawa ‘bangsa yang berjiwa besar ialah bangsa yang tahu menghargai pemimpin dan perjuangannya.’ Menurut Syair Arab pula, bangsa yang tahu menilai sejarah punya usia berlipat kali ganda. Dalam menilai sumbangan seseorang tokoh, yang perlu dikenang dan diiktiraf ialah jasa dan sumbangannya yang bermakna, yang luhur lagi agung yang telah mencorakkan perjalanan sejarah, bukan pada cacat cela peribadi atau kelemahan tokoh.

Di atas sandaran-sandaran berkenaan, seminar hari ini berkeyakinan bahawa sumbangan yang bermakna, yang luhur lagi agung perlu dimanfaatkan untuk mencorakkan masa depan masyarakat dan Negara.secara utuh dan menyeluruh.

Akhirnya sekali lagi ABIM mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk bagi pihak Kemterian Belia dan Sukan, seterusnya kepada kerajaan Negeri dan agensi yang terlibat dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Terima kasih.

Monday, June 29, 2009

BUDAYA ILMU TERAS PEMBINAAN GENERASI


Oleh
Abdul Manap Mahmud


MUQADDIMAH

Al-Quran sebagai “mukjizat nubuwwah” terakhir dan Qalam–ulLlah yang agung secara authentik, komprehensif dan holistik telah merakamkan kisah–kisah “sadiq” generasi muda zaman berzaman. Kisah Ashabul kahfi sekumpulan pemuda–pemuda agung yang beruzlah, bermujahadah dan berhijrah demi mempertahankan mahkota keimanan yang mulus. Kisah Yusuf a.s seorang pemuda hebat yang tetap memilih kasih Tuhannya disebalik godaan dunia. Kisah anak soleh Ismail a.s yang tidak gusar untuk menerima ujian pengorbanan jiwa demi ketaatan, keimanan dan kesempurnaan sanubari memahami perintah dan janji Allah swt. Kisah Ibrahim a.s yang bersendirian menghadapi pemulauan, penghinaan, pencercaan dan penyiksaan oleh kaum dan ayahnya sendiri semata–matanya mempertahankan hujah dan keyakinannya kepada Allah yang esa. Kisah Muhammad s.a.w dengan gelaran Al-amin kerana penampilan diri dan kejernihan aqal budinya. Demikian cebisan kisah–kisah yang amat sarat dengan hikmah dan pengajaran muktabar yang membawa konotasi bahawa pada diri–diri generasi muda itu memang secara azali punya sejumlah ramuan yang amat berharga untuk membentuk jiwa kental dipundak maratib tertinggi dari kalangan makhluk. Pada diri – generasi muda itu mempunyai sejumlah kekuatan dan momentum yang amat signifikan untuk memikul amanah dan pentaklifan tanggungjawab kekhalifahan. Seandainya tetap sirna, lesu, pudar dan tidak bermaya butir-butir permata ini adalah mungkin kerana mereka keliru, dan tidak berjaya menghargai ramuan dalam diri yang sedia ada atau kegagalan meletakkan kekuatan dan momentum itu ditempat yang sewajarnya.

ISLAM

Islam bermaksud sejahtera, tunduk, patuh dan menyanjungi perintah serta mendokong titah Allah swt. Islam adalah agama yang ditanzilkan kepada semua rasul dan nabi sejak Nabi Adam a.s hingga Nabi Muhammad s.a.w. Syariat Islam yang ditanzilkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah syariat yang terakhir sebagai panduan kepada seluruh umat manusia sehingga hari kiamat. Islam adalah agama yang lengkap dengan segala peraturan dan tatasusila murni yang sesuai untuk semua bangsa, suku kaum dan ras dan pada masa yang sama berupaya untuk menyantuni semua ceruk lapisan demografi jagat raya ini. Islam adalah din-ulLah yang responsif akomodatif terhadap perubahan zaman. Islam adalah agama yang dipandu oleh Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Islam meletakkan keutamaan kepada ilmu yang benar untuk membina asas-asas beramal soleh. Islam adalah agama untuk penitipan akhlak, adab serta etika yang tinggi. Islam adalah agama yang menobatkan prinsip keadilan dan prinsip kebenaran agar sentiasa menjadi sempadan kehidupan bermasyarakat dan bernegara Syariat Islam yang ditanzilkan kepada Nabi Muhammad s.a.w itu bersifat responsif akomodatif Responsif akomodatif ini bermaksud bukan sahaja meletakkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Khatamun-anbiya dan penghulu para rasul malahan lebih jauh dari itu mengangkat umatnya bersama melaksanakan fungsi Nubuwwat. Iaitu bersama–sama memperkukuh dan menyebarkan syariat Islam keseluruh jagat raya ini.(dae’i) Berbeza dengan syariat semua rasul terdahulu syariat ini sangat dinamik sehingga mampu untuk menyantuni perubahan zaman dan keadaan, melayani kepelbagaian bangsa, suku, ras dan warna kulit, serta mempunyai asas – asas untuk memimpin dan mencorak masa depan dunia yang lebih moden, harmoni dan bahagia untuk seluruh umat manusia hingga hari kiamat.

KRONOLOGI SEJARAH UMAT ISLAM

Nabi Muhammad saw berjaya membangunkan Negara Madinah dan seterusnya futuhatul Mekah. Kemangkatan baginda telah melahirkan pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin yang menampilkan sahabat agung Syaidina Abu Bakr As-Siddiq ra., Syaidina Umar ibn Khattab ra, Syaidina Usman ibn Affan ra dan Syaidina Ali ibn Abu Talib ra. Kemudian diikuti oleh sistem khalifah Bani Ummayah dan Kerajaan Bani Abbasiyyah (750 –1258M). Kerajaan Bani Abbasiyyah bertahan 500 tahun. Kejatuhan kerajaan ini akibat masalah akhlak dan masalah keberkesanan pimpinan menunaikan hak dan tanggungjawab pemerintahan. Faktor luaran yang menyebabkan kejatuhan ini ialah ancaman gerakan Salibiyyah (1097–1292M) dan puak Mongol Tartar. Implikasi besar kejatuhan ini ialah orang Eropah berjaya berinteraksi secara tidak jujur dengan khazanah ilmu dari tamadun Islam (mereka mengambil manfaat, lantas mengeksploitasi, mengubah dan memutuskan langsung hubungan ilmu berkenaan dari tradisi Islam) diikuti dengan mengunci habis semua khazanah berkenaan akibat dendam salibiyyah yang amat mendalam. Manakala Puak Mongol tartar yang primitif itu pula mendobak – dabrik negara Islam secara fizikal tanpa kesedaran akliah. Suasana politik dunia Islam selepas kejatuhan bani Abbasiyyah, adalah dalam situasi gawat yang amat dasyhat meliputi sistem struktur bernegara, material dan intelektual. Ini ditandai sebagai zaman pertengahan. Pada zaman pertengahan ini lahirnya kerajaan Turki Uthmaniyyah (1281–1924M), bertahan lebih 600 tahun, diasaskan oleh Uthman bin Ertoghril (I, 1258M). Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah, yang mampu bertahan lebih 600 tahun itu memberi pengalaman pahit kepada tamadun Barat. Gerakan Salibiyyah serik berhadapan dengan kerajaan Islam yang mampu bertahan hingga ratusan tahun. Negara Islam Turki Uthmaniah telah diprogramkan menggunakan pendekatan “pecah dan perintah” Wilayah – wilayah ini telah dibahagi – bahagikan menjadi beberapa negara kecil yang berautonomi. Pada masa yang sama semangat suku kaum terus dibangunkan dalam negara – negara kecil berkenaan. Faham Islam sebagai negara telah dipudarkan, malap dan disirnakan dari ufuk hati dan jiwa nurani kepemimpinan umat. Ini adalah formulasi dan pengajaran penting tamadun barat hasil peperangan lebih 600 tahun. Zaman moden menurut istilah barat ialah faham kemenangan tamadun barat terhadap kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah. Pada masa yang sama berlaku Renaissance. Negara Islam pada hakikatnya telah jatuh dan tersungkur.

GERAKAN KEBANGKITAN UMAT ISLAM

Di bawah runtuhan negara Islam ini, berlaku gerakan untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam. (1) Aliran Salafiyyah – aliran yang berjuang ke arah menggembalikan umat Islam kepada pegangan dan cara hidup generasi pertama umat Islam, khususnya dari zaman Rasullullah dan para sahabatnya. Orientalist menggelar golongan ini sebagai “reformist”, “revivalist” dan kadang – kadang “fundamentalist”. Dalam sejarah Islam, perjuangan untuk menegakkan kemurnian Islam dipelopori oleh khalifah Umar Abdul Aziz (717–720H), Ahmad in Hambal (780– 855H), Abul Hassan al-Asyari (873 – 935H), Abu Hamid al-Ghazali (1058 –1110H), Taqiyuddin Ibn Taimiyyah (1262 – 1327H). Malahan Ibnu Taimiyyah dianggap pelopor gerakan Salafiyyah setelah umat Islam dibelenggu zaman keruntuhan mental dan fizikal sejak kejatuhan Baghdad. (2) Aliran khalaf iaitu suatu aliran yang merujuk kepada zaman kemudiannya. Khususnya semasa dan selepas kejatuhan kerajaan Utmaniah Turki. Di antara pelopor – pelopor gerakan ini ialah di Turki - Badiuzzaman Said Nursi (1873-1960M) dan Prof. Dr. Necmeddin Erbakan ; Di Mesir - Rifa’ah Badawi Rafi al – Tahtawi (1801 – 1873), Jamaluddin al-Afghani (1839 – 1897), Muhammad Abduh (1849 – 1905); Gerakan Ikwan al –Muslimin dengan Hasan Al-Banna, Dr. hasan al-Hudaibi, Dr. Abdul Qadir Audah, Sayid Qutb, Muhammad Qutb, Dr. Said Ramadhan Al-Buthi, Dr. Mustaffa al-Sibba’ie, Dr. Muhammad al-Bani, Muhammad Al-Ghazali , dan Dr. Muhammad Yusuf al-Qardhawi. Indo – Pak –Syed Ahmad Khan (1817-1898), Ahmad Qutbuddin Abul Rahim (Shah Waliullah al-Dihlawi (1703-1762) ), Abul Hassan Ali Al-Nadwi, Dr. Muhammad Iqbal (1877-1938), Sayid Abul A’ala al-Maududi (1903 – 1979), Prof. Dr. Khurshid Ahmad, Abdul Hameed Siddiqi, Zafar Ishaq Ansari, dan Maryam Jameelah. Afrika – Muhammad ibn Ali al-Sanusi (1787 –1859). Arab Saudi – Muhammad bin Abdul Wahab (1703 – 1797), Muhammad bin Abdul Qadir al – Mubarak Indonesia -Wali Songo, Bapak Muhammad Natsir, Prof. Dr. Hamka. Malaysia – Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Dr. Siddiq Fadhil, ABIM, PAS, JIM USIA, Perkim dan PKPIM. Kebangkitan semula umat Islam agak meratakan sejak kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah sehingga hari ini. Kebangkitan semula umat Islam ini bukan untuk menokok tambah syariat buatan manusia. Kebangkitan ini merupakan sambungan mata rantai – mata rantai kebangkitan yang telah diasaskan sejak Umar Ibn Abdul Aziz. Kebangkitan ini merupakan penggilapan semula kesyumulan Islam. Kebangkitan Islam ini adalah gerakan berterusan untuk memperkasa generasi.




