Realiti belia berumur 15–19 tahun yang berada dalam sistem persekolahan menengah secara mandatori dan wajib menyertai aktiviti berpersatuan (ko-kurikulum) tanpa perlu menolak dengan memberikan alasan – alasan munasabah. Bagi kelompok belia yang berada di Peringkat Pengajian Lanjutan ( seperti Institusi Pengajian Tinggi atau Institusi Latihan), kebarangkalian penyertaan dalam aktiviti belia adalah pada tahap 50:50 dan kelompok ini mempunyai kebebasan untuk memilih persatuan yang serasi dengan cita rasa masing – masing. Walaubagaimanapun menurut Indek Belia Malaysia (IBM) 2006, tahap penyertaan berkenaan masih terlalu rendah pada skor 19.9. Mungkin data berkenaan turut menyokong bahawa kebebasan berpersatuan di Institusi pendidikan tinggi telah tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan pelatih. Sepatutnya pada tahap ini mereka perlu mengambil manfaat dan peluang untuk memperkukuh dimensi berfikir dan kerangka bertindak yang akhirnya akan menerbitkan suatu idealisme dan budaya kesukarelaan yang tulus dan murni. Usaha–usaha dalaman IPT berkenaan termasuk dorongan dan tiupan kesedaran perlu digerakkan. Pada masa yang sama pilihan pertubuhan dan persatuan yang wujud juga perlu dipelbagai. IPT wajar menggalakkan seberapa banyak persatuan di tubuhkan selagi berada dalam lunas-lunas dan batas-batas dasar dan polisi baik pihak kerajaan. Peranan pentadbir dan ahli akademik perlu digembleng untuk menyemarakkan aktiviti berpersatuan. Malahan peranan ahli akademik untuk menterjemahkan aktivti-aktiviti ilmiah mereka melalui persatuan dengan penglibatan pelajar perlu dialu-alukan.
Manakala bagi kelompok belia 24 – 30 tahun dan telah menamatkan pengajian masing – masing, kebarangkalian penyertaan dalam pertubuhan belia ialah sama ada akan terlibat sepenuhnya atau menolak sepenuhnya. Golongan yang memilih untuk terlibat sepenuhnya adalah dari kalangan yang telah melalui proses memperkasa dimensi berfikir dan kerangka bertindak yang benar, dibajai dengan idealisme yang bugar dan semangat kesukarelaan yang tinggi. Mereka ini mempunyai dinamisme berpersatuan yang tinggi dan kesungguhan yang kental. Secara umumnya kelompok ini adalah minoriti, tetapi mereka adalah tunjang pergerakan belia sepanjang zaman. Pada masa yang sama, mereka sedang bertarung dalam persaingan mencari dan membina kerjaya, status dan kedudukan sosial masing-masing.
Kelompok belia yang berusia 30–40 tahun pula ditandai sebagai kelompok yang mula berdikari dalam konteks kematangan pendirian dan kedudukan kerjaya. Kelompok ini pada hakikatnya amat sarat dengan beban kerjaya, keluarga dan komitmen lain. Justeru itu ruang berpersatuan semakin kecil. Dalam situasi berkenaan tidak dinafikan masih terdapat segelintir yang mampu mempertahankan idealis kebeliaan. Individu atau kelompok seperti ini merupakan aset penting dalam menggerakkan pertubuhan belia. Mereka bukan setakat matang dalam pendirian dan mampu mencorakkan pertubuhan belia dengan lebih baik, malah kaya dengan ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan. Lebih jauh dari itu, mereka mampu memperkasa kredibiliti pertubuhan belia berkenaan dalam konteks peranan dan sumbangan. Namun tidak dapat dinafikan, terdapat juga sebahagian kecil yang lain dalam kelompok ini, mendambakan penyertaan mereka dalam pertubuhan belia sebagai batu loncatan untuk kepentingan peribadi.
Di samping kelompok–kelompok berkenaan terdapat satu lagi kelompok belia berumur sekitar 19–30 tahun yang gagal melalui sistem pendidikan formal. Mereka ini terdiri dari belia yang tercicir mulai dari pendidikan di peringkat menengah. Sekurang–kurangnya terdapat tiga corak pilihan aktiviti yang mereka lakukan iaitu (1) menyertai persatuan belia kawasan (setempat), (2) menyertai kumpulan berdasarkan kecenderungan bersama (Special Interest Group, SIG), atau (3) mengambil sikap indivualis, iaitu tidak menyertai mana-mana pilihan.
Bagi pilihan pertama, biasanya belia ini mempunyai jiwa besar dan berfikiran positif untuk membina masa hadapan. Mereka ini perlu dikenalpasti dan diberi bimbingan yang wajar. Persatuan–persatuan belia kawasan seperti ini biasanya ditemui di kawasan– kawasan luar bandar. Contoh – contoh pergerakan belia sebegini seperti persatuan kompang, persatuan seni silat dan kesenian lain. Mereka kurang pendedahan organisasi. Sebahagian aktivti mereka agak jumud dan kurang berdaya maju. Justeru itu input–input dari luar amat membantu.
Manakala kumpulan yang kedua, iaitu perkumpulan berdasarkan kecenderungan bersama. Biasa perkumpulan ini berdasarkan keseronokan (hedonisme), berfoya-foya, tidak mempunyai kerjaya, membanjiri pusat-pusat komersial, pusat-pusat hiburan dan di sudut–sudut kampung dan taman perumahan. Perkumpulan ini perlu dipantau. Kerana kumpulan ini biasanya mempunyai daya dinamisme yang keterlaluan dan pada masa yang sama amat mudah diresapi oleh unsur-unsur yang tidak baik. Perkumpulan ini kebanyakannya menjadi kumpulan gangsterisme, menagih dadah dan melakukan jenayah-jenayah lain. Sebagai contohnya, kajian yang dijalankan oleh Jamri dan rakan– rakan (2000), telah menunjukkan bahawa pergaulan bebas dengan rakan–rakan yang didasarkan oleh kecenderungan bersama ini merupakan penyumbang utama kepada kesalahan juvana di Sabah sepanjang 1990 – 2000.
KESIMPULAN
Memperkasa belia merupakan slogan umum yang hanya mampu diterjemahkan sekiranya semua pihak mempunyai kesungguhan yang bertunjangkan idealisme dan kesedaran yang mendalam tentang masa depan negara ini.