Oleh
Abdul Manap Mahmud
PENGENALAN
Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang signifikan bagi pendidikan prasekolah. Pendidikan Prasekolah telah dimasukkan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Peruntukan Akta ini memberi penekanan kepada pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan 4-6 tahun.(PPK, 2001). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika. Pendidikan awal kanak-kanak yang berkesan memerlukan kurikulum yang universal, terancang dan dapat memenuhi keperluan murid semasa. Kurikulum prasekolah Kebangsaan merangkumi aspek-aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan moral, sosioekonomi, fizikal dan kreativiti dan estetika. Terdapat tujuh objektif pendidikan prasekolah kebangsaan iaitu (i) membentuk peribadi positif dan warganegara patriotik, (ii) mampu berbahasa Bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, (iii) mampu menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk komunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, (iv) menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, (v) mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian murid beragama Islam, (vi) mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, dan (vii) mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Kertas ini cuba menghubungjalinkan antara institusi prasekolah dan potensi menyemai budaya sains, iaitu bagaimana memanfaatkan ruang pendidikan prasekolah sebagai pentas memufuk budaya sains. Rasional maudhu ini dibincang kerana pengajian sains bukan setakat isu teknikal, kaedah mengajar pedagogi atau penekanan penguasaan sesuatu bahasa tetapi lebih jauh dari itu ialah elemen keserasian budaya yang membina persepsi, komitmen dan kesungguhan mendalam generasi saintis masa depan. Justeru itu elemen-elemen ini perlu diberikan perhatian secara serius dalam pendidikan pra-sekolah. Hal ini perlu dipandang berat oleh para pentadbir, pengelola malahan perancang kurikulum untuk mengorak langkah yang sistematik dalam melihat isu pembudayaan sains.
BUDAYA SAINS
Budaya dalam Kamus Dewan mempunyai pengertian umum ”tamadun, peradaban dan kemajuan akal budi” sementara kebudayaan adalah ”cara hidup sesuatu masyarakat yang merupakan manifestasi keadaan akal budi yang bertamadun, beradab atau pun maju”. Dari sudut yang lain pembudayaan adalah suatu pendekatan indoktrinasi yang mengajak atau menyeru amalan harian yang berteraskan sesuatu paradigma.
Menurut Khalijah (1995), pembudayaan sains merujuk kepada unsur-unsur sains khususnya ilmu, kemahiran dan nilai-nilai sains yang menjadi teras kepada kemajuan dan peradaban akal budi manusia. Manakala kebudayaan sains disifatkan sebagai satu pola peradaban akal budi, idea-idea dan kefahaman sains lantas membentuk tingkah-laku dan juga artifek hidup. Beliau seterusnya menyatakan penterjemahan tingkah-laku ini melalui kaedah empirik dan deduktif. Kaedah empirik amat menitikberatkan pencerapan terhadap objek, kejadian mahu pun sistem yang akhirnya membina konsep dan hubungan. Kaedah deduktif pula menzahirkan pernyataan khusus daripada sesuatu yang umum. Kedua-dua kaedah ini perlu dilihat sebagai saling lengkap-melengkapi yang membina pandangan alam tentang sains dan nilai-nilainya. Nilai-nilai sains yang perlu dijelmakan ialah (i) cinta kepada ilmu dan kebenaran, (ii) menghargai pelbagai benda yang diciptakan Allah swt, (iii) mempunyai perasaan ingin tahu dan mencari penemuan baru (eksplorasi), (iv) boleh berasional secara logik, (v) boleh melakukan analisis kritikan, (vi) boleh menyelesaikan masalah, dan (vii) teratur secara sistematik dalam mendekati sesuatu isu atau masalah. Menurut beliau lagi, prasyarat membudayakan sains mesti bermula dengan pembinaan masyarakat yang mempunyai asas dan kefahaman ilmu, metod dan nilai sains. Seterusnya perlu berlaku penerapan dan penghayatan nilai sains ketika bertindak dan menghasilkan apa juga artifak hidup.
Hakikat pembudayaan sains dan penzahiran nilai-nilai baik berkenaan adalah bersesuaian dengan tuntutan semasa apabila pembangunan berteraskan sains berada di puncak dunia. Syed Muhammad Naquib (2001) secara bijaksana mempersepsikan bahawa sains perlu diletakkan pada maratib ilmu alat. Iaitu ilmu yang digunakan sebagai ilmu operasi mengurus dan mentadbir dunia. Justeru itu kekuatan dan batas-batas ilmu sains perlu diketahui agar dapat membezakan diri dari keghairahan Tamadun Barat sehingga meletakkan ilmu sains melampaui batas agama atau kadang-kadang ilmu sains dipamirkan sebagai agama mereka (menolak semua yang bukan sains, termasuk agama Kristian). Oleh yang demikian pembudayaan sains yang bersandarkan acuan kemalaysiaan khususnya berteraskan panduan Al-Quran dan Hadith perlu ditampilkan secara utuh dan menyeluruh kerana tujuan akhir pembudayaan sains adalah melahirkan insan-insan soleh yang bertaqwa kepada Allah swt. Pada waktu yang sama berupaya membangunkan peradaban teknologi dan aplikasi sains yang lebih baik untuk memakmurkan dunia.
Satu kaji selidik dalam kalangan pelajar bumiputera di sebuah IPT tempatan mendapati, 50% para-pelajar sainsnya berhadapan dengan pelbagai persepsi negatif dan masalah asas ketika mempelajari sains dan matematik. Kebuntuan dalam belajar serta tanggapan serong berkenaan dibimbangi akan menjadi faktor penghambat potensi sebenar mereka untuk terus maju dalam bidang sains. Adalah dipercayai bahawa persepsi dan masalah respondan berkenaan bukan baru timbul tetapi telah mula berakar-umbi ketika mereka melalui sistem pendidikan semasa di peringkat sekolah menengah lagi. Kemudian persepsi dan masalah ini terus berkembang di Universiti. Salah satu kesimpulan yang boleh dibina dari kajian ini ialah, pembinaan persepsi yang betul dan positif perlu disemai dan dibenihkan para peringkat yang lebih awal lagi. Pembinaan persepsi yang betul ini akan menjadi benteng kekuatan semangat dan kesungguhan kudrat dan usaha. Kajian ini turut mendokong idea dan keperluan pembudayaan sains perlu disemai seawal usia kanak-kanak di peringkat prasekolah.
Dari sudut yang lain pembudayaan sains perlu dibangunkan dalam kalangan ibu bapa. Iaitu penyertaan ibu bapa sangat penting untuk memperkukuhkan pendidikan sepanjang masa. Pihak berkaitan dengan pembangunan keluarga perlu memperbanyakkan peluang-peluang pendidikan keibubapaan dan kempen kesedaran peri pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pembudayaan sains.
Pembudayaan sains menyeluruh patuh dikembangkan secara sistematik dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, menengah dan pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Justeru itu pihak pemerintah perlu melaksanakan Dasar pembudayaan sains yang jelas agar usaha ini berlaku secara bersepadu.
KESIMPULAN
Pembudayaan sains bermula pada peringkat prasekolah perlu diberi perhatian khusus sekiranya negara ini ingin melahirkan aplikasi sains dan teknologi sendiri pada masa depan. Walaupun usaha ini memerlukan kesabaran dan masa yang panjang namun kesannya lebih baik dan sempurna. Kerjasama, komitmen dan kesungguhan dari semua pihak perlu diraikan untuk merumuskan suatu Dasar Pembudayaan Sains yang lebih menyeluruh.