MEMPERKASA GENERASI

Semua Bangsa dan Agama punya cita dan citra bagaimana generasi mudanya perlu dibina mengikut acuan mereka masing – masing. Kebangkitan semula Jepun dan Jerman selepas kalah teruk dalam perang dunia kedua berasaskan cita-cita untuk memperkukuhkan sains dan teknologi. Kebangkitan Amerika ditandai dengan dominasi ekonomi kapitas sedunia. Kebangkitan negara Eropah dalam bentuk budaya social dan perkembangan dunia ilmu tanpa nilai. Kebangkitan Russia melalui penamatan pemerintahan beraja Tzar. Kebangkitan semula China melalui dasar pintu terbuka dan dasar luar yang semakin liberal. Kebangkitan India melalui pengembangan dalam persenjataan, perubatan dan aero-angkasa. Kebangkitan Zionis melalui kekerasan dan pembunuhan. Kebangkitan Islam adalah kebangkitan semula satu tamadun hidup manusia yang merentas sempadan geografi dan demografi, menggenapi semua bidang kehidupan dan ruang ilmu. Kebangkitan Islam mengangkat Taqwa sebaik nilai hakiki manusiawi. Kebangkitan Islam adalah bakal mengundang kepada kejatuhan sistem – sistem bejat dan pincang. Samuel P. Huntington (the clash of civilization) berkaitan dengan pertembungan budaya perlu diambil kira dalam kita merencanakan masa depan generasi muda. Huntington membayangkan akan berlaku pertembungan budaya antara Barat dan Timur. Sudah tentu pertembungan tamadun ini juga merupakan pertembungan sesuatu yang mutlak dalam tamadun berkenaan iaitu pegangan agama atau asas agama yang menjadi pegangan manusia yang membangunkan tamadun berkenaan. Sudah tentu Barat akan diwakili oleh agama yang dianuti oleh sejumlah majority warganegara mereka begitu juga dengan Timur sudah tentu difokuskan kepada sejumlah agama yang majority dianuti oleh masyarakat sebelah timur. Mahu atau tidak Islam akan berdepan dengan bukan Islam sebagai sebuah entity yang lain. Kenichi Ohmae seorang pemikir jepun mengutarakan gagasan Borderless World atau dunia tanpa sempadan yang bermaksud masyarakat seluruh dunia akan punya satu identity sahaja, satu cita dan citra dan satu budaya dan satu citarasa. Bukan kah ini satu proses pemaksaan total sebuah identiti, cita, citra, budaya dan citarasa oleh masyarakat yang kuat ke atas masyarakat yang lemah. Di dalam dua senario yang dibangkitkan di atas memberi indikasi bahawa umat Islam tidak banyak pilihan sama ada bersetuju dan turut serta pola dan acuan zaman yang berada dalam arus perdana berkenaan atau tersisih dan tersingkir. Tambahan pula apabila sentimen Islamapobia dicanang dan gembar gemburkan secara global. Imej Islam dan umat Islam diburukkan seboleh yang mungkin. Sesuatu yang menarik di sini perkara berkenaan adalah suatu “paradox” yang amat menakutkan kembalinya tamadun Islam ratusan tahun. Justeru itu untuk kembali membangunkan tamadun baru untuk umat Islam kita tidak boleh mengambil jalan singkat yang mudah dan bersahaja. Elemen – elemen pembinaan tamadun itu perlu diperkukuhkan.

Muhammad Al-Ghazali di dalam bukunya “Bagaimana berinteraksi dengan Al-Quran” secara sinis menjelaskan dunia pada saat ini telah menderita kehilangan pedoman. Kerana pedoman yang diwarisi oleh umat Islam sejak sekian lama tidak diletakkan pada kedudukanya yang asasi. Bagaimana untuk menyedarkan orang lain jika mereka sendiri sedang bermimpi. Iaitu sejauh mana generasi mudanya terpimpin. Visi ; Membina dan memimpin tamadun khyra Ummah abad 21. Misi : menjadi individu Islam yang komprehensif untuk merealisasikan cita – cita Islamiyyah. Budaya : (1) Menghayati Budaya Ilmu;(2) Menghayati amalan kerohanian; (3)Menghayati Amalan shura dan Amal Jamaie, (4) Memahami dan melibatkan diri pada isu – isu semasa (5) Menghayati Ruhul Jihad Fisabilillah.





Saturday, June 27, 2009

1MALAYSIA ; AGENDA MEMPERKASA BELIA SABAH


Oleh : Abdul Manap Mahmud

PENDAHULUAN

Secara fitrah manusia semuanya inginkan kebaikan. Kebaikan berkenaan mungkin untuk dirinya, untuk keluarga, untuk masyarakatnya, untuk Negara dan dunia secara keseluruhan. Itu watak manusia normal seantero dunia. Kebaikan itu pula mempunyai spektrum yang sangat luas dan bergantung kepada impak kebaikan yang ditinggalkan. Menurut Islam kebaikan itu merujuk kepada manfaat yang dirasai. Hadith Nabi Muhammad saw “Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia”.

Menurut Prof.Dr Wan Muhammad Nor Wan Daud (2001), mutu sebenar pembangunan sesuatu bangsa bergantung pada mutu pembangunan diri perseorangan dan masyarakat bangsa tersebut serta kesan-kesan dan bekas-bekas yang ditinggalkannya pada masyarakat lain dan alam persekitarannya. Harus meliputi perkara-perkara akhlak dan moral manusia seluruhnya.Pembangunan yang sebenar mengisyaratkan suatu kegiatan penting dan terancang yang menghasilkan kebaikan.

Dalam konteks manfaat itu gagasan 1Malaysia mempunyai cita-cita untuk menyumbang kearah kebaikan. Sejak dikemukan oleh YAB Perdana Menteri (sejak 3 April 2009), gagasan 1Malaysia sedang melalui proses evolusi untuk berkembang menjadi suatu konsep yang lebih bersepadu. Secara keseluruhan. Sehingga Jun 2009, kelompok utama yang membicarakan konsep satu Malaysia masih berlegar dalam kalangan ahli politik.Sehingga 15hb Jun 2009 yang lalu, daripada 117,000 web mengenai gagasan 1Malaysia hanya sekitar 20 yang membincang secara serius maksud dan pengisian mengenai satu Malaysia.Memetik kata-kata YAB Dato Seri Najib Tun Razak dalam akhbar harian Utusan Borneo bahawa “1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru dan matlamat akhirnya adalah perpaduan Nasional. Dalam erti kata lain 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”

Dalam kalangan pertubuhan Belia di Malaysia, pujian harus dipanjangkan kepada Majlis Belia Sabah kerana bertindak proaktif, mengambil inisiatif untuk membincang dalam ruang lingkup yang formal dan akademik. Belia adalah aset sesebuah negara. Menurut takrif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, belia merujuk kepada individu yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Manakala Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) mentakrifkan belia sebagai mereka yang berumur antara 15 hingga 25 tahun. Commonwealth Youth Secretariate melaporkan, umur belia di sebahagian negara-negara anggotanya adalah seperti berikut, iaitu Bangladesh (15 hingga 30 tahun), Brunei Darussalam (15 hingga 35 tahun), India (15 hingga 34 tahun), Hong Kong (10 hingga 24 tahun), Pakistan (18 hingga 30 tahun), Singapura (15 hingga 30 tahun) dan Sri Langka (15 hingga 29 tahun). Manakala golongan belia di dalam negara ini yang berumur 15-24 tahun telah meningkat sebanyak 1.6 peratus daripada 4.03 juta pada tahun 1995 kepada 4.37 juta pada tahun 2000. Manakala dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Sembilan (2006-2010) golongan belia dijangka meningkat pada purata 1.1 peratus setahun, daripada 11.1 juta dalam 2005 kepada 11.65 juta dalam 2010. Manakala dari 26.03 juta orang penduduk negara ini pada tahun 2005, individu yang berumur kurang dari 15 tahun (31.3%); diantara 15 – 39 tahun (41.5 % ) dan lebih 39 tahun (27.2%). Pola ini menunjukkan bahawa belia merupakan golongan “arkitek” dan “tulang belakang” kepada pencorakkan negara Malaysia secara keseluruhan (Abd.Manap,2006). Justeru itu seminar ini bakal menjadi asas dan rujukan mengenai maudhu ini.Memperkasa belia sentiasa relevan sepanjang zaman termasuk di Sabah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum. Idea ini perlu dibincangkan secara serius agar mampu bukan sahaja menjadi panduan kepada pemimpin dan pembuat dasar sahaja tetapi juga menjadi inspirasi kepada semua peringkat lapisan masyarakat.

MEMPERKASA BELIA SABAH : LATAR GEOGRAFIS DAN HISTORIS

Dari segi geografi, Sabah dan Borneo umumnya adalah sebahagian dari rantau Melayu yang terdiri dari ribuan pulau dengan penduduknya terdiri dari pelbagai suku kaum yang menuturkan dialek bahasa yang berbeza-beza dan mengamalkan budaya suku kaum yang berlainan. Islam telah berkembang sekitar abad ke 13-16 M (1200-1700) yang meratai seluruh Dunia Melayu (Abdul Manap,2008). Kerajaan Marudu (1830an) turut dilaporkan oleh Bazley (2009) adalah contoh salah sebuah kerajaan autonomi di Sabah pada ketika itu.

Menurut Siddiq Fadhil(2002), wilayah-wilayah ini, sejak sekian lama, telah menikmati interaksi harmoni dan jalinan ukuwwah persaudaraan dan interaksi budaya sebagaimana interaksi kerajaan-kerajaan kesultanan Islam Brunei (abad 12), kesultanan Kutai Kartanegara Martadipura (Martapura) di Kalimantan (Abad 13), dan kerajaan kesultanan Sulu (Abad 15). Pengalaman sejarah juga membuktikan bahawa rantau ini telah mengalami proses integrasi dan asosiasi yang mesra sejak sekian lama. Dari perspektif Sejarah dan Peradaban Islam menjelaskan bahawa kepulauan Melayu terpapar sebagai suatu kesatuan daerah budaya Islam yang ditandai ciri-ciri keunikan tersendiri seperti kesamaan rumpun bangsa, kesatuan bahasa dan keseragaman budaya yang terhasil dari proses transformatif sepanjang abad-abad 13-16M.


MEMPERKASA BELIA SABAH : ISU DAN STRATEGI
Dalam usaha untuk memperkasa belia Sabah, semua pihak perlu memahami dengan baik isu-isu yang berbangkit. Memahami reality belia juga merupakan satu keperluan (Abdul Manap,200).Seterusnya usaha melakar strategi yang bersifat jangka pendek dan jangka panjang perlu dilakukan. Berikut adalah beberapa isu dan strategi pelaksanaan yang perlu dipertimbangkan. Iaitu :-
1.
Semua pihak perlu menghayati nilai-nilai murni dan baik dalam agama masing-masing agar dapat meningkatkan semangat perpaduan, keharmonian dan muhibbah di dalam masyarakat kita. Agama sepatutnya dilihat dalam konteks menyelesaikan masalah dan bukan penyebab masalah. Terlalu banyak gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat yang perlu ditangani dengan kaedah beragama dan memerlukan sumbangan proaktif dari semua pihak. Kita tidak mahu melihat generasi pelapis kita hancur akhlak dan moralnya serta kehilangan jatidiri sebagai bangsa Malaysia.(Siaran Media ABIM, 22/10.08)

2.



Semua pihak perlu mengikhtiraf Belia sebagai generasi perubah kepada kebaikkan. Generasi perubah perlu mempunyai kemampuan berfikir yang berasaskan budaya ilmu. Iaitu kemampuan untuk melihat sesuatu dari pertimbangan ilmu yang benar, boleh memilih yang hak dari yang batil, mempunyai daya saring dan daya tapis yang utuh serta jatidiri islami yang tulen. Terdapat tiga dimensi cabaran perubahan pola pemikiran belia iaitu meliputi cabaran dimensi falsafah, siyasah dan agama. Cabaran dari dimensi falsafah ditandai oleh cabaran pasca moden yang dicirikan oleh penolakan akal sebagai sumber kebenaran, penolakan terhadap perkara-perkara yang tetap dan mutlak, menganggap agama sudah tidak relevan serta memuja gaya hidup hedonism yang berterusan dan berlebihan. Cabaran dari dimensi Siyasah pula didasarkan sejauh mana perubahan pemikiran ke arah kebaikkan dapat dipertahankan. Antara kebimbingan mutaakhir ini ialah golongan belia yang tidak memahami sejarah agama dan bangsa. Kegagalan memahami sejarah agama dan bangsa membawa natijah kepada kelahiran masyarakat yang keliru, seterusnya menyumbang kepada pembentukkan pemimpin palsu dalam pelbagai bidang. Cabaran dari dimensi agama pula ialah timbulnya ekstremisme agama seperti liberalisme agama iaitu gerakan merungkaikan asas-asas agama, literalisme agama iaitu faham sempit dalam berfikir.

3.
Menitipkan adab dan hikmah dalam kalangan Belia. Antara masalah utama dalam kalangan masyarakat sejagat ialah kehilangan adab dan hikmah. Adab adalah pengenalan dan pengikhtirafan kedudukan sesuatu perkara dengan betul. Manakala hikmah ialah memahami hal tersurat dan tersirat kedudukan sesuatu perkara dengan betul. Justeru itu memperkasa belia ini perlu melalui proses ta’dib iaitu pembinaan insan sebenar berteraskan ilmu yang benar sebagai prasyarat membentuk masyarakat yang baik. Semua ini terangkum dalam memperkukuhkan asas-asas pendidikan yang benar dalam masyarakat.

4.

Usaha memperkasa belia perlu berteraskan pembinaan dan penghayatan budaya ilmu, pemerolehan kemahiran dan pemupukan nilai-nilai yang utuh, menyeluruh dan bersepadu. (Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)


5.


Pemerkasaan belia perlu berteraskan jati diri Bangsa Malaysia yang berpegang kuat kepada dasar-dasar akhlak utama iaitu kebijaksanaan, kesederhanaan, keberanian, keadilan serta memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara. (Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)








6.

Usaha memperkasa belia hendaklah merentasi kelompok agama, bangsa dan budaya serta berupaya menyantuni semua kategori belia sama ada yang masih menuntut atau tidak menuntut, yang sudah bekerja atau belum, belia kurang upaya atau normal, dan yang sihat atau yang bermasalah. (Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)


7.

Pemerkasaan belia perlu disertai dengan integrasi dan komitmen semua pihak, iaitu individu, keluarga, masyarakat, institusi, pihak pemerintah peringkat negeri mahupun di peringkat nasional untuk menyediakan sistem, iklim dan budaya yang kondusif dan konstruktif.(Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)


8.

Usaha pemerkasaan belia perlu memperkukuhkan asas-asas positif di peringkat individu, keluarga, masyarakat, institusi dan pemerintah. Usaha pemerkasaan belia juga perlu menyokong langkah-langkah preventif dan proaktif yang sedang dan telah dilaksanakan oleh pihak yang berkaitan seperti mempromosikan gaya hidup sihat, kempen belia anti dadah dan kempen menghayati kemerdekaan Negara. Pada masa yang sama dan menolak sebarang elemen dekonstruktif seperti program hiburan yang keterlaluan, gaya hidup materialistic, hedonistic dan bertentangan dengan prinsip–prinisp nilai murni.(Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)

9.
Menyokong langkah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk membanteras gejala sosial dan kebejatan moral. Mengiktiraf sumbangan pihak-pihak berkuasa dalam membenteras masalah dadah.(Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)

10.

Menyokong usaha pembangunan di negeri Sabah, Malaysia dan serantau dengan melibatkan golongan belia secara aktif.(Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)

11.

Penanda-aras (Benchmarking) kedudukan belia di Malaysia. Setiap persatuan mesti ada penanda aras.(Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)

12.

Peranan out-going generation untuk menjadi contoh kepada generasi baru. .(Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)


13.

Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w dalam konteks semangat jihad, pengurusan dan kepimpinan adalah yang terbaik perlu dicontohi dan dijadikan kurikulum dalam pendidikan generasi muda umat Islam. (Deklarasi kundasang 2009, Sempena kursus Kepimpinan Organisasi ABIM Jan 2009)

14.

Meningkatkan usaha mendidik dan mengukuhkan jati diri generasi muda agar tahan dan mampu menghadapi cabaran semasa. (Deklarasi kundasang 2009)

15.

Dalam konteks kedudukan di rantau BIMP-EAGA, kerajaan perlu membantu belia di Sabah dalam meningkatkan jaringan interaksi dan hubungan dengan masyarakat serantau melalui program pembangunan belia,wanita, kerjasama perdagangan dan pendidikan.(Resolusi Seminar Serantau BIMP-EAGA, 2008)

16.

Meneruskan gesaan kepada pihak kerajaan untuk memasukkan komponen memperingati tokoh dalam setiap kali sambutan bulan kemerdekaan sama ada pada peringkat kebangsaan, negeri mahu pun pada peringkat daerah.(Resolusi Seminar Memperingati Tokoh III, 2007)

17.

Menyeru seluruh masyarakat Islam agar memberi perhatian penting kepada institusi keluarga masing-masing dengan menjadikan tokoh-tokoh terdahulu sebagai “role-model” secara kolektif dan komprehensif serta berpaksikan aqidah yang benar agar generasi baru dapat dibangunkan dan mengelakkan daripada hanyut dengan cabaran semasa terutamanya krisis kerapuhan aqidah dan murtad. .(Resolusi Seminar Memperingati Tokoh III, 2007)

18.
Mengangkat martabat tokoh-tokoh pejuang serta mengetengahkannya ke dalam kesedaran masyarakat umum melalui pendokumentasian yang mudah diperolehi oleh segenap lapisan masyarakat. .(Resolusi Seminar Memperingati Tokoh III, 2007)

19.

Memperakukan bahawa memperkasa persatuan belia merupakan satu isu penting yang perlu ditangani secara objektif dan komprehensif serta berorientasikan pendekatan praktikal agar dapat diterima oleh semua pihak yang terlibat. Semua pihak perlu fokus kepada isu sebenar dan bukannya untuk kepentingan peribadi pihak tertentu.(Resolusi Persidangan Meja Bulat Menangani Masalah Kelesuan Persatuan Belia di Negeri Sabah, 2007)


20.

Memperakukan bahawa memperkasa persatuan belia merupakan satu isu penting yang perlu ditangani secara objektif dan komprehensif serta berorientasikan pendekatan praktikal agar dapat diterima oleh semua pihak yang terlibat. Semua pihak perlu fokus kepada isu sebenar dan bukannya untuk kepentingan peribadi pihak tertentu.(Resolusi Persidangan Meja Bulat Menangani Masalah Kelesuan Persatuan Belia di Negeri Sabah, 2007)

21.

Mencadangkan agar pihak Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan dan negeri menjadikan persatuan belia sebagai rakan kongsi dalam menjayakan aktiviti yang melibatkan belia.(Resolusi Persidangan Meja Bulat Menangani Masalah Kelesuan Persatuan Belia di Negeri Sabah, 2007)

22.

Menggesa agar semua pihak menerima hakikat bahawa kaedah pemerkasaan persatuan belia adalah bermula dengan membetulkan perspektif, worldview (pandangan alam) dan tasawwur tentang peri pentingnya hak dan tanggungjawab dalam berpersatuan atau berorganisasi.(Resolusi Persidangan Meja Bulat Menangani Masalah Kelesuan Persatuan Belia di Negeri Sabah, 2007)

23.

Menggesa agar Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2006 dan Dasar Pembangunan Belia Negara perlu mengiktiraf, agenda pembinaan masyarakat yang bahagia, yang dibina oleh sistem pendidikan yang berkesan, bersepadu dan seimbang untuk melahirkan insan baik dan warganegara yang baik. Pada masa yang sama dasar-dasar berkenaan perlu membangunkan prasarana yang dapat menzahirkan jiwa dan mental merdeka serta sedar tentang martabat dan maruah individu.(Resolusi Persidangan Meja Bulat Menangani Masalah Kelesuan Persatuan Belia di Negeri Sabah, 2007)

24.

Menggesa agar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negeri Sabah mengwujudkan perkongsian bijak (smart partnership) bersama Majlis Belia Sabah (MBS) dan pertubuhan belia yang lain dalam usaha memperkasa belia.(Resolusi Persidangan Meja Bulat Menangani Masalah Kelesuan Persatuan Belia di Negeri Sabah, 2007).

25.

Memohon agar Jabatan Pelajaran Sabah mendedahkan sejarah tokoh tempatan dan perkembangan Islam di Sabah seawal yang mungkin dalam pendidikan Islam.(Resolusi Seminar Pemikiran Islam, Sejarah Perkembangan Islam dalam kalangan Masyarakat Dusun di Sabah kajian kes Daerah Ranau, 1hb April 2007).


26.

Mempersepakati bahawa kerjasama generasi dahulu (out going generation) dengan generasi baru penting untuk membangun modal insan generasi baru/belia seperti kecemerlangan akademik,akhlak mulia,yang akan mewarisi kepimpinan masa depan masyarakat. (Resolusi Seminar Pemikiran Islam, Sejarah Perkembangan Islam dalam kalangan Masyarakat Dusun di Sabah kajian kes Daerah Ranau, 1hb April 2007

27.

Mengakui hakikat bahawa Islam sebagai teras pembentukan budaya dan memperkasa jatidiri penduduk kepulauan Melayu. Kedatangan Islam ke Alam Kepulauan Melayu telah merubah dan mengangkat martabat penduduk rumpun Melayu ke satu tamadun berpaksikan Tawhid dan berwawasan pandangan sejagat.(Resolusi Seminar Pengaruh Islam Dalam Budaya Suku Kaum di Sabah, 13/5/1993)


28.

Semua pihak perlu menghayati kenyataan peranan Islam dalam membentuk budaya baru yang menjadi asas pembangunan modenisasi masyarakat Sabah.(Resolusi Seminar Pengaruh Islam Dalam Budaya Suku Kaum di Sabah, 13/5/1993)

29.

Semua IPT perlu mewajibkan kursus Tasawwur Islam (pandangan alam Islam) kepada semua penuntut yang beragama Islam agar mereka mempunyai ilmu yang benar mengenai Islam dan akhlak Islamiah.(Memorandum CONCERN mengenai Isu Murtad dalam kalangan remaja muslim di IPT,2008)


30.

Semua IPT perlu menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan kecil halaqah ilmu, usrah atau study circle dan wajib disertai oleh semua pelajar muslim. Melalui perkumpulan sebegini, unit-unit ini dapat memantau kebajikan dan keadaan ahlinya.(Memorandum CONCERN mengenai Isu Murtad dalam kalangan remaja muslim di IPT,2008)

31.

Semua IPT perlu dengan tegas menghentikan aktiviti-aktiviti yang bersifat hiburan semata-mata tanpa mesej ilmiah di IPT masing-masing.(Memorandum CONCERN mengenai Isu Murtad dalam kalangan remaja muslim di IPT,2008)

32.

Semua IPT perlu menyuburkan aktiviti bersifat ilmiah dan membina akal-budi insan. (Memorandum CONCERN mengenai Isu Murtad dalam kalangan remaja muslim di IPT,2008)

33.

Mengikhtiraf bahawa pemerkasaan belia perlu memberi perhatian serius pembinaan pandangan hidup yang jelas dan mempunyai jati diri yang mampu berhadapan dengan cabaran dan perubahan semasa.(Resolusi Seminar Serantau Belia BIMP-EAGA,2-3hb Ogos 2008, Dewan Kuliah Pusat UMS)


34.

Menyeru belia Islam serantau untuk menanamkan semangat kesukarelaan, meningkatkan kefahaman terhadap sejarah dan sumbangan tokoh Islam serantau melalui pengkajian dan diskusi yang berterusan.(Resolusi Seminar Serantau Belia BIMP-EAGA,2-3hb Ogos 2008, Dewan Kuliah Pusat UMS)

35.
Usaha memperkasa belia perlu berteraskan pembinaan dan penghayatan budaya ilmu, pemerolehan kemahiran dan pemupukan nilai-nilai yang utuh, menyeluruh dan bersepadu. (Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)
36.

Pemerkasaan belia perlu berteraskan jati diri Bangsa Malaysia yang berpegang kuat kepada dasar-dasar akhlak utama iaitu kebijaksanaan, kesederhanaan, keberanian, keadilan serta memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara. (Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)
37.
Usaha memperkasa belia hendaklah merentasi kelompok agama, bangsa dan budaya serta berupaya menyantuni semua kategori belia sama ada yang masih menuntut atau tidak menuntut, yang sudah bekerja atau belum, belia kurang upaya atau normal, dan yang sihat atau yang bermasalah. (Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)
38.
Pemerkasaan belia perlu disertai dengan integrasi dan komitmen semua pihak, iaitu individu, keluarga, masyarakat, institusi, pihak pemerintah peringkat negeri mahupun di peringkat nasional untuk menyediakan sistem, iklim dan budaya yang kondusif dan konstruktif.(Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)
39.
Usaha pemerkasaan belia perlu memperkukuhkan asas-asas positif di peringkat individu, keluarga, masyarakat, institusi dan pemerintah. Usaha pemerkasaan belia juga perlu menyokong langkah-langkah preventif dan proaktif yang sedang dan telah dilaksanakan oleh pihak yang berkaitan seperti mempromosikan gaya hidup sihat, kempen belia anti dadah dan kempen menghayati kemerdekaan Negara. Pada masa yang sama dan menolak sebarang elemen dekonstruktif seperti program hiburan yang keterlaluan, gaya hidup materialistic, hedonistic dan bertentangan dengan prinsip – prinisp nilai murni.(Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)
40.
Menyokong usaha pembangunan di negeri Sabah, Malaysia dan serantau dengan melibatkan penyertaan golongan belia secara aktif.(Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah)

PENUTUP
Memperkasa belia Sabah adalah suatu agenda penting kerana ia bukan setakat isu belia terpencil tetapi turut menentukan rentak sosio-ekonomi, politik dan tamadun akan datang.

BIBLIOGRAFI

Abdul Manap Mahmud,2006.Menelusuri Kelesuan Pertubuhan Belia. Makalah ini telah dibentangkan di dalam Persidangan Meja Bulat menangani Isu Kelesuan Pertubuhan Belia, Hotel Palace, Kota Kinabalu

Abdul Manap Mahmud,2008.Dakwah dan Pembangunan Rantau BIMP-EAGA, Rencana dalam Utusan Borneo, 2hb Oktober.

Abdul Manap Mahmud,2009.1Malaysia dan Realiti Belia. Makalah di dalam Akhbar harian Utusan Borneo.23hb Jun.


Baszley Bee B.Basrah Bee,Muhamad Shaukhi Md.Radzi & Md.Saffie Abdul Rahim.2009.Kerajaan Marudu di bawah Pemerintahan Kesyarifan.Makalah ini telah dibentangkan di Seminar Memperingati Tokoh perjuangan Dalam Mempertahankan Akidah Ummat di Teluk Marudu, Sempena Hari Penerangan dan Muktamar ABIM Daerah Kota Marudu, 23 Mei

Bernama dipetik oleh Utusan Borneo,Najib perjelas gagasan 1 Malaysia,halaman 10. 10 Jun 2009

Deklarasi Seminar Memperkasa Belia anjuran ABIM Sabah bersempena Majlis Muktamar Sanawi ABIM Sabah kali ke 23 sesi 2005/2006, 30 Julai 2005, di Dewan Sri Sabah, Kompleks Haji Sabah


Wan Mohd Nor Wan Daud (2001).Pembangunan di Malaysia : Ke arah satu kefahaman baru yang lebih sempurna.ISTAC,Kuala Lumpur

Siddiq Fadhil,2002,Islam Teras Budaya di Kepulauan Melayu. Di dalam Muddin Beting, Abdul Manap Mahmud, Ahmad Suman & Amin Senin. 2002.Dakwah dalam Pembangunan Negeri Sabah.





Monday, May 18, 2009

The Duty of Muslim

forward by Abu Nadhirah
To call people to Allah is the duty of every responsible and conscientious Muslim. Since there is no priesthood in Islam or sacerdotal class among Muslims, the duty of the call to Allah cannot be limited to an ill-conceived and imaginary group called the 'men of religion as is the case with other religions.' In Islam, everyone is a man (or woman) of religion and everyone will be accountable to Allah as to whether or not one fulfilled their obligations sincerely and to the best of their abilities.

Urging Muslims to own up to their responsibilities in this respect, Almighty Allah Says (what means): "And who is better in speech than one who calls to Allah and does righteousness and says, 'Indeed, I am of the Muslims.'" [Quran 41: 33]

Therefore, one need not be a profound scholar or a great jurist to call others to Islam. A Muslim should better be a caller to Islam by his good conduct than by eloquent oration, for to preach others to do something not practically embodied in the preacher's character is a vain attempt to win hearts and minds. Moreover, doing so incurs Allah's displeasure, as He, the Almighty Says (what means): "O you who believe! Why do you say that which you do not do? Most hateful it is with Allah that you say that which you do not do." [Quran 61:2-3]

The adage: "Actions speak louder than words" was well embodied in the Islamic history, namely the spread of Islam in many non-Muslim countries- like parts of Asia, Africa and Europe- through the good conduct of Muslim merchants who came into commercial contacts with the people of those countries.

Hereunder is a brief survey of that peaceful spread of Islam:


By the 14th century CE, as Islam made its way through Indian and Chinese merchants into the area of today’s Malaysia, Buddhist and Hindu influences gave way. Islam became the source of legitimacy for the Malay feudal rulers. It was during this period that Islamic and Malay identities combined together, though many Hindu and pre-Hindu customs and practices remained part of the Malay cultural and social mix.

Muslim influence in Southeast Asia is at least six centuries old, i.e., it was present by 1400 A.D. Some argue that the Islamic presence there goes back to at least 1100 A.D. in the earliest areas of Islamic influence, such as in Aceh and northern Sumatra in Indonesia. Whatever exact dates and sources one chooses to support, there is no doubt that the acceptance of Islam by many nations in present-day Malaysia, southern Thailand, Indonesia, Brunei, and the southern Philippines occurred within a few hundred years.

In the year 1500, the historian Anthony Reid notes that Islamic influence was present in coastal ports of Sumatra, Java, and Malaysia. Southeast Asian peoples came into direct contact with Muslim traders who had been not just to India, but also to Arabia. Arabic scholars also came to Malaysia and Indonesia, facilitating information about the new religion.
The successful spread of Islam in Indonesia, Malaysia, and the Philippines owed much to the introduction of the Noble Quran and other Islamic books and references.

Today, 90% of Indonesians are Muslims, while over half of Malaysia's population is Muslim. In the Philippines, where the Spanish (and later Americans) won the war for religious converts, only 5% of the population is Muslim.


The growth of cities was both a cause and effect of the spread of Islam and economic growth in Muslim-ruled areas in Africa. Cultural developments in literature, arts and sciences, manufacturing and trade accompanied the spread of Islam and its influence on religious, intellectual, economic and political life in those regions.

Although unified Muslim rule lasted only about a century, Islam kept spreading and Muslim culture and society flourished.

Before 1500, Islam spread widely in sub-Saharan Africa. The first town south of the Sahara that became majority Muslim was Gao on the Niger River in Mali before 990, when a ruler accepted Islam. Over the centuries, many rulers followed. By 1040, groups in Senegal became Muslims. From them Islam spread to the region of today’s Senegal, west Mali, and Guinea. After the Soninke of the Kingdom of Ghana became Muslims about 1076, Islam spread along the Niger River.

Muslims established the kingdom of Mali in the thirteenth to fifteenth centuries, and Songhai from1465 to 1600. Farther east, Kanem-Bornu near Lake Chad became Muslim after 1100.
In West Africa, as was the case with Southeast Asia, it was traders who introduced Islam, and many rulers accepted it first, followed by others. African Muslim scholars became established in the major towns like Timbuktu, and they taught, wrote and practiced Islamic law as judges. Islam was established in West Africa throughout the Sahel belt and along the Niger River into today’s Nigeria.

It was famous trade routes which led to the empire of Ghana and connected prominent African places like Timbuktu (in Mali), the present Nigeria, Tripoli and Tunisia. These routes had made all the above mentioned places famous trade centers. These centers of trade invariably became centers of Islamic learning and civilization. New ideas came through visiting traders in the field of administrative practices.

In East Africa, traders had spread Islam down the coast by the tenth century, and it gradually developed further in the following centuries. In the Sudan, south of Egypt, the population of Nubia gradually became Muslim during the fourteenth century, through immigration of Muslim Arab tribesmen. Muslim rule and influence, however, did not extend south of Khartoum, where the Blue and White Niles before 1500.

Thursday, May 14, 2009

Imaan

compiled by
Abu Nadhirah (Wadah SABAH)
The meaning of imaan is not merely to think we believe in Allah, or blindly assume that we know Him, for real imaan is based on solid knowledge, and a true dependence is based on a reliant trust...



Many of us find ourselves embracing Islam, or revisiting (when more mature) the Islam we were once taught through loved ones, but with a much more sincere approach. Through a lack of what should be basic knowledge, we appear to enter a state of emotional faith that places us on an almost transitional level. We rarely begin on the basis we should be working from, and we are reliant on any small conversation to guide us or help to maintain the uplifting and exciting feelings we have found. Iman has been specifically described in videlicet terms as in the Hadith narrated by Umar (ra):

“One day we were sitting with Allah’s Messenger (pbuh)and a man suddenly appeared before us, wearing a very white dress, having very black hair, without any signs of journey upon him. He approached until he sat before the Prophet (pbuh)with his knees touching the Prophet’s knees and he placed his hands on his thighs and said ‘Oh Mohammed, inform me about Islam’ Allah’s Messenger (pbuh) said ‘Islam is to bear witness that none has the right to be worshipped but Allah, and that Mohammed is the messenger of Allah, to offer the salat, pay zakat, fast during the month of Ramadan, and to make Hajj if you are able and have the means to make the journey..’ The man said, ‘You spoke the truth.’ We were surprised at his asking and confirming at the same time. He said ‘Inform me about Iman’. The Prophet (pbuh)said ‘Iman is to believe in Allah, His angels, His books, and Messengers, the Last day and to believe in His divine preordaining of all that is good and evil.’ He again said ‘You spoke the truth.’ He said ‘Inform me about Ihsan.’ He (pbuh)said ‘Ihsan (perfection) is to worship Allah as if you see Him; if you can’t see him, surely He sees you.’ He said, ‘Inform me about the Hour.’ He (pbuh)said, ‘The one asked has no more knowledge of it than the questioner.’ He said,’Inform me about His signs.’ He said, ‘The slave girl will give birth to her mistress and you will see the barefooted, naked, impoverished shepherds competing with each other in tall buildings.’ Then the stranger left. The Prophet (pbuh)remained seated for quite a while, then he asked Umar ‘Oh Umar, do you know who the questioner was?’ He said, ‘Allah and His Messenger know best.’ He said ‘That was Jibreel, he came to teach you your religion.’


Notice the mentioning of the pillars of Islam first, as one must know what he or she is required to embark on if they wish to become a practising Muslim. The shahadah carries with it a great deal of important and influential status, so significant is it that we must refer to our shahadah as our first operation amongst conviction and therefore must know of Allah and His messenger.

As our pillars of imaan are cited, we must take clear note of them. We are told at the end of the hadith that Jibreel (as) came to "teach you your religion", and we must understand the importance of this hadith as we live in our common world. In this hadith, faith is described and we are afforded a precedent to follow, in order not to confuse ourselves with this life and the hereafter.

What I would refer to as an emotional faith seems to posses and occupies many of us and we are often inclined to this state as an initial reaction to the zeal of practicing Islam and uttering our first shahadah. Being overwhelmed by the emotion that this first shahadah can bring, we become addicted to the emotion it creates. Similarly likened to the feeling of love, it has a domineering influence and can easily become addictive. The upkeep of this imaan is extremely difficult as it has no firm basis, and inevitably at times we become overwhelmed with other emotions that just as easily overpower our faith. If imaan is based on a feeling or emotion, it will become submissive, just as fear can override happiness, love can override sadness, and so on. We try to hold on to this imaan with nasheeds that we believe strengthens our faith, seemingly becoming reliant on other people to 'lift' and 'help' us. This is a dangerous and somewhat lazy way of establishing our faith, and though in the beginning natural, a dependence on this feeling of zeal has no basis in the deen.

We have to endure many hardships and calamities in our lives, and in this state of imaan we do not stand a chance. At one point or another we will find ourselves weakened without even noticing. Learning and studying other branches of what could be politics and global legislation before our grounding upon the pillars of faith could almost certainly be described as a deception of Shaytaan helping us to believe we are gaining knowledge and that it is helping us succeed. While all of this is happening, he is helping us to bypass what we really need to adhere to - our basis and rationale that is Tawhid.

How many of us are clear on the Names and Attributes of Allah, without premise? Knowing Allah is a very important part of our relationship with Him, and once gained, this knowledge is never lost forming a firm basis for our Tawhid, and subsequently, our faith - true faith. Knowing Allah makes a person love as well as fear Him, it helps us place our trust in Him, increasing sincerity in all actions. This is the essence of human happiness. There is no other way of knowing Allah except by knowing His most beautiful names and understanding their meanings. We are strengthened in our relationship with Him, by increasing our first pillar of imaan by knowing Allah.

As Sheikh Abd Al-Rahman ibn as-Sa'di (may Allah have mercy on him) said:

“Believing in, and knowing the most beautiful names of Allah includes three types of Tawhid: Tawhid al Rububiyyah (unity of Divine Lordship), Tawhid al Uluhiyyah (unity of Divine Nature) and Tawhid al Asma wa'l safaat (unity of Divine Names and Attributes). These three types of Tawhid form the essence and joy of faith (joy here implying peace and relief from stress), and his knowledge is the basis and purpose of faith. The more a person learns about the Names and Attributes of Allah, the more his faith increases and the stronger his conviction becomes"


Also, Ibn Al Qayyim Al Jawziyyah (may Allah have mercy on his soul) said:


"The key to the call of the Messengers, the essence of their message, is knowing Allah through His Names, Attributes and Deeds, because this is the foundation on which the rest of the message from beginning to end is built”


If we occupy ourselves with the learning of Allah, we are doing what we were created for. The meaning of imaan is not merely to think we believe in Allah, or blindly assume that we know Him, for real imaan is based on solid knowledge, and a true dependence is based on a reliant trust.

The Prophet Mohammed (pbuh) spent over a decade with his sahabah in Makkah, strengthening their faith even before the inclusion of prayer which occurred in Medina. Most early chapters are those of imaan and can be related to the pillars. Belief is penetrated by a cognitive, astute and sophisticated wisdom - all through knowledge.



Allah the Most High says in the Qur'an:


"except for those who bear witness to the truth knowingly" (that there is no god but Allah - la illaha il-Allah) "and they know" - in their hearts the meaning of the words they utter with their lips.

Our whole lives have been based on knowledge. We were never born with wisdom. We are only at the stage of ability we possess now through knowledge and guidance we have been allowed to acquire, given by Allah through our environment. Let us not retire to anything less when it comes to our deen, and knowing our Creator.

It can always be a taboo subject when admitting we are slipping in our efforts to maintain a hold on our faith, and hence, we don't always refer to such subjects. Through complete understanding of who Allah is, and our knowledge building us instead of our emotion, we hope to accomplish our relationship with Allah that we so desperately need and live for. In procuring such knowledge we will find our emotions are of a deeper and more meaningful level of faith. We must know our Lord to satisfy ourselves, and render ourselves a true imaan, fully restored which no emotion can sway, emotions that register as a result of knowledge.

Wednesday, April 29, 2009

Strangeness and the Strangers

Forward by Abu Nadhirah
April 29, 2009

Imam Ibn ul Qayyim al JawziyyahAdopted by Ammar ibn Abdullah al-Hindi Based on a booklet by ibn Qayyim entitled al-Ghurbathu wa al-Ghuraba Some modifications and additions have been made, © 1994 Basheer Publications

"Islam began as something strange, and it shall return to being something strange, so give glad tidings to the strangers"
The Meaning of "Strangeness"
Many times in many situations the people that follow the religion of Allah feel a sense of not belonging, of being out of place, of not fitting in, and, in other words, of being strange. This feeling could occur in a gathering of non-Muslims, but, unfortunately, this feeling sometimes also occurs when one is with his fellow Muslims. A person sees his brothers and sisters doing acts that are contrary to Islam, or taking part in innovations that sometimes even border on kufr (apostasy), yet he feels that he does not have enough power or courage to stop them in these acts. Some brothers and sisters, especially if they do not have enough taqwa or Islamic knowledge, sometimes buckle under the pressure of their peers and join in these acts, knowing that this is not what Allah wants them to do. However, feeling helpless, since it seems that they are alone in their ideas and without any support to help them do what is right, they succumb to such pressures. These brothers and sisters, may Allah have mercy on them, should take consolation in the verses of the Qur’an and the many statements of the Prophet (peace be upon him) describing this very situation of strangeness that they feel.
Why Have They Been Called "Strangers"?
Allah says in the Qur’an, "If only there had been, in the generations preceding you, people having wisdom, prohibiting others from evil in the earth; except a few of those whom we have saved from among them." (Hud 116).
This verse speaks of the few people on earth, the "strangers", who prohibit mankind from evil. These are the same people the Prophet (peace be upon him) spoke about when he said, "Islam began as something strange, and it shall return to being something strange, so give glad tidings [ar. Tooba. This is a tree in Paradise. So the Prophet (peace be upon him) is giving the good news of Paradise to these strangers.] to the strangers." It was asked, "Who are those strangers, O Messenger of Allah?" He replied, "Those that correct the people when they become corrupt." [Reported by Abu Amr al-Dani, from the hadith of ibn Masoud. It is authentic according to al-Albani. Another narration says, "Those that correct my sunnah which has been corrupted by the people after me."] In another narration he said in response to the same question, "They are a small group of people among a large evil population. Those who oppose them are more than those who follow them." [Reported by ibn Asaakir. It is authentic according to al-Albani.]
These praiseworthy people are called strangers since they are a small minority among mankind. Thus, Muslims are strangers among mankind; the true believers are strangers among Muslims; and the scholars are strangers among the true believers. And the followers of the Sunnah, those that clear themselves from all peoples of innovation, are likewise strangers.
In reality, however, their strangeness is only because they are the minority and it is not because their actions and beliefs are strange. This is what Allah says in surah al-Anaam, "And if you obey most of the people on Earth, they will lead you astray" (al-Anaam 116). Allah also says, "And most of mankind will not believe, even if you (O Muhammad) desire it eagerly" (Yusuf 103); "And truly, most of mankind are rebellious and disobedient (to Allah)." (al-Maidah 49); "But nay, most of mankind are ungrateful" (Yusuf 38). Therefore, Allah, the all-Knowing Creator, knows the most of mankind will not follow the truth. Instead, only a small group of people will be set apart that truly and correctly believe in Him, the strangers from among mankind.
The strangers in belief, however, and the strangers in character and actions are in reality the majority of mankind, for they are strange to Islam and to the laws that Allah has revealed. Thus we see that there are various types of strangeness, of which some are praiseworthy, some are blameworthy and some are neither praiseworthy or blameworthy. We will discuss these various categories separately below.
The Various Types of Strangeness
You should know, may Allah have mercy upon you, that strangeness is of three types:
The first type of strangeness is the strangeness of the "People of Allah and the People of His Messenger" (peace be upon him), which we mentioned previously. This strangeness is a praiseworthy strangeness, as it has been praised by Allah and His Messenger (peace be upon him). Therefore, this kind of strangeness should be sought and its people must be supported. This strangeness occurs in different times, in different places, and among different peoples. These strangers, then, are the true "People of Allah" for they do not worship ought save Him, and they do not take support from any path except the path of the Prophet (peace be upon him), and they do not call to anything except that which has been brought by the Prophet (peace be upon him). These are the people who left mankind when they (the strangers) were in need of them the most. For, on the Day of Judgment, when all other groups will go with that which they used to worship, they will stay in their places. It will be said to them, "Will you not go as the other people have gone?" They will answer, "We had abandoned the people (in this life), and we were more in need of them then we are today, and we will wait for our Lord whom we used to worship." [Recorded by al-Bukhari and Muslim]
Thus it is apparent that this strangeness does not cause its bearer any discontent. Rather it is a comforting strangeness, a solace to the believers. This is because he knows that his helpers are Allah, His Messenger and those who believe [This is a reference to verse 55 of surah al-Maidah], even if all of mankind left and abandoned him. These strangers are again described in a hadith narrated by Anas ibn Malik, in which the Prophet (peace be upon him) said, "It is possible that a disheveled, dusty person, with not many belongings [Literally, "with two headdresses"], who is not noticed among the people, if he asks of Allah, Allah will fulfill his prayer." [Reported by at-Tirmidhi and al-Hakim. Al-Albani said it is authentic.] Al-Hasan al-Basri [a very famous Follower – tabi` - known for his piety, asceticism and knowledge] said, "A believer is a stranger in this world, he is never afraid of its humiliation, and he never competes for its glory. The people are in one situation and he is in a different situation. The people are content with him, yet he is in turmoil [Literally, "tired"] with himself."
From the characteristics of these strangers that the Prophet (peace be upon him) described is the holding on to the sunnah of the Messenger (peace be upon him), even if the people abandon it. They, the strangers, leave all the innovations that their people invent, even if such practices should be common among them. They also stick to tawheed, even if the people corrupt it with shirk. They do not ascribe themselves to anything besides Allah and His Prophet (peace be upon him); they do not, that is, ascribe themselves to a shaikh, tariqah, particular madhhab or a group of people. They are dedicated only to Allah, with their sincere worship of Him and Him alone, and to His Prophet (peace be upon him), by following the path that he followed. These are the people who grasp the glowing hot embers [A reference to the hadith that is to follow], even though most of mankind - nay, all of them - blame them for this. This is the meaning of the statements of the Prophet (peace be upon him) alluding to the fact that they stick to his sunnah, even if the people corrupt it.
Allah, all praise be to Him, sent His Prophet (peace be upon him) when mankind followed different religions, for there were those who worshipped rivers and trees, and there were those who worshipped idols, and there were Christians, Jews and Zoroastrians. Islam, when it first appeared among these people, was strange to them. If a person from among them accepted Islam and followed the call of Allah and His Prophet (peace be upon him), he would be shunned by his family and his tribe. He would live the life of a stranger among his people. Eventually, however, Islam spread far and wide. The Muslims became stronger and stronger, so much so that the strangers were those that did not accept the teachings of the Prophet Muhammad (peace be upon him).
But, alas, Satan deceived mankind again. People took to the ways that their forefathers, who had accepted Islam, had abandoned until, finally, Islam became strange again, just like it had started and just like the Prophet (peace be upon him) had foretold. Nay, indeed, rather the true Islam - that which the Prophet (peace be upon him) and his Companions were following [this is a reference to the reply that the Prophet (peace be upon him) gave when asked what the characteristics of the "Saved Group" were] has become even stranger to the people then when it initially appeared, even though its outward signs and external relics are well known and widespread. [This is what ibn al-Qayyim, wrote in the 8th Century of the Hijrah. Imagine our situations six centuries after him. May Allah protect us.]
How can it not be so, when these strangers are only one group among seventy-two others [the Prophet (peace be upon him) said in an authentic hadith that this Ummah would divide into seventy-three groups, all of which would go to Hell except the one Saved Group.], each of which follows its own desires and takes its passions as gods? Those are the groups that base their teachings on doubts and innovations and whose sole purpose is the gratification of their own desires. Thus, the group whose goal is to achieve the pleasure of Allah by following the path of His Messenger (peace be upon him) will be the strange one among all of the other groups.
This is why the true Muslims - those that adamantly cling to the Sunnah - will have the reward of fifty Companions. When the Prophet (peace be upon him) was asked about the verse, "O you who believe! Take care of your own selves. If you follow right guidance, no harm can come to you from those who err" (al-Maidah 105), he said, "Nay indeed, order good and forbid evil until you see stinginess being obeyed, and desires being followed, and this world preferred [over the next], and each person being deluded by his own opinions. Then take care of yourself and leave the common people. For indeed, after you there will be days of patience, where patience will be like holding on to glowing embers. Whoever is able to do this will have the reward of fifty people that do like him." They asked, "O Messenger of Allah, the reward of fifty of them?" He replied, "The reward of fifty of you" [Recorded by al-Tirmidhi and Abu Dawud with a weak chain but it has supporting evidence. Al-Albani calls it sahih. See al-Sahiha, #957]. This reward is due to his strangeness among the people.
So, if the believer whom Allah has blessed with wisdom and knowledge wants to tread upon this path, the path of Allah, then let him be prepared to resign himself to the life of a stranger among his people, just like his predecessors who accepted Islam were treated by the people. For indeed, he will be a stranger in his beliefs, because his people have corrupted their beliefs. He will be a stranger in his religion, due to what the people have done to it. He will be a stranger in his manner of praying, because the people are ignorant of the prayer of the Prophet (peace be upon him). He will be a stranger in his ordering of good and prohibiting evil, for the people have taken what is evil as good and they have abandoned what is good as evil. In short, then, he will be a stranger in all his matters of this world and the Hereafter, calling to the path of Allah and withstanding the harm of all those that go against him.
As for the second type of strangeness, then know, O reader, that this strangeness is the blameworthy strangeness, for its people are the evil sinners, the ignorant and the arrogant of mankind. Their strangeness is due to their refusal to follow the correct and straight path of Allah. This strangeness is the strangeness of not conforming to the religion of Islam and, as such, it will remain strange even if its followers are numerous, its power is strong and its existence is widespread. These are the strangers to Allah. May Allah keep us from becoming one of them.
The third category of strangeness is, in essence, neither praiseworthy or blameworthy. It is the strangeness that a traveler experiences when he travels to a different country, like a person who lives in a place for a short period of time, knowing that he has to move on. One aspect of this strangeness is that all of us, whether we realize it or not, are strangers in this world, for we will all go one day to our permanent abode in the Hereafter. This is the meaning of the hadith of the Prophet (peace be upon him) when he told Abdullah ibn Umar, "Live in this world as though you are a stranger or a wayfarer." Thus, this category of strangeness has the potential to become a praiseworthy strangeness if we realize the meaning of this statement of Allah's Messenger (peace be upon him).
We pray that Allah bless us to be Muslims, knowledgeable and pious, and that He forgive us our sins and bless us with His Mercy.
Glorified be your Lord, the Lord of Honor and Power! (He is free) from what they attribute to Him And Peace be on the Messengers. And all Praise and thanks be to the Allah, the Lord of the Worlds.

Monday, April 27, 2009

Memahami Realiti Belia

Realiti belia berumur 15–19 tahun yang berada dalam sistem persekolahan menengah secara mandatori dan wajib menyertai aktiviti berpersatuan (ko-kurikulum) tanpa perlu menolak dengan memberikan alasan – alasan munasabah. Bagi kelompok belia yang berada di Peringkat Pengajian Lanjutan ( seperti Institusi Pengajian Tinggi atau Institusi Latihan), kebarangkalian penyertaan dalam aktiviti belia adalah pada tahap 50:50 dan kelompok ini mempunyai kebebasan untuk memilih persatuan yang serasi dengan cita rasa masing – masing. Walaubagaimanapun menurut Indek Belia Malaysia (IBM) 2006, tahap penyertaan berkenaan masih terlalu rendah pada skor 19.9. Mungkin data berkenaan turut menyokong bahawa kebebasan berpersatuan di Institusi pendidikan tinggi telah tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan pelatih. Sepatutnya pada tahap ini mereka perlu mengambil manfaat dan peluang untuk memperkukuh dimensi berfikir dan kerangka bertindak yang akhirnya akan menerbitkan suatu idealisme dan budaya kesukarelaan yang tulus dan murni. Usaha–usaha dalaman IPT berkenaan termasuk dorongan dan tiupan kesedaran perlu digerakkan. Pada masa yang sama pilihan pertubuhan dan persatuan yang wujud juga perlu dipelbagai. IPT wajar menggalakkan seberapa banyak persatuan di tubuhkan selagi berada dalam lunas-lunas dan batas-batas dasar dan polisi baik pihak kerajaan. Peranan pentadbir dan ahli akademik perlu digembleng untuk menyemarakkan aktiviti berpersatuan. Malahan peranan ahli akademik untuk menterjemahkan aktivti-aktiviti ilmiah mereka melalui persatuan dengan penglibatan pelajar perlu dialu-alukan.

Manakala bagi kelompok belia 24 – 30 tahun dan telah menamatkan pengajian masing – masing, kebarangkalian penyertaan dalam pertubuhan belia ialah sama ada akan terlibat sepenuhnya atau menolak sepenuhnya. Golongan yang memilih untuk terlibat sepenuhnya adalah dari kalangan yang telah melalui proses memperkasa dimensi berfikir dan kerangka bertindak yang benar, dibajai dengan idealisme yang bugar dan semangat kesukarelaan yang tinggi. Mereka ini mempunyai dinamisme berpersatuan yang tinggi dan kesungguhan yang kental. Secara umumnya kelompok ini adalah minoriti, tetapi mereka adalah tunjang pergerakan belia sepanjang zaman. Pada masa yang sama, mereka sedang bertarung dalam persaingan mencari dan membina kerjaya, status dan kedudukan sosial masing-masing.

Kelompok belia yang berusia 30–40 tahun pula ditandai sebagai kelompok yang mula berdikari dalam konteks kematangan pendirian dan kedudukan kerjaya. Kelompok ini pada hakikatnya amat sarat dengan beban kerjaya, keluarga dan komitmen lain. Justeru itu ruang berpersatuan semakin kecil. Dalam situasi berkenaan tidak dinafikan masih terdapat segelintir yang mampu mempertahankan idealis kebeliaan. Individu atau kelompok seperti ini merupakan aset penting dalam menggerakkan pertubuhan belia. Mereka bukan setakat matang dalam pendirian dan mampu mencorakkan pertubuhan belia dengan lebih baik, malah kaya dengan ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan. Lebih jauh dari itu, mereka mampu memperkasa kredibiliti pertubuhan belia berkenaan dalam konteks peranan dan sumbangan. Namun tidak dapat dinafikan, terdapat juga sebahagian kecil yang lain dalam kelompok ini, mendambakan penyertaan mereka dalam pertubuhan belia sebagai batu loncatan untuk kepentingan peribadi.

Di samping kelompok–kelompok berkenaan terdapat satu lagi kelompok belia berumur sekitar 19–30 tahun yang gagal melalui sistem pendidikan formal. Mereka ini terdiri dari belia yang tercicir mulai dari pendidikan di peringkat menengah. Sekurang–kurangnya terdapat tiga corak pilihan aktiviti yang mereka lakukan iaitu (1) menyertai persatuan belia kawasan (setempat), (2) menyertai kumpulan berdasarkan kecenderungan bersama (Special Interest Group, SIG), atau (3) mengambil sikap indivualis, iaitu tidak menyertai mana-mana pilihan.

Bagi pilihan pertama, biasanya belia ini mempunyai jiwa besar dan berfikiran positif untuk membina masa hadapan. Mereka ini perlu dikenalpasti dan diberi bimbingan yang wajar. Persatuan–persatuan belia kawasan seperti ini biasanya ditemui di kawasan– kawasan luar bandar. Contoh – contoh pergerakan belia sebegini seperti persatuan kompang, persatuan seni silat dan kesenian lain. Mereka kurang pendedahan organisasi. Sebahagian aktivti mereka agak jumud dan kurang berdaya maju. Justeru itu input–input dari luar amat membantu.

Manakala kumpulan yang kedua, iaitu perkumpulan berdasarkan kecenderungan bersama. Biasa perkumpulan ini berdasarkan keseronokan (hedonisme), berfoya-foya, tidak mempunyai kerjaya, membanjiri pusat-pusat komersial, pusat-pusat hiburan dan di sudut–sudut kampung dan taman perumahan. Perkumpulan ini perlu dipantau. Kerana kumpulan ini biasanya mempunyai daya dinamisme yang keterlaluan dan pada masa yang sama amat mudah diresapi oleh unsur-unsur yang tidak baik. Perkumpulan ini kebanyakannya menjadi kumpulan gangsterisme, menagih dadah dan melakukan jenayah-jenayah lain. Sebagai contohnya, kajian yang dijalankan oleh Jamri dan rakan– rakan (2000), telah menunjukkan bahawa pergaulan bebas dengan rakan–rakan yang didasarkan oleh kecenderungan bersama ini merupakan penyumbang utama kepada kesalahan juvana di Sabah sepanjang 1990 – 2000.

KESIMPULAN
Memperkasa belia merupakan slogan umum yang hanya mampu diterjemahkan sekiranya semua pihak mempunyai kesungguhan yang bertunjangkan idealisme dan kesedaran yang mendalam tentang masa depan negara ini.

Monday, April 20, 2009

Generasi Salahuddin

Dr.Majid Irsan Kaylani dalam buku beliau "Hakadha Zahara Jailu Salahu Al-Din Wa Hakadha 'Adat al-Quds"(2000, IIIT) yang diterjemahkan oleh ABIM dan Thinker Library (2009) berjudul Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam amat baik ditelusuri. Buku setebal 433 itu dibahagikan kepada enam bab utama. Bab pertama mengangkat tema pola pemikiran umat Islam sebelum serangan tentera salib, bab kedua membincang pengaruh kegiatan intelektual dalam masyarakat Islam, bab tiga mengetengahkan awal gerakan islah dalam dunia Islam, bab empat membincang sekitar penyebaran gerakan islah di dunia Islam, bab lima menilai kesan dan pengaruh gerakan islah dan bab enam merupakan rumusan-rumusan penting. Sekali imbas, tajuk buku ini tidak memberi gambaran struktur cakupan tema yang dibincang. tema-tema yang diutarakan dalam setiap bab agar meluas. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa buku ini merupakan suatu himpunan makalah yang cukup sarat. Saya yakin, jika buku ini sekadar bacaan santai, ia bukan suatu pilihan yang tepat namun jika dijadikan teks perbincangan dan kupasan, ia mempunyai nilai tersendiri. Kata-kata penghantar Dr. Thaha Jabir al-Ulwani amat baik untuk dicermati dalam buku ini. Saya tertarik tentang konsep Mahdi yang beliau bentangkan. Beliau mengajak umat Islam untuk tidak berserah nasib dan menanti Imam Mahdi untuk menyelamatkan umat ini. Menurut beliau dalam hadith RasuluLlah saw yang lain ada menyebut "setiap kamu adalah pemimpin, dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya". Hadith ini memberi isyarat bahawa setiap diri-diri orang Islam punya potensi untuk memimpin, menyumbang dalam konteks dan ruang lingkup persekitaran masing-masing. Dr. Thaha menambah dalam sejarah umat ini telah lahir mujadid dan pembaharu gerak kerja umat. Dan ianya akan berterusan. Salahuddin Al-Ayubbi dan generasi yang seangkatannya yang mengembalikan Palestin ke tangan orang Islam bukan lahir secara tiba-tiba tetapi sistem, gerakan dan institusi ummah pada waktu itu telah menyumbang secara senergi,integral dan kolektif. Jadi buku ini bukan membicarakan tokoh berkenaan tetapi melihat peranan-peranan di sebalik tabir atau designernya.

Thursday, April 2, 2009

TASKI ABIM SABAH - 20 TAHUN DI BAWAH BAYU

Oleh
Abdul Manap Mahmud
Perubahan pola pendidikan dan permintaan guna tenaga dalam persaingan bebas merungkai dimensi-dimensi pendidikan tradisional. Perkembangan pendidikan prasekolah agak baru di Sabah. Ia hanya bermula lewat 1980an. Pada waktu itu taman asuhan kanak-kanak didominasi oleh pihak swasta khususnya sekolah-sekolah Cina dan Missionari Kristian. Minat ibubapa terhadap pendidikan awal kanak-kanak pada waktu itu juga, bermula apabila persaingan dalam kalangan ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka memperoleh kemahiran asas membaca, mengira dan menulis (3M) sebelum memasuki sekolah rendah. Perkembangan ini juga dapat dilihat apabila berkembangnya masyarakat kelas menengah yang terdiri dari kakitangan kerajaaan yang suami isteri bekerja. Bagi ibu bapa ini, prasekolah tidak lebih sekadar tempat persinggahan anak-anak sementara emak bapa ke pejabat masing-masing. Pada waktu itu TASKI ABIM mula beroperasi di Sabah.
Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) mula ditubuhkan di kedah pada tahun 1978, oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) negeri Kedah. Menjelang tahun 1982 kurikulum TASKI dilancarkan sempena Muktamar Sanawi ABIM Pusat di Kuala Lumpur (Mahyuddin Ashaari 2004, Abdul Halim El-Muhammady, 1982). TASKI ABIM merupakan salah satu manifestasi dari gerak kerja ABIM yang bercorak gerakan dakwah melalui pembudayaan ilmu dalam masyarakat.Menurut Mahyuddin Ashaari (2004) terdapat tiga tujuan pendidikan TASKI ABIM iaitu yang pertama adalah kerana menunai tuntutan Islam terhadap pendidikan dan kepentingannya dari aspek rohaniyah, intelektual (akal) dan jasmaniah. Tujuan yang kedua adalah untuk membangunkan tingkat perkembangan murid-murid (child development), keperluan (needs) dan yang ketiga untuk membangunkan minat semula jadi (fitrah).Silibus TASKI diubahsuai mengikut keperluan silibus prasekolah kebangsaan selepas pewartaan Akta Pendidikan 1996. Kurikulum TASKI dibina berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, dengan merujuk kepada falsafah pendidikan Islam bagi menyuburkan nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang unggul. Tempoh masa pendidikan dalam TASKI ABIM ialah tiga jam sehari dan lima belas jam dalam seminggu. Mata pelajaran yang diajarkan adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Arab, Seni Kreatif, Pendidikan Islam (asas fardhu ains, tauhid, fekah, sirah, akhlak), Matematik, Al-Qur’an dan Sains.

Mohd Kamil dan Rahimin (2009) menyatakan TASKI ABIM adalah terjemahan dari idealisme sebuah pertubuhan Islam kepada bentuk blueprint tindakan membangunkan modal insan. Menurut mereka lagi, TASKI ABIM amat signifikan dalam mendokong prinsip-prinsip Islam Hadhari. TASKI ABIM Sabah telah beroperasi di Kota Kinabalu sejak 1983 setahun selepas penubuhan ABIM Sabah pada tahun 1982. Selepas itu TASKI ABIM terus berkembang ke daerah-daerah lain seperti Tawau (1988), Sandakan(1988), Beaufort(1988),Ranau(1992-1997),Labuan(1992-1994),Keningau(1992) dan Kota Belud(1995).Enrolmen pelajar TASKI ABIM Sabah sejak mula beroperasi sehingga sekarang, di Kota Kinabalu (2500 orang pelajar), Tawau (2500 orang pelajar), Sandakan (1500 orang pelajar), Kota Belud (375 orang pelajar), Beaufort (420), Keningau (510).
TASKI ABIM Sabah perlu ditanggapi sebagai institusi rakyat yang berperanan untuk menjalankan tanggungjawab sosial. TASKI ABIM lahir dan diusahakan berasaskan keperluan dan tuntutan hati-nurani masyarakat yang dahagakan pendidikan prasekolah Islam di Sabah. TASKI juga perlu dilihat salah-satu agenda pengisian dalam kemerdekaan 44 tahun Sabah dalam Malaysia (Saharuddin & Muddin, 2007).

Kaji selidik rawak di TASKI ABIM Sabah Kota Kinabalu pada tahun 2008 mengenai persepsi ibu bapa terhadap TASKI ABIM secara keseluruhan menyatakan (i) TASKI ABIM mereka pilih kerana pendidikan Islam penting untuk dunia-akhirat, (ii) sukar untuk memberi pendidikan Islam di rumah, dan (iii) inginkan anak-anak soleh. Malahan melalui temubual dengan guru sebuah sekolah rendah di Kota Kinabalu pada tahun yang sama, mereka menyatakan bahawa bekas pelajar TASKI ABIM di sekolah mereka lebih matang dan mempunyai sahsiah yang baik.

Pendaftaran anak-anak ke TASKI ABIM secara keseluruhan merosot antara 20-40% menjelang tahun 2000 akibat peningkatan persaingan oleh beberapa TADIKA baru yang menawarkan pakej-pakej pendidikan yang lebih kompetatif seperti kaedah berkesan membaca, cekap matematik dan kelas intensif berbahasa Inggeris. Pola pertimbangan ibubapa mula beralih kepada kelas-kelas kemahiran segera disebabkan oleh tekanan agar anak-anak mendapat keputusan yang baik di peringkat sekolah rendah dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). TASKI ABIM diseret dalam dilema antara mengekalkan pendekatan tradisional tujuan pendidikan dan tanggungjawab sosial atau berubah mengikut tekanan semasa. Jalan keluar adalah dengan mengambil pendekatan pertengahan iaitu menggabungkan kedua-duanya tanpa mengorbankan prinsip dan tujuan pendidikan prasekolah Islam. Menjelang tahun 2006-2008 terdapat peningkatan sekitar 5-10% pelajar TASKI ABIM Sabah.

Kemampuan TASKI ABIM Sabah untuk terus diterima masyarakat selepas lebih 20 tahun di Sabah menunjukkan satu sambutan dan harapan yang baik dari masyarakat negeri ini terhadap institusi pendidikan prasekolah Islam.

Tuesday, March 24, 2009

Pembudayaan Sains di Peringkat Prasekolah

Oleh
Abdul Manap Mahmud



PENGENALAN

Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang signifikan bagi pendidikan prasekolah. Pendidikan Prasekolah telah dimasukkan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Peruntukan Akta ini memberi penekanan kepada pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan 4-6 tahun.(PPK, 2001). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika. Pendidikan awal kanak-kanak yang berkesan memerlukan kurikulum yang universal, terancang dan dapat memenuhi keperluan murid semasa. Kurikulum prasekolah Kebangsaan merangkumi aspek-aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan moral, sosioekonomi, fizikal dan kreativiti dan estetika. Terdapat tujuh objektif pendidikan prasekolah kebangsaan iaitu (i) membentuk peribadi positif dan warganegara patriotik, (ii) mampu berbahasa Bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, (iii) mampu menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk komunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, (iv) menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, (v) mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian murid beragama Islam, (vi) mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, dan (vii) mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Kertas ini cuba menghubungjalinkan antara institusi prasekolah dan potensi menyemai budaya sains, iaitu bagaimana memanfaatkan ruang pendidikan prasekolah sebagai pentas memufuk budaya sains. Rasional maudhu ini dibincang kerana pengajian sains bukan setakat isu teknikal, kaedah mengajar pedagogi atau penekanan penguasaan sesuatu bahasa tetapi lebih jauh dari itu ialah elemen keserasian budaya yang membina persepsi, komitmen dan kesungguhan mendalam generasi saintis masa depan. Justeru itu elemen-elemen ini perlu diberikan perhatian secara serius dalam pendidikan pra-sekolah. Hal ini perlu dipandang berat oleh para pentadbir, pengelola malahan perancang kurikulum untuk mengorak langkah yang sistematik dalam melihat isu pembudayaan sains.


BUDAYA SAINS
Budaya dalam Kamus Dewan mempunyai pengertian umum ”tamadun, peradaban dan kemajuan akal budi” sementara kebudayaan adalah ”cara hidup sesuatu masyarakat yang merupakan manifestasi keadaan akal budi yang bertamadun, beradab atau pun maju”. Dari sudut yang lain pembudayaan adalah suatu pendekatan indoktrinasi yang mengajak atau menyeru amalan harian yang berteraskan sesuatu paradigma.

Menurut Khalijah (1995), pembudayaan sains merujuk kepada unsur-unsur sains khususnya ilmu, kemahiran dan nilai-nilai sains yang menjadi teras kepada kemajuan dan peradaban akal budi manusia. Manakala kebudayaan sains disifatkan sebagai satu pola peradaban akal budi, idea-idea dan kefahaman sains lantas membentuk tingkah-laku dan juga artifek hidup. Beliau seterusnya menyatakan penterjemahan tingkah-laku ini melalui kaedah empirik dan deduktif. Kaedah empirik amat menitikberatkan pencerapan terhadap objek, kejadian mahu pun sistem yang akhirnya membina konsep dan hubungan. Kaedah deduktif pula menzahirkan pernyataan khusus daripada sesuatu yang umum. Kedua-dua kaedah ini perlu dilihat sebagai saling lengkap-melengkapi yang membina pandangan alam tentang sains dan nilai-nilainya. Nilai-nilai sains yang perlu dijelmakan ialah (i) cinta kepada ilmu dan kebenaran, (ii) menghargai pelbagai benda yang diciptakan Allah swt, (iii) mempunyai perasaan ingin tahu dan mencari penemuan baru (eksplorasi), (iv) boleh berasional secara logik, (v) boleh melakukan analisis kritikan, (vi) boleh menyelesaikan masalah, dan (vii) teratur secara sistematik dalam mendekati sesuatu isu atau masalah. Menurut beliau lagi, prasyarat membudayakan sains mesti bermula dengan pembinaan masyarakat yang mempunyai asas dan kefahaman ilmu, metod dan nilai sains. Seterusnya perlu berlaku penerapan dan penghayatan nilai sains ketika bertindak dan menghasilkan apa juga artifak hidup.

Hakikat pembudayaan sains dan penzahiran nilai-nilai baik berkenaan adalah bersesuaian dengan tuntutan semasa apabila pembangunan berteraskan sains berada di puncak dunia. Syed Muhammad Naquib (2001) secara bijaksana mempersepsikan bahawa sains perlu diletakkan pada maratib ilmu alat. Iaitu ilmu yang digunakan sebagai ilmu operasi mengurus dan mentadbir dunia. Justeru itu kekuatan dan batas-batas ilmu sains perlu diketahui agar dapat membezakan diri dari keghairahan Tamadun Barat sehingga meletakkan ilmu sains melampaui batas agama atau kadang-kadang ilmu sains dipamirkan sebagai agama mereka (menolak semua yang bukan sains, termasuk agama Kristian). Oleh yang demikian pembudayaan sains yang bersandarkan acuan kemalaysiaan khususnya berteraskan panduan Al-Quran dan Hadith perlu ditampilkan secara utuh dan menyeluruh kerana tujuan akhir pembudayaan sains adalah melahirkan insan-insan soleh yang bertaqwa kepada Allah swt. Pada waktu yang sama berupaya membangunkan peradaban teknologi dan aplikasi sains yang lebih baik untuk memakmurkan dunia.

Satu kaji selidik dalam kalangan pelajar bumiputera di sebuah IPT tempatan mendapati, 50% para-pelajar sainsnya berhadapan dengan pelbagai persepsi negatif dan masalah asas ketika mempelajari sains dan matematik. Kebuntuan dalam belajar serta tanggapan serong berkenaan dibimbangi akan menjadi faktor penghambat potensi sebenar mereka untuk terus maju dalam bidang sains. Adalah dipercayai bahawa persepsi dan masalah respondan berkenaan bukan baru timbul tetapi telah mula berakar-umbi ketika mereka melalui sistem pendidikan semasa di peringkat sekolah menengah lagi. Kemudian persepsi dan masalah ini terus berkembang di Universiti. Salah satu kesimpulan yang boleh dibina dari kajian ini ialah, pembinaan persepsi yang betul dan positif perlu disemai dan dibenihkan para peringkat yang lebih awal lagi. Pembinaan persepsi yang betul ini akan menjadi benteng kekuatan semangat dan kesungguhan kudrat dan usaha. Kajian ini turut mendokong idea dan keperluan pembudayaan sains perlu disemai seawal usia kanak-kanak di peringkat prasekolah.



Dari sudut yang lain pembudayaan sains perlu dibangunkan dalam kalangan ibu bapa. Iaitu penyertaan ibu bapa sangat penting untuk memperkukuhkan pendidikan sepanjang masa. Pihak berkaitan dengan pembangunan keluarga perlu memperbanyakkan peluang-peluang pendidikan keibubapaan dan kempen kesedaran peri pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pembudayaan sains.

Pembudayaan sains menyeluruh patuh dikembangkan secara sistematik dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, menengah dan pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Justeru itu pihak pemerintah perlu melaksanakan Dasar pembudayaan sains yang jelas agar usaha ini berlaku secara bersepadu.

KESIMPULAN
Pembudayaan sains bermula pada peringkat prasekolah perlu diberi perhatian khusus sekiranya negara ini ingin melahirkan aplikasi sains dan teknologi sendiri pada masa depan. Walaupun usaha ini memerlukan kesabaran dan masa yang panjang namun kesannya lebih baik dan sempurna. Kerjasama, komitmen dan kesungguhan dari semua pihak perlu diraikan untuk merumuskan suatu Dasar Pembudayaan Sains yang lebih menyeluruh.

ARTIKEL

